Homestay Bagas Zakariah, Ekspektasi Vs Realiti

Aku nak kongsikan pengalaman keluarga besar aku menginap di Homestay Bagas Zakariah yang terletak di Gopeng Perak pada hari raya haji 2020. Yang pasti pengalaman 3 hari 2 malam kami disini berakhir dengan senyum yang melerek sampai ke telinga.

Risau juga kalau tengok IG and gambar di Airbnb macam best, tapi bila pergi tak best. Itu yang nak cakap antara ekspektasi Vs Realiti.

Puas dan seronok.

Simple word aku boleh cakap. Setakat sikit sikit tu boleh letak tepi. Kalau tanya apa yang tak best, aku pun tak ingat hahaha. Maknanya memang bestlah sebab masih terbayang yang indah-indah. Tempat best, suasana best, Family yang datang best, alhamdulillah best!

Kami dah set plan awal tahun untuk berkampung disini untuk menyambut hari raya Aidiladha 2020. Lepas tu bulan 3 terjadi pulak MCO huhu . Lama tak jumpa adik beradik nih, fuh macam rindu dendam.

Jadinya kami semua memang looking forward nak berkumpul kali ni. Baru tau rasa rindu yer hehhe

Ada beberapa winning point kenapa aku rasa sangat berbaloi untuk korang adakan family day disini terutamanya untuk korang yang rindukan suasana kampung.

Adik beradik aku range umur dari 46- 62 tahun. Jadinya Kami sempat merasa life dirumah opah di Padang Rengas, Kuala Kangsar . Tapi sekarang rumah tu sudah tidak berjaga huhuhu ..seri pun dah hilang . huhuh kalau nak tidor di situ memang taklah kan.

Gambar banyak kalu nak share tapi korang boleh tengok di album FB aku. Video pulak , on the way hahahah wish me luck untuk siapkan nanti.

Bagas Zakariah

Jadi sebab itulah kami gembira sangat berkampung di Bagas Zakariah nih. dapat mengimbau kenangan lama. Rumah yang dikelilingi pokok durian dan sungai

Ini 8 Sebab kenapa korang kena cuba Homestay Bagas Zakariah ini .

1. Rumah yang berkeluasan agak besar

Terdapat 3 rumah di sini, Rumah Kuning, Rumah Merah, Rumah lenggong. Secara purata terdapat 3 bilik untuk setiap rumah ini. Seperti rumah melayu lama.

Cuma kelebihan rumah ini terdapat ruang tamu yang agak luas jadi boleh lah penuhkan ruang dengan tilam/ toto tambahan untuk muatkan ahli keluarga yang lain .

Ada 2 rumah yang ada loteng, rumah Merah dan Rumah lenggong. Rumah kuning pula ada 2 kawasan hall.

Bagas Zakariah

2. Kawasan BBQ yang lapang

Setiap rumah di lengkapkan dengan kawasan BBQ yang sangat luas dan selesa. Terdapat tempat bakar BBQ yang bersih, meja yang panjang, kerusi yang panjang, dan kawasan lantai yang berturap.

Jadi tidak ada kawasan yang lecak atau pun rumput panjang. Anak anak akan selesa berlari kesana sini.

Bagas Zakariah

Selain dari itu lampu yang banyak dan kawasan memang agak terang. Jadi memang selesa nak lepak sampai malam hari

3. Senibina yang menarik

Dengarnya ada salah satu rumah sini memang adalah rumah asal yang dibawa khas dari kawasan sebelum ini dan 2 lagi rumah juga dibina mengikut rekabentuk rumah melayu kita sedia ada

Senibina rumah perak memang dikekalkan. Rumah yang bertiang tinggi. Walaupun masih mengekalkan rumah lama tapi aku sangat berppuas hati dengan bilik air yang bersih dan kemas. Heheh korang jangan bayangkan kolah air lama. Bilik air dia siap lengkap dengan watervHeater.

