Tips kurus dengan selesa . Ramai dah orang tulis pasal benda ni. Tapi aku nak kongsikan dari perspektif aku dan famili. Manalah taukan,boleh korang amalkan.
Table Of Content
Rumah aku memang tak banyak jajan, dan in fact aku amat menghalang barangan jajan masuk ke rumah. Kalau ikutkan Husband aku nih sangat suka dengan keropok jajan semua.
Ini yang orang kita cakap penyakit genetik atau penyakit ikut lifestyle. Padahal kita yang cipta budaya pemakanan kita. Hampir semua adik beradik dia ada migrain yang teruk di usia muda, dan famili aku pula ada penyakit darah tinggi.
Dahulu husband susah nak buang habit ni, jadi dia hanya makan dalam kereta sebelum sampai rumah, sebabnya aku tak nak anak aku terikut cara dia. hahah tapi kesan suka jajan ni semua yang dia amalkan dari muda dia ada darah tinggi.
Semua tu tinggi garamkan. Nasib baik dia kurus sebab metabolisme tinggi tapi haahha darah tinggi lah kesannya.
2 benda penting yang kena kawal kalau nak kurus. Gula dan Garam!
Makin berumur metabolisme makin kurang so macammana nak amalkan Tips kurus ni?
Both of us dah lewat 40an, kami kategori tak kurus tak gemuk. Berat ideal aku 55 kalau ikut umur, sekarang dalam 58kg. BMI normal. Tapi kebetulan aku pernah join program jom kurus, aku belajar banyak dari coach.
Atas nasihat dia, disebabkan faktor umur seeloknya berat aku jangan kurang dari 57kg sebab kulit kita dah kendur dan akan buatkan kita nampak lebih tua. haaa ini tips nak sentiasa muda yang aku ada kongsikan sebelum ni.
Kollagen dah kuranglah katakan. Aku pulak tak boleh makan kollagen keran kes endometriosis dahulu. Makin tua ni makin susah nak jaga berat badan, sebab silap silap haribulan boleh bawa kemudaratan pada badan, kes macam aku hahah nak joging tapi pakai kasut yang salah end up injured dan kena sakit plantar facitis pulak.
Dalam famili aku, aku paling kuat bebel aspek pemakanan. Aku larang dia orang minum teh tarik sebab pakai susu sejat yang sangat bahaya dan salah satu punca kenapa susah nak turun berat. Rumah aku dah lama takde susu sejat ni.
Jadi kalau datang hahah korang akan disajikan dengan Teh O, Green Tea dan Coffee sahaja.
Aku terbaca satu perkongsian yang menarik dari Ariff Sukri. Dia banyak kongsikan tips kurus dan kesihatan dan dia adalah Fitness Instructor. Apa yang dia cadangkan lebih kurang macam yang aku amalkan.
Rugi kalau tak kongsikan dengan korang semua. Aku pun tak suka sangat diet yang ‘keras’ sangat sebab aku juga sejenis orang yang enjoy makan. Tapi makan yang berpada-pada .
Setuju?
Diet untuk tips kurus macam mana?
Diet ini berkenaan dengan variasi yang berjaya kita aturkan sendiri.
Contohnya,
- Dari air manis 3-4 cawan sehari, kepada 2 Cawan sehari.
- Ambilan nasi 2-3 pinggan kepada 1 setengah pinggan setiap kali.
- Dari lauk dua tiga jenis, fokus kepada satu jenis sahaja.
Dan ada banyak lagi variasi yang boleh diubah. Semuanya bergantung kepada kemampuan diri sendiri. Jika belum mampu ubah secara drastik, kira buat slow-slow dahulu. Perubahan itu adalah progress. Dan progress setiap orang perlukan waktu yang sesuai. Hari ni mungkin mampu buat 1 benda dulu.
Betul sangatkan, Buat slow slow jangan drastik nanti kita akan cepat giveup
Syukur dan ucapkan tahniah pada diri sendiri. Mungkin esok lusa atau bulan seterusnya kita upgrade lagi diri ke peringkat seterusnya. Itulah progress. Jangan risau jika kita tidak selaju orang lain. Tapi risaulah bila kita masih fikir nak buat sama macam kemampuan orang lain. Diet itu bila fokus untuk diri sendiri. Insya-Allah kita akan lebih baik. Ubah slow-slow kawan. Diet kita bukan pertandingan kan?
Untuk aku dan husband, setelah kita orang biasa kurang makan ni, kalau terlebih makan kami akan ada masalah digestion. Aku boleh sampai stage nak termuntah, husband aku pun boleh sampai cirit birit haha. Jadi, betullah kan kita makan biar berpada-pada
Nak turun berat susah tapi nak konsisten lagi mencabar
Dah berjaya turunkan berat badan itu satu cabaran kan. Namun nak kekal konsisten itu juga satu cabaran yang lain.
