iRehab pusat rawatan fisioterapi di Selangor

Sejak dah start sakit ni aku memang gigih mencari segala jenis rawatan dan treatment yang dapat membantu sakit yang aku alami sekarang. Kali ni aku nak kongsikan satu lagi tempat best yang korang boleh tengok juga. Hehe biasalah bila dah kena sakit barulah mencarikan. So tempat yang aku tahu dari geng blogger ben ashaari di iRehab pusat rawatan fisioterapi. Disini kita boleh meneruskan sesi rawatan rehabilitasi seperti biasa.

iRehab pusat rawatan fisioterapi

Musim pandemic Covid19 ini memang segalanya terbatas. Proses untuk dapat rawatan di Hospital pun jadi agak perlahan kerana perlu mengikuti SOP yang ada. Lojiklahkan, pihak Hospital pun tidak boleh melayani pelanggan yang ramai dalam satu masa.

Aku bercakap melalui pengalaman aku sendiri yang tengah melalui proses fisioterapi di SJMC yang akan mengambil masa selama sebulan disini.  Setakat ini insuran syarikat tempat kerja masih memberikan perlindungan  selama beberapa bulan mengikut GL yang dikeluarkan.

Alhamdulillah masalah sakit plantar faciitis, lower back pain dan carpal tunnel aku masih early stage. Itupun setelah aku lakukan xray, MRI dan EMG. Lega  tidak terlalu serius walaupun aku rasa kurang selesa sekarang ni. 

So mengikut saranan doctor yang terbaik buat masa ini adalah melalui fisioterapi belum sampai stage kena bedah hhuuhuhu lega sangat.

Jadi selepas ini aku mungkin terpaksa mencari alternative rawatan fisioterapi yang lebih murah dan berpatutan mengikut bajet bulanan sendiri. Seperti biasa segala info yang aku dapat aku rekodkan di blog aku untuk rekod aku sendiri dan harapnya dapat membantu korang yang juga mencari maklumat ini.

iREHAB Stroke and Physiotherapy Center

Terdapat pelbagai rawatan di iRehab pusat rawatan fisioterapi ini seperti Lokomat Theraphy, Physiotheraphy, Occupational Theraphy, Speech Theraphy, 24 hour nursing care, transport service dan lain-lain

Rawatan susulan sangat-sangat penting lebih-lebih lagi yang berisiko, seperti pesakit selepas stroke perlu meneruskan rawatan susulan kerana rehabilitasi telah menjadi satu keperluan.

iREHAB menawarkan pakej rawatan dengan harga terendah untuk korang yang memerlukan supaya korang masih boleh menghadiri sesi rawatan dengan kerap untuk membantu penyembuhan.

Macam aku cakap di awal tadi, rawatan susulan sangat-sangat penting, risau bila kita biarkan nanti akan timbul masalah kesihatan yang sama atau lebih memudaratkan, dan iREHAB memang tempat yang sangat profesional dan bagus untuk dapatkan rawatan.

iRehab pusat rawatan fisioterapi

Bagaimana nak mendapat rawatan di iRehab pusat rawatan fisioterapi

Untuk berurusan dengan iRehab pusat rawatan fisioterapi ni sangat mudah, korang hanya perlu tunjukkan kad temujanji hospital korang dengan tarikh yang korang hadiri atau perlu hadiri untuk dapatkan diskaun di iREHAB

Boleh hubungi iREHAB sekarang di nombor 012-9061690 @ 017-9880324 untuk membuat temujanji

More info :

One Response

  1. IQ November 2, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!