Bila aku post di FB cakap pasal sakit ni ada yang faham sakit tumit, atau tapak kaki sakit dan ada yang faham. Nama saintifiknya adalah Plantar Faiciitis so jadinya orang sebut sakit tumit plantar fasciitis. LIfestyle aku bertukar 180 degree bila kena sakit ini. Terus, Aku tukar kasut skechers untuk sakit tumit untuk walking dan kasut medifeet untuk sakit tumit bila pergi kerja.
Table Of Content
Kronologi mula tapak kaki sakit
Untuk kes macam aku, mula sakit sejak July 2019. Aku ingat sangat sebab kejadian tu berlaku 1 minggu sebelum laki aku patah tulang selangka dekat tengkuk tu.
Kononnya masa tu nak joging lah kan, semangat nak kurus. Ajak abam sama sama joging di kawasan rumah nih . Tapi kesilapan aku adalah aku pakai kasut sukan yang sama untuk semua aktiviti sukan. Aku aktif dalam sukan volleyball dan juga zumba di ofis. Kasut skechers aku tu pun dah kira bertahun jugak aku pakai. Tapak dah support sepenuhnya macam dulu.
Rupanya tak boleh yer adik kakok. setiap kasut tu memang lain lain function. Aku pulak jenis kedekut jugak kut nak beli banyak-banyak kasut. lagi satu sebab kalau kasut banyak pun aku akan pakai kasut yang sama sahaja . Lagi satu aku dengar kasut senang rosak bila jarang pakai.
Berapa kali “lagi satu’ daa..
Jumpa Pakar tulang Ortopaedik
Akhirnya mai serah diri Ke Subang Medical Centre utk buat full check up dengan Dato Annuar Onah untuk 3 masalah utama aku. sakit tumit plantar fasciitis lower back pain and carpal tunnel. hahaha pakej semua sakit ni.
Sebelum ni aku pernah datang treatment disini untuk sakit lump di Tengkuk hahah biasalah kan macam-macam penyakit kita. Jangan kena sakit jantung yang tak ada simptom udah. huhuhu.
Muda muda dulu ada Endometriosis. Aku ni pesen jenis sakit macam ni kut, tapi demam amat payah. Ya Allah mintak mintalah jangan ada penyakit merbahaya yang lain.
Setengah orang tak suka nak pergi check, tapi aku ni selagi tak tahu lagi runsing. Tu yang last year aku buat full check up bila ada rasa benjolan di kawasan dada. Takut oit. tapi prevention is better than cure kan.
Korang macam mana?
Memula aku start sakit tumit plantar fasciitis pastu bila start wfh sakit belakang pulak sebab aku duduk kerusi dining masa buat kerja setiap hari masa PKP pertama.
Kawan sekolah aku aka doktor di Hospital Serdang dah advice aku pi check secepat mungkin dan aku pun terus amik GL . Sebenarnya Aku selalu risau aku tergolong dalam spesis yang macam mengada mengada sakit, aku mengandaikan mungkin sebenarnya tak sakit dan masih boleh bertahan Sebab itu buat rileks wat cool and lambat juga follow up kali ni.
Kemudian bila aku cuba panggil sorang Physio ni dari The Rehab Physio datang ke rumah fisio check hahahah dia terus cakap
“Sis kena gak jumpa Doktor ni “ and cerita lah bla bla.
Ok terus lah aku riso.. terus call wat appointment. Yelah kan bila Doktor dan Fisioterapi sendiri yang push untuk pergi jumpa pakar apa lagi aku nak cakapkan. Takkan nak degil pulak
Soalan yang menikam jiwa dari pakar tulang
- Orthopaedic tanya daily streching tak ?
- Takde game volleyball and tak zumba .. mmg tak laaa kan . Ni pasal masalah lower backpain.