Antara yang boleh kalian buat adalah cuba ingat Tips kurus ini.
- Fahami matlmat asal kenapa kalian berdiet. Semata mata kurus, agar bertenaga atau untuk kesihatan badan?
- Buatlah diet yang sekarang ni dalam keadaan yang tidak terlalu ketat. Sampai tak nampak sangat macam berdiet. Yang penting masih dalam kawalan.
- Sasaran berat dan inchloss yang nak turun mesti sesuai. Jangan letak harapan tinggi. Takut tak jadi nanti, jatuh dari tempat tinggi. Sakit.
- Buatlah senaman ikut kemampuan. Agar bila ada mood hari malas, masih tidak rasa terbeban dengan senaman.
- Atur pemakanan dengan bijak. Agar nafsu takkan mudah pijak-pijak kita. Dengan makan yang bukan bukan.
- Cari atau wujudkan group yang positif. Diet sorang-sorang boleh je nak jadi. Tapi bila ada geng akan lagi mudah nak jadi. Ingatlah. Konsisten tu bukan jalannya lurus tak ada gelincir di bengkang bengkok cabaran. Tapi jalannya berliku, jika tersasar sikit dia akan tetap on track kembali. Begitulah. Selamat berdiet dengan bijak
kalau korang betul betul takut terlebih makan, kawal dengang penggunaan myfitness app. Boleh tengok calorie intake korang
Alasan ringkas kita berdiet bukan sekadar nak kurus.
- Menjaga kesihatan ke arah yang lebih baik.
- Mensyukuri nikmat kesihatan dan tubuh badan yang telah Tuhan berikan.
- Mencontohi sunnah baginda Nabi SAW yang sentiasa bersederhana dalam semua keadaan. Termasukan penjagaan makanan.
- Jadi orang yang lebih aktif, dan tidak pasif dalam urusan keduniaan.
- Wujudkan rasa keyakinan yang lebih tinggi dengan kecergasan dan potensi diri yang lebih maksimum.
- Tidak rasa terlalu selesa dengan keadaan diei sendiri. Sentisa mahu perubahan ke arah yang lebih baik.
- Memudahkan diri sendiri, memudahkan orang lain bila badan sudah ringan ia akan meningkatkan potensi kita untuk cergas juga membantu orang lain. Begitulah. Apa kalian mempunyai asbab dan motivasi lain?Untuk saya. Diet bukan sekadar nak kuruskan badan, sado atau untuk menunjuk. Tetapi ia tuntutan dan matlamat yang lebih luas dan jelas.
Makin kita tua makin lemah badan kita, bayangkan kalau kita berat badan cecah 100kg macammana kita nak beribadat. Itulah yang aku aim. aku nak sihat !
okey,boleh cuba..maklumlah, sejak2 PKP ni, duduk rumah asyik makan je hehehe..baju2 ofis pun risau je xmuat hehehe
setuju. air manis tu number 1. dpt tackle yg ni, yg lain in shaa Allah mudah la skit.
aida on diet air manis. bukan nak kurus. tapi tu la, umur dah 40s, da kena jaga2.
lebih kpd nak sihat. alhamdulillah, 2 bulan diet air manis, turun la 2 kg. ok la tu 🙂
kedua, aida diet nasi. tak tambah nasi! lauk yes. ratah gitu aje.
Dalam proses nak buang 10kg.
Setuju sangat, kalau nak diet tu , kita diet tapi still enjoy.
Dah try few diet, tapi mcm tak sesuai.
Now tengah buat Meditteranean Diet.
Dah 2 weeks, rasa ok.
Just banyakkan makan sayur dan ada protein.
Karbo (nasi) makan paling last.
Habiskan sayur dan protein dulu, by the time makan nasi, perut dah kenyang.
Nasi pun sekarang makan 2-3 sudu sahaja setiap kali lunch dan dinner.
Add on Green Tea tanpa gula pagi dan petang, it helps kawal sugar craving saya.
Nak aim 10kg ni hilang by end of this year.
tak nak rushing2, nnt sendiri yang stress tak achieve target.
Dan kak pip ada diabetes genes , so memang kena kawal gula.
Adeh, risau kena Diabetes.
Dan kita geng sejenis tak layan jajan.
Thanks sharing info bermanfaat ni.
Kite pun sama… dulu selalu jumpa dietition untuk bantu turunkan berat badan, tapi masalah hormon tak stabil ni selalu jd kelaut dietnya… sekarang sy diet tanpa rujuk dietition dah.. alhamdulillah berat walau tak banyak kurang tapi tak naik jadilaaa hehehe
Setuju ngan kak azni. Kita nak kurus bukan nak kurus semata. Kita nak kurus sebab atas kesihatan. Dietlah secara sihat
thanks for sharing. abam kie pulak nak tambahkan berat badan sbb slps ramadhan n kena covid tempohari susut sbyk 10kg. Huhuhuhu…