Resepi Mee hailam Sedap dengan air rebusan stok ayam

Resepi Mee hailam Sedap. Musim MCO ni semua orang cari idea nak masak apa untuk familikan dan ada yang viral resepi mee hailan sheula rusly. Aku selalu share dengan dalam IG dan FB story. Lepas tu Heheh ramai pulak mintak resepi Mee hailam aku. Perbezaan aku and resepi mee hailam sheila rusly nih dia ada letak tepung jagung. tapi resepi che nom pun sedap juga

Since ramai kawan kawan tanya terus teringat nak share resepi mee hailam mudah version aku dalam Blog supaya senang orang nak refer.

Resepi Mee hailam Sedap Signature aku

Dalam famili aku setiap sorang ada signature masakan masing masing. Kakak sorang tu terer masak mee kari ipoh style memang power oo, sorang lagi laksa, sorang laki koaytew, kak ipar aku pulak trademarknya pula dengan nasi daging and koay theow thng

Selalunya anak-anak sedara aku ni memang akan minta aku masakkan mee hailam setiap kali kita orang akan berjumpa dan bergathering. Laki and anak aku pun memang akan selamba sahaja menambah kalau aku masa mee hailam ni. Tak pernah bosan katanya.

Resepi Mee hailam Sedap

Sebenarnya rahsia untuk buat mee hailam ni, kuahnya mestilah dari air rebusan ayam. Hehhe insyallah sedap kalau korang cuba.

Setengah orang akan letak lada hitam kan, tapi entahlah aku tak pernah cuba lagi letak lada hitam ni. Mungkin juga sedap. Tapi sebab laki aku ni macam tak berapa suka.apa yang berkaitan dengan lada hitam nih.

Takpalah aku bagi korang list bahan asas untuk mee hailam ni lepas tu korang tambah ikutlah suka hati korang

BACA : Resepi Koay Teow Teng


Resepi dan bahan bahan mee hailam sedap

  1. Air rebusan ayam
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih
  4. Cili kering kisar / cili boh
  5. Sos Cili
  6. Sos Tomato
  7. Sos tiram
  8. Kicap manis
  9. Kicap masin
  10. Udang/ayam/Daging
  11. Fishball/fishcake
  12. Buah tomato
  13. Sayur sawi
  14. Mee kuning
Resepi Mee hailam Sedap

10 langkah nak masak resepi mee hailam sedap Cara cara masak mee hailam

  1. Mula-mula buat air rebusan ayam dahulu
    • Hanya air dan ayam, saya suka ayam yang banyak tulang. Tapi tak lah lama sangat. Dalam 15 mins sahaja
  2. Hiris bawang merah, bawah putih
    • Sementara tunggu air rebusan tu, bolehlah ambik masa untuk kupas dan hiris bawang yang kita akan tumis nanti
  3. Tumis bawang dan cili boh
    • Masukan hirisan bawang bawang tadi, dan juga cili boh macam masak biasa tu
  4. Masukkan ayam terutamanya yang ada tulang banyak.A
    • Ayam dalam air rebusan tu dah boleh keluarkan. Aku suka part tulang sebab dia akan berikan rasa kuah yang manis. Sebelum tu aku potong kecik kecik sikit ayam tu
  5. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap
    • haaa.. masukkan kesemua bahan diatas. Kicap tu kicap manis aku letak, kicap masin pun ada
  6. Masukkan air rebusan ayam
    • Air rebusan tu masukkan dalam kuali yang kita tengah tumis tu, so kuah dia bukanlah rasa kicap semata. lengkap semua ada kan
  7. masukkan udang/ayam/daging/fishball/fishcake/batang sawi
    • Dah penuh kuah tu, baru lah aku masuk haiwan-haiwan ni. Kalau masuk awal takut kecut pulak nanti
  8. Mee kuning
    • Mee kuning ni selalunya aku rendam dalam air panas, sebab boleh buatkan sakit perut untuk aku
  9. Tomato.
    • Dah separa mesra mee dan kuah, masuklah tomato, so akan ada rasa masam-masam tomato n
  10. Sayur sawi – part daun
    • Tadi kita masukkan batang sahaja , sekarang baru masukkan kesemua sayur sawi ni dah siappp..

BACA : Resepi Ayam UNgkep


Penyedap rasa mee hailam

Kalau nak sedap lagi makan mee hailam, potonglah cili padi, atau nak sedap lagi cuba cari cilik jeruk. Perggghh memang terangkat.

Kelemahan mee hailam ni, kalau kita pakai kuah yang banyak nanti mee tu akan cepat kembang. So sekiranya memang tengah menunggu tetamu, masaklah dulu siap kuah tu. Bila tetamu sampai baru masukkan mee kuning tu.

Ingat tau, resepi mee hailam sedap ni rahsia sebenarnya adalah stok ayam tu. Tak payah lama pun rebus., jangan pakai air biasa sahaja memang akan rasa kosong and tak ada manisnya.

Lagi satu selalunya mee hailam aku memang meriah dengam ayam, daging, udang semua. Baru puas makan. Mungkin ini lah rahsia koayteow aku ni manis ala seafood sikit.

Tapi kalau dekat kedai bengkok lah tokey kedai hahahah kan.. tambah-tambah harga barang mahal nak mampus sekarnag nih.

Okaylah selamat mencuba dan menjamu selera.

nanti aku nak try cuba resepi mee hailam azie kitchen atau resepi mee hailam azie kitchen pulak

Kalau malas nak masak mee hailam ni, masak jelah maggi goreng heheh. nak boleh tengok resepi maggi goreng dekat blog kawan aku nih

3 Comments

  1. kakgojes April 12, 2020
    • azni April 12, 2020
  2. Ray April 13, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!