Pengalaman sembuh dari Tumit kaki sakit: Plantar fasciitis

Bila aku post di FB cakap pasal sakit ni ada yang faham sakit tumit, atau tapak kaki sakit dan ada yang faham. Nama saintifiknya adalah Plantar Faiciitis so jadinya orang sebut sakit tumit plantar fasciitis. LIfestyle aku bertukar 180 degree bila kena sakit ini. Terus, Aku tukar kasut skechers untuk sakit tumit untuk walking dan kasut medifeet untuk sakit tumit bila pergi kerja.

Kronologi mula tapak kaki sakit

Untuk kes macam aku, mula sakit sejak July 2019. Aku ingat sangat sebab kejadian tu berlaku 1 minggu sebelum laki aku patah tulang selangka dekat tengkuk tu.

Kononnya masa tu nak joging lah kan, semangat nak kurus. Ajak abam sama sama joging di kawasan rumah nih . Tapi kesilapan aku adalah aku pakai kasut sukan yang sama untuk semua aktiviti sukan. Aku aktif dalam sukan volleyball dan juga zumba di ofis. Kasut skechers aku tu pun dah kira bertahun jugak aku pakai. Tapak dah support sepenuhnya macam dulu.

Rupanya tak boleh yer adik kakok. setiap kasut tu memang lain lain function. Aku pulak jenis kedekut jugak kut nak beli banyak-banyak kasut. lagi satu sebab kalau kasut banyak pun aku akan pakai kasut yang sama sahaja . Lagi satu aku dengar kasut senang rosak bila jarang pakai.

Berapa kali “lagi satu’ daa..

Jumpa Pakar tulang Ortopaedik

Akhirnya mai serah diri Ke Subang Medical Centre utk buat full check up dengan Dato Annuar Onah untuk 3 masalah utama aku. sakit tumit plantar fasciitis lower back pain and carpal tunnel. hahaha pakej semua sakit ni.

Sebelum ni aku pernah datang treatment disini untuk sakit lump di Tengkuk hahah biasalah kan macam-macam penyakit kita. Jangan kena sakit jantung yang tak ada simptom udah. huhuhu.

Muda muda dulu ada Endometriosis. Aku ni pesen jenis sakit macam ni kut, tapi demam amat payah. Ya Allah mintak mintalah jangan ada penyakit merbahaya yang lain.

Setengah orang tak suka nak pergi check, tapi aku ni selagi tak tahu lagi runsing. Tu yang last year aku buat full check up bila ada rasa benjolan di kawasan dada. Takut oit. tapi prevention is better than cure kan.

Korang macam mana?

sjmc

Memula aku start sakit tumit plantar fasciitis pastu bila start wfh sakit belakang pulak sebab aku duduk kerusi dining masa buat kerja setiap hari masa PKP pertama.

Kawan sekolah aku aka doktor di Hospital Serdang dah advice aku pi check secepat mungkin dan aku pun terus amik GL . Sebenarnya Aku selalu risau aku tergolong dalam spesis yang macam mengada mengada sakit, aku mengandaikan mungkin sebenarnya tak sakit dan masih boleh bertahan Sebab itu buat rileks wat cool and lambat juga follow up kali ni.

Kemudian bila aku cuba panggil sorang Physio ni dari The Rehab Physio datang ke rumah fisio check hahahah dia terus cakap

“Sis kena gak jumpa Doktor ni “ and cerita lah bla bla.

Ok terus lah aku riso.. terus call wat appointment. Yelah kan bila Doktor dan Fisioterapi sendiri yang push untuk pergi jumpa pakar apa lagi aku nak cakapkan. Takkan nak degil pulak

sakit tumit plantar faciitis
Klinik Dato Dr Annuar Onah, SJMC

Soalan yang menikam jiwa dari pakar tulang

  1. Orthopaedic tanya daily streching tak 😝?
    • Takde game volleyball and tak zumba .. mmg tak laaa kan . Ni pasal masalah lower backpain.
    • Sila buat setiap hari yer katanya. Angkat kaki ni tiap hari bla bla bla
  2. Pastu tgk tapak kaki sejenis kaki kena pakai kasut yg arch support. Soklan dia.. dkt rmh pakai kasut tak?
    • Hahhaha memang tak jugak. Sis tak suka
  3. Sakit carpal tunnell ni… kerja apa? Heheeehe memang sis ngadap komputer jer.
    • So dia ckp jangan kerja dah hahahah.. aduii
sakit tumit plantar fasciitis

