Sinopsis Drama Tak Sempurna Mencintaimu, kisah cinta mustaqim & siratul

Sinopsis Drama Tak Sempurna Mencintaimu mempertaruhkan pelakon terkenal seperti Redza Rosli, Intan Najuwa, Aidit Noh dan Rita Nadira untuk memegang watak utama.

Pertemuan antara mata redup dan mata kuyu itu tidak indah. Ia menyakitkan. Hinggakan si mata redup mahu lupakan segalanya dan tidak mahu terhutang apa-apa. Sebaliknya pula pada pemilik mata kuyu itu. Selagi gadis bernama Siratul itu belum selesaikan hutangnya, dia tak akan biarkan gadis itu begitu sahaja.

Sinopsis Drama Tak Sempurna Mencintaimu

Ya, katalah dia kejam. Kenyataannya, memang dunia ini kejam! Dia juga pernah menjadi mangsa.

Info

  • EPISOD : 28
  • TARIKH TAYANGAN : November/Disember 2020
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
  • SIARAN TV : Slot Akasia TV3
  • PENULIS SKRIP : Eja Lorena, Marr Mohamad, Lynnda Sharuddin
  • PENGARAH : Emi Suffian
  • PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama Tak Sempurna Mencintaimu

  • Redza Rosli sebagai Mustaqim
  • Intan Najuwa sebagai Siratul
  • Fendy Bakry sebagai Epu
  • lRita Nadira sebagai Melissa
  • Nafiez Zaidi sebagai Fiqri
  • Aniq Suhair sebagai Safwan
  • Azza Elite sebagai Kak Siti
  • Ali Reza sebagai KyleShah
  • Khan sebagai Kuca
  • Scha Elinnea sebagai Mawardah 
  • Naim Shamshol sebagai Rudy


LAGU TEMA / OST 

Khai Bahar – Durja

Sinopsis Tak Sempurna Mencintaimu

Mengisahkan tentang Mustaqim dan Siratul yang masing-masing menjaga diri antara mereka  dan sama-sama membentuk diri kearah kebaikan. Dua karakter yang berbeza, Mustaqim berpewatakan seorang yang agak nakal dan panas baran manakala Siratul pula seorang yang penyabar, tabah dan lurus.

BACA : Sinopsis drama hati yang tersakiti

Siratul bekerja keras demi mencari rezeki tanpa bergantung pada sesiapa pun. Siapa sangka Pertemuan Mustaqim dan Siratul pada awalnya penuh dengan amarah tetapi akhirnya jatuh cinta.

Sinopsis Drama Tak Sempurna Mencintaimu

“Kau sindir aku lagi, kan?” –MUSTAQIM
“Tak… kalau betul koyak, saya nak tolong jahitkan” –SIRATUL

Kisahnya bermula apabila adik Siratul telah melanggar motor kesayangan Mustaqim menyebabkan dia marah dan dengan lantang menghina gadis itu. Tapi walaupun dalam keadaan marah dia mengikuti Sidratul, menggantikan perbelanjaan motor yang telah hancur dan rosak dan menghantar gadis itu pulang ke rumah dengan selamat. Mustaqim tetap lelaki sejati.. yer ini lah sebahagian dari Sinopsis Drama Tak Sempurna Mencintaimu

Mengenali Siratul membuatkan Mustaqim mula merasa tenang setelah 10 tahun hatinya terluka akibat pengkhianatan yang dilakukan  oleh kekasihnya Melisa. Melisa merupakan seorang gadis yang amat menyukainya tetapi cinta itu tidak dibalas oleh Mustaqim. Mustaqim begitu kecewa dengan Melisa

Lantas untuk membalas dendam Melisa berkahwin dengan ayah Mustaqim. Difitnahnya Mustaqim sehingga ayahnya menghalau keluar dari rumah dan dia tidak pernah pulang lagi selama 10 tahun. Tindakan Melisa sangat sangat merobek hatinya.

Dengan adanya Siratul, hati yang beku itu perlahan-lahan kesilapan semalam dia cuba hapuskan. Tanpa sedar, cinta mula berputikantara mereka.

Sinopsis Drama Tak Sempurna Mencintaimu

“Kau beli adik aku dengan duit dan kau jangan ingat, kau mampu beli aku dengan duit kau!” –SIRATUL
“Bukan niat aku nak sakiti kau, Siratul…” –MUSTAQIM

Namun, cinta mana yang tidak diuji?

Tapi, tiba tiba hadirnya Melisa tanpa diduga, membuatkan kisah cinta mereka benar-benar goyang


Adakah Siratul dan Mustaqim dapat bersatu pada pengakhirannya? Dapatkah Mustaqim memaafkan dan kembali semula pada ayahnya?\

Nak tahu kesudahan cerita ini? Haa cepat-cepat dapatkan Novel Tak Sempurna Mencintaimu. Keseluruhannya, novel ini merupakan sebuah naskhah yang membawa kita mengenali erti pengorbanan, kasih sayang dan sikap memaafkan antara satu sama lain.

Add Comment

error: Content is protected !!