- Sila buat setiap hari yer katanya. Angkat kaki ni tiap hari bla bla bla
- Pastu tgk tapak kaki sejenis kaki kena pakai kasut yg arch support. Soklan dia.. dkt rmh pakai kasut tak?
- Hahhaha memang tak jugak. Sis tak suka
- Sakit carpal tunnell ni… kerja apa? Heheeehe memang sis ngadap komputer jer.
- So dia ckp jangan kerja dah hahahah.. aduii
Apakah sakit tumit plantar fasciitis
Plantar fascia adalah sejenis tisu panjang yang terdapat di bawah tapak kaki, bermula dari ibu jari kaki hingga ke tumit. Antara fungsi utama tisu ini adalah untuk menyerap hentakan di kaki dan juga untuk mengekalkan bentuk “arch” di kaki. Setiap kejadian tuhan ni bersebabkan
Jadi dalam kes-kes tertentu, tisu ini boleh mengalami keradangan (inflammation).
Antara 3 punca sakit tumit
- Obesiti
- Sport Injury
- Rupa bentuk kaki itu sendiri. – tapak yang leper
Hurm.. memang pagi pagi terasa sakit tumit tu. terhenjut henjut dibuatnya, menyucuk nyucuk. Kalau ikut kata kawan aku worst scenario huhuh boleh tumbuh tulang and kena operation. Allah inilah yang aku takut sangat.
BIla dah jumpa orthopaedic samalah yang dia cakap. So nak tak nak doktor advice buat x ray untuk tengok betul betul dan kena buat rawatan fisioterapi setiap minggu.
Adui.. apa lagi pilihan yang aku ada.
Dalam dok berjaga kena juga. Aku selalu jaga makan dan berat supaya tidak melebih 60kg sebab aku tak nak tua tua nanti makin siksa nak beribadat. Banyak orang dah aku saksikan sakit sebegini.
Aku dah buat MRI dan Xray semua pada 23 October, next follow up will 28 October. untuk doktor rumuskan semua. hahaha harapnya sakit aku ni boleh lah baik.
MRI ni kena buat sebab aku cakap lower back pain sakit. So Dr takut aku kena slip disc. adoii.. ini yang aku takutkan. Harapnya muscle sahaja. Esok 28 October aku jumpa doktor. huhuh wish me luck guys.
Dah beli kasut medi feet untuk kegunaaan dalam rumah terlebih dahulu sebab sekarang kan musim work from home. Kendian baru aku pikir nak beli kasut baru untuk urusan kerja.
Komplikasi jika sakit tapak kaki sakit tidak dirawat?
Yang pasti mengabaikan sakit tapak kaki boleh menyebabkan sakit menjadi kronik dan memberi kesan pada kehidupan harian kita.
dan kita juga boleh mendapat masalah pada kaki, lutut, pinggul atau belakang kerana sakit tapak kaki menbawa kepada perubahan cara berjalan anda.
Doakan aku dapat recover dengan cepat okay.
Ye ini lah yang aku alami sekarang.
Kena selalu visit page http://www.myhealth.gov.my/fisioterapi-untuk-sakit-tapak-kaki/ untuk fisio di rumah ni. KOrang agak-agak sakit boleh lah refer sini okay.
UPDATE Terkini : nah petua hilangkan sakit tumit kaki kanan
Setelah 6 bulan dari tarikh aku sakit hingga kini , aku tukar kasut-kasut yang sesuai. konsep aku Biarlah rupa buruk tapi kaki sedap. Aku hanya pakai wedges untuk ke ofis, no more kasut tinggi.
Kasut yang aku sesuai untuk orang sakit tumit untuk aku Medifeet, kasut skechers untuk sakit tumit dan BMT, Dalam rumah aku pakai selipat tebal. Tidur malam wajib pakai stokin aulora .
Info yang sangat bagus ni. Baru saya tahu bahaya rupaya kalau sakit tumit or tapak kaki. Thanks for sharing kak azni
GWS kak..semoga betambah baik, sama2 kita jaga diri.
