ASB atau Unit Trust. Haa peningkan nak simpan kat mana. Yang penting semua orang nak untung tapi tak nak rugi. Yang pasti setiap tahun kita semua ternanti-nati ASB DIviden kan?
Table Of Content
- π£ππ₯π¦ππ πππ‘ ππ¦π & π¨π‘ππ§ π§π₯π¨π¦π§.
- Perbezaan asb dan unit trust
- ASB
- Unit Trust
- π‘ππ π πππππ¨π₯ ππ π ππ‘π ? jeng jeng .. ASB atau Unit Trust
- πππ¦ππ π£π¨πππ‘π‘π¬π? ASB atau Unit Trust?
Korang betul betul tahu ker perbezaan asb dan unit trust ni ?
ASB adalah antara pilihan yang ramai orang akan laburkan dan kembangkan duit untuk capai objektif kewangan masing-masing. Alhamdulillah dah ramai dah mula sedar untuk mencari tempat pelaburan yang terbaik untuk pastikan wang pelaburan berkerja lebih keras untuk beri pulangan yang lebih baik.
ASB adalah satu instrumen yang selamat sebab dibawah kerajaan.
Kalau tanya mana mana sifu kewangan pun, mereka akan advice pastikan ada simpanan di ASB dan tabung haji. Selepas tu boleh buat investmen di UNit Trust, Pasaran Saham, Hartanah, Emas dan Kryptocurrency
Aku bukan risk taker, jadi hahahah aku sentuh semua sikit sikit dan aku lebih yakin kesemua di atas melainkan Pasaran Saham sebab aku tak pandai.
Tips pertama kalau nak trade sendiri . Emosi kena tenang. Kalau cepat gelabah, tak sesuai. hahah akulah tu. Akan dapat lebih loss dari profit Tak reti tenang, invest unit trust. Fokus je kerja hakiki. Biar Fund Manager uruskan dana anda
Yang paling jauh aku boleh pergi pun IPO. aku ni nak tenang2 sahaja.
Tapi apa pun pelaburan yang hangpa buat, jangan lupa zakat naaa..
BACA : Perancangan Persaraan Secara Minimalist
π£ππ₯π¦ππ πππ‘ ππ¦π & π¨π‘ππ§ π§π₯π¨π¦π§.
ASB sebenarnya unit trust juga dan nampaknya ramai yang tak tahu ni.
Bagaimana konsepnya ?
Simple, letak duit. Dan duit kita akan digunakan untuk pelaburan dalam saham tertentu. Dan kita akan dapat pulangannya nanti. Tak perlu hariΒ² tengok graf dan sbg. Untuk orang yang tak berapa pandai macam aku, memang kena masuk ASB dan UNIT TUST
Lagipun aku rasa aku ada masalah anixiety kut hahha, cuak tak abis
- ASB ditadbir oleh satu syarikat unit trust yang dipanggil PERMODALAN Nasional Berhad (PNB).
- Selain ASB , pelabur juga boleh pilih fund-fund lain yang ditadbir PNB. Contohnya ASB 2 dan ASM.
- Struktur ni sama je dengan Public Mutual.
- Public Mutual ni juga syarikat unit trust yang menjaga dan mengurus banyak fund.
- Ada lebih 100 fund dibawah jagaan Public Mutual.
- Cuma yang patuh syariah, ada 40 lebih sahaja.
- Pelabur boleh memilih dan melaburkan duit ke dalam fund-fund di bawah Public Mutual ni.
Perbezaan asb dan unit trust
Perbezaan utama yang paling obvious adalah PNB dimiliki kerajaan Malaysia. Untuk Public Mutual, ia dimiliki syarikat swasta iaitu PUBLIC BANK sendiri. Disebabkan PNB dimilik kerajaan, ASB laburkan hampir 90% yang dikumpul di dalam pasaran saham Malaysia sahaja.
Ini kerana selain mengejar keuntungan, ASB juga menjadi proxy kerajaan untuk memastikan Malaysia memiliki pegangan strategik di dalam syarikat penting negara. Ini untuk pastikan syarikat-syarikat tidak jatuh ke dalam tangan syarikat swasta dan asing.
BACA : TIPS MULA PELABURAN DARI AFYAN MAT RAWI
ASB
Untuk 2019, 5 pelaburan terbesar yang ASB adalah:
- Maybank
- Sime Darby Plantation
- Tenaga Nasional
- Sime Darby
- Axiata
Disebabkan banyak duit dilaburkan di dalam pasaran saham Malaysia, pulangan ASB juga akan bergantung dengan pasaran saham Malaysia. Jika pasaran saham naik, dividend akan naik. Tapi jika pasaran saham jatuh, dividen pun akan jatuh.
Sebab tu lah sejak 2018, dividend ASB tak setinggi tahun tahun sebelum tu.
Taknak simpan dalam ASB, boleh juga mulakan dengan Public Gold EMAS. Pun bagus untuk jangka panjang, korang boleh contact sini untuk tahu pasal public gold.
Unit Trust
Pelabur boleh memilik melabur di mana-mana pasaran saham di dunia. Jadi, pelabur boleh memilih fund yang melabur di pasaran saham Malaysia, USA, ASIA PASIFIC mahu pun EROPAH.Jika kita melabur di fund USA, kita indirectly akan pegang saham Apple, Facebook, Google, Microsoft dan Visa. Kalau nak pegang saham Alibaba dan Samsung, boleh la melabur dalam dana Asia Pasifik.