Apakah sakit tumit plantar fasciitis

Plantar fascia adalah sejenis tisu panjang yang terdapat di bawah tapak kaki, bermula dari ibu jari kaki hingga ke tumit. Antara fungsi utama tisu ini adalah untuk menyerap hentakan di kaki dan juga untuk mengekalkan bentuk “arch” di kaki. Setiap kejadian tuhan ni bersebabkan

Jadi dalam kes-kes tertentu, tisu ini boleh mengalami keradangan (inflammation).

Antara 3 punca utama masalah ini

  1. Obesiti
  2. Sport Injury
  3. Rupa bentuk kaki itu sendiri. – tapak yang leper

Hurm.. memang pagi pagi terasa sakit tumit tu. terhenjut henjut dibuatnya, menyucuk nyucuk. Kalau ikut kata kawan aku worst scenario huhuh boleh tumbuh tulang and kena operation. Allah inilah yang aku takut sangat.

BIla dah jumpa orthopaedic samalah yang dia cakap. So nak tak nak doktor advice buat x ray untuk tengok betul betul dan kena buat rawatan fisioterapi setiap minggu.

Adui.. apa lagi pilihan yang aku ada.

Dalam dok berjaga kena juga. Aku selalu jaga makan dan berat supaya tidak melebih 60kg sebab aku tak nak tua tua nanti makin siksa nak beribadat. Banyak orang dah aku saksikan sakit sebegini.

Aku dah buat MRI dan Xray semua pada 23 October, next follow up will 28 October. untuk doktor rumuskan semua. hahaha harapnya sakit aku ni boleh lah baik.

MRI ni kena buat sebab aku cakap lower back pain sakit. So Dr takut aku kena slip disc. adoii.. ini yang aku takutkan. Harapnya muscle sahaja. Esok 28 October aku jumpa doktor. huhuh wish me luck guys.

mri

Dah beli kasut medi feet untuk kegunaaan dalam rumah terlebih dahulu sebab sekarang kan musim work from home. Kendian baru aku pikir nak beli kasut baru untuk urusan kerja.

Komplikasi jika sakit tapak kaki sakit tidak dirawat?

Yang pasti mengabaikan sakit tapak kaki boleh menyebabkan sakit menjadi kronik dan memberi kesan pada kehidupan harian kita.

dan kita juga boleh mendapat masalah pada kaki, lutut, pinggul atau belakang kerana sakit tapak kaki menbawa kepada perubahan cara berjalan anda.

Doakan aku dapat recover dengan cepat okay.

Ye ini lah yang aku alami sekarang.

Kena selalu visit page http://www.myhealth.gov.my/fisioterapi-untuk-sakit-tapak-kaki/ untuk fisio di rumah ni. KOrang agak-agak sakit boleh lah refer sini okay.

UPDATE Terkini

Setelah 6 bulan dari tarikh aku sakit hingga kini , aku tukar kasut-kasut yang sesuai. konsep aku Biarlah rupa buruk tapi kaki sedap. Aku hanya pakai wedges untuk ke ofis, no more kasut tinggi.

Kasut yang aku sesuai untuk orang sakit tumit untuk aku Medifeet, kasut skechers untuk sakit tumit dan BMT, Dalam rumah aku pakai selipat tebal. Tidur malam wajib pakai stokin aulora .

19 Comments

  1. Dorsett Pink October 28, 2020
  2. ummi nani October 28, 2020
  3. Nadia johari October 29, 2020
  4. Aisya Ismail October 30, 2020
  5. VIOLA NG November 13, 2020
  6. SalinaJohari November 13, 2020
  7. Veronica November 13, 2020
  8. Marshaliza November 13, 2020
  9. Mohamad Khairil Bin Hassan November 14, 2020
  10. Ummi November 14, 2020
  11. Hayati Suki November 14, 2020
  12. Min November 14, 2020
  13. Maisarah November 14, 2020
  14. LampuHijau November 14, 2020
  15. Sis Lin November 15, 2020
  16. Kitkat Nelfei November 16, 2020
  17. Tengkubutang November 16, 2020
    • azni November 18, 2020
  18. Mahamahu November 16, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!