Memnag kene cek juga sekali sekala kaki ni kan.. Semoga baik2 sahaja kak.. Makin meningkat usia macan2 kita sakit kan
Semoga Kak Azni diberikan kesihatan yang berpanjangan Aamiin! Before this Ai pun kerap sakit tumit. Tapi sebab PCOS. Lepas operation Alhamdulillah jarang dah kena.
Thank you for providing great information! I hope you get well soon!
Dulukan Sal sejenis macam KakNi gak , belasah satu kasut untuk semua aktiviti. Tapi bila dapat info tentang kasut especially sport shoes ni kan .. terus amik berat . Now kasut jalan lain, kasut berlari lain. Demi kesihatan kaki .. hehehe . Moga urusan kesihatan KakNi dipermudahkan. Aamiin
Pray for you sis!
You will be good! Everything is gonna be fine & okay.
Marsha pun kekedang sakit tapak kaki & tumit macam ni. Tapi buat xtahu je. Baca akak punya post ni nampaknya kena g cek juga ni.
Baru tahu pasal ni. Bahaya jugak ya. Lepas baca artikel ni teringat mak saya pernah merungut pasal kaki dia. Maybe lepas ni bolehlah bawak pergi check.
Saya pernah sekali rasa sakit tumit. Masa umur belasan tahun dulu. Pelik juga, ingatkan penyakit ni kena kat org2 berumur je. Tapi lepas tu takde dah. Bukan plantar fasciitis kot, tak tau la apa benda.
Ilmu baru dalam entry ni. Terima kasih sis. Nice info.
Didoakan sis cepat sembuh & jaga kesihatan ok 😊
Uikss..dapat bayangkan kesakitan tu. Tp tu la bila dah berusia ni macam2 kan kena jaga, jaga pemakanan jaga berat bla bla bla…haha..gws kak
Pernah rasa sakit tumit sebab hentakan kuat kat dinding. Ni sebab lepas geram, ambikk.. sakit dapat terus haha. Memang tak sedap berjalan. Lepas tu, sakitnya baik sendiri.
Kita ni selalu sakit tapi tak tau. Haha. LH pun baru tau pasal kasut-kasut ni sebab pergi expo farmasi dulu. Masa tu baru tau kenapa ada kasut-kasut perubatan ni
Memang obesiti selalu dikaitkan dengan sakit tumit.. Sis bias amengurut pun, mereka cakap begitu, tapi jika tiada masaalah kesihatan lain laa.. alhamdulilah, rasa diri macam obesiti tapi belum pernah plak rasa sakit tumit kaki walau travel..syukurlah…takut juga kann..
Aduiii kena jaga juga ni.. salah satu penyebab ada obesiti dan tengok berat sekarang memang over dah… Bagus information artikel ni for our awareness..
Dalam entri ni TB belajar tentang kasut .. bukans emua kasut boleh dipakai untuk aktiviti sukan , ada kasut tertentu untuk aktiviti tertentu.. adoi.. TB pun macam sis jugak lah.. pakai kasut satu tu, satu tu je laa.. tak tukar2.. huhu.. kalau ada banyak pun still guna 1 tu jugak.. huhu.. dan satu lagi TB pun sebenarnya ada sakit tumit.. bila duduk lama dan nak bangun berjalan sakit sangat tumit tu.. jalan pun terjengkit2 mual2 tu.. tapi bila dah bangun dan jalan lama sikit terus sakit tumit tu hilang.. serupa ke sakit kita ni ye?
sama sangat lah TB …. marilah kita invest untuk kesihatan
Betul saya pergi hari tu pusat untuk tapak kaki check bentuk dan kedudukan tapak kaki kerana terlalu lama ia dipengaruhi oleh pemakaian kasut kita. Kesan lebih teruk kepada tulang belakang. Insha Allah moga cepat sembuh dan pulih seperti sedia kala ok…