Unit trust ni contohnya macam public mutual, kenanga Investment, PMB, eh banyak lah lagi. Pilihlah mana yang korang selesa
π‘ππ π πππππ¨π₯ ππ π ππ‘π ? jeng jeng .. ASB atau Unit Trust
Tiada jawapan khusus dan tepat sebenarnya. Ini terpulang kepada diri masing-masing kerana setiap tempat pelaburan ada kelebihan dan kekurangan.
ASB | UNIT TRUST | EPF | |
OBJECTIVE | investment | Investment | Savings |
INVEST IN | equity – hight % Bonds- low % proportion – no option to choose | equity 0-99% Bonds 0 to 99% proportion- investor can choose type of funds | equiry – low % (usually 20%) Bonds – high % (usually 80%) proportion – no option to choose |
UT Management Company | Permodalan Nasional Berhad | Various, mostly bank backed | KWSP |
Flexibility | liquid (invest via cash-lumpsump, regular, or via loan from bank) | Liquid invest via cash – lump sumb | withdrawal account at age 50 & 55 Withdrawal Account 2 based on need (subject to terms) |
Capital | Guaranteed. protected (Syariah investment cannot be guaranteed on capital & returns) | No Guaranteed. (Ssome not syariah investment cannot be guaranteed on capital & returns) | Guaranteed. protected |
Returns | No Guaranteed. | No Guaranteed. | Guaranteed at leas 2.5% |
Type of Returns | No Capital Gain dividen & bonus units only | No Capital Gain dividend & bonus units only | No Capital Gain Dividen only |
πππ¦ππ π£π¨πππ‘π‘π¬π? ASB atau Unit Trust?
Apaa-apa hal korang kena kenal pasti terlebih dahulu. Apa yang korang inginkan. Kalau inginkan pulangan yang lebih tinggi. Anda pergi kepada unit trust. Kalau anda rasa dapat sedikit sudah memadai, pilih sahaja ASB.
Oh, satu lagi perbezaan yang lupa nak tulis dekat atas. Jika anda simpan di unit trust. Anda boleh melantik consultant yang anda suka untuk jaga portfolio anda dengan lebih dekat. ASB anda takkan ada consultant untuk nasihat kan apaΒ² maklumat dan strategi simpanan dan pelaburan anda.
Cuma pastikan, consultant anda sangat komited untuk menjaga portfolio anda aku dah melabur sejak tahun 2005, nak kata untung sangat pun tak jugak hahah.. aku pun pelik sebab tu ada masa aku tak keluarkan duit EPF aku. setiap orang buat 3 bulan kan. heheh aku ikut suka.
Isi kandungan asal ini di kongsi oleh Fadzil Ahmad-unit trust consultant–
2 tahun lepas be buat loan ASBvia MB tp setel dah loannya β¦
Good info.
Dulu2 ada simpan kt ASB tp skrg dah close sbb fokus pd jenis simpanan lain hehe…
Dua-dua saya try, ni masa zaman kerja ofis dulu le gigih.
aida pernah invest both. and bot aida da withdraw and tutup buku / akaun.
unit trust. after 8 years invest, withdraw duit, untung beberapa sen. kalau la 8 years tu letak dlm tabung haji or asb, sure ada la tambah ratus / ribu.
asb. tutup akaun after satu isu tu. elak diri sendiri syak, tutup aje. so now ada tabung haji aje. keperluan haji dan sebab siap2 da byr zakat. dividen tak kencang dah 1-2 thn ni hu hu hu… sebelum tu alhamdulillah… then beli dinar / goldbar. selebihnya invest ke arah education anak-anak. insuran. ok la tu.
so, ntah la. antara 2 ni, aida x dpt nak cadangkan mana yg lebih ok. ikut selera investor la kan keyakinan masing-masing. sendiri tau lepas tu. yg penting, berduit. cukup duit utk savings. alhamdulillah…
Buat masa sekarang masih pilih ASB, kadang rasa nak jual je semua, tapi masih 50-50 lagi… he he he unit trust kena kaji dulu
UT tak pernah invest, ASB ada tapi lama dah tak aktif simpan situ. Simpan dalam TH je kak Azni, senang tak perlu nak fikir bab bayar zakat.
Tak pernah lagi melabur di unit trust. Sekarang ni simpan dalam ASB je. Tu pon pakai loan. Hihihi
Kita letak kat ASB juga. Stabil la kengkononnya.
Dan last year ambil UT under PMB.
Kalau ada extra duit, saya letak kat HelloGold pula.
Dan invest sikit kat insurance savings.
Perkongsian ni bagus sangat, lagi2 utk surirumah mcm kak pip ni.
Tiada fixed income, so mmg kena bijak cari cara simpan duit utk masa depan.
saya ada keduanya dan mmg akan remain kat situ utk 3 tahun lagi kot
yup akan remain selagi mampu bayar
Cikza buat ASB loan sahaja, asal pencen dah ada simpanan senang sikit
haaah sama lah kita cikza
Setakat ni simpan kat ASB je. Thanks sharing sebab tengah baca dan cari info pasal unit trust tu juga.
Unit trust tak pernah kaji lagi tp sekarang focus asb, tabung haji ngn emas je..hehe