Aksesori barang bilik air pun kaleng kaleng jadi aku mengandaikan ownernya memang sangat mementingkan Interior design. Yer aku belek sampai sekecil itu.

Bagas Zakariah

Suis lampu, tingkap, selak pintu masih di kekalkan seperti rumah melayu lama. Memang mengimbau kenangan zaman kecik dahulu. Sangat klasik.

Selain itu terdapat lagi barang barang dan gambar gambar lama di rumah tersebut. Bila tengok gambar lama ni memang lain perasaan tu.

4. Boleh muatkan ramai penghuni

Selalunya kebanyakkan owner AIRBNB agak cerewet membenarkan jumlah orang yang akan masuk ke dalam homestay mereka tetapi alhamdulillah kami yang berjumlah hampir 70 orang masih boleh menginap dalam 3 bijik rumah yang sedia ada.

Sangat selesa, dan tidak berhimpit cuma masing-masing kena berebut bilik air di pagi hari. Tapi begitulah suasana kampung dahulu kalakan hahaha.

Bagas Zakariah

5. Suasana Kampung yang mendamaikan

Walaupun homestay ini tidak seperti homestay lain yang mempunyai kolam renang tapi aku berani cakap memang tidak rugi korang bawak anak anak disini , selain dari rumah kampung yang best, ada pokok pokok di sekeliling kawasan sini.

Malah ada sungai di antara rumah rumah ini. Anak dan cucu saudara memang sangat sangat ejoy dengan pengalaman yang sebegini. Hahah memang kampung Boy.

Memang sangat mendamaikan dengan bunyi deruan air sungai dan juga ayam berkokok di pagi hari.

6. Landskap dan tumbuhan yang menarik

Selain dari faktor rumah yang menarik, aku memang terpesona dengan landskap dan tumbuhan di sini. Pelbagai jenis tumbuhan dan ulaman yang ada dan kita dibenarkan untuk ambil dan masak jika berkeinginan.

katanya kalau musim durian kita juga di tawarkan makan durian bersama-sama

Yang penting sebenarnya ia dijaga rapi, sangat sangat bersih dan kemas.

7. Rasa Selamat di Bagas Zakariah

Bagas Zakariah ini juga dilengkapai dengan kawasan berpagar disekelilingnya. Jadi kami rasa selamat untuk membiarkan anak anak sedara yang masih kecik berlegar dan bermain di kawasan ini .

Paling yang aku tak boleh lupakan cucu sedara yang masih kecil berulang ulang dan turun naik antara rumah rumah ini sambil memberi salam . Sangat sangat Cute

Bagas Zakariah

8. Senang di Akses dari Highway

Aku pun tak sangka rupanya lokasi bagas zakariah ni memang betul betul berdekatan dengan tol Gopeng. Jadi kalau korang dari kuala lumpur atau Utara memang senang untuk sampai ke sini.

Oleh itu kurang lah risiko untuk sesat larat. Lagi satu in case korang tak cukup barang dapur atau untuk masakan boleh sahaja pergi ke kedai atau pun pasar pagi di pekan gopeng.

Satu lagi, ada small incident untuk cucu aku, jadi kami tiada masalah untuk ke klinik.

Yang pasti bila korang masuk compound di Bagas Zakariah korang tak sedar pun korang berhampiran Highway

Info Bagas Zakariah

Rate: Dari RM550 – RM850 per night on Airbnb, dbergantung pada jenis rumah

korang search Bagas Zakariah dalam portal ni tau. Kalau tak faham bagaimana AIRBNB ni berfungsi korang boleh refer entri ni airbnb percutian jimat or boleh refer website mereka juga

Address: 65, Lot 32804, Jln Besar, Kampung Lawan Kuda, 31600 Gopeng, Negeri Perak, Malaysia

Contact: +60 17-552 1920

4 Comments

  1. Sunshine Kelly October 11, 2020
  2. Nadia johari October 16, 2020
  3. Ai October 19, 2020
  4. Marina October 20, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!