Resepi Koay Teow Thng yang sempoi yakmat

Aku share Resepi koay teow thng ni untuk korang yang banyak tanya dekat facebook and IG masa aku post hari t . Nak kata macam koay teow sup tu hampir sama tapi tetap rasa lain sebab ada perbezaan. Ada minyak bawang dan bukan versi tumis

Korang kena cuba baru tahu.

Kalau ikut pembacaan ianya resepi sangat sangat popular di Penang dan SIngapore. Dengan kata lain resepi dari Chinese.

Aku pun hanya kenal koay teow thng ni melalui kak ipar aku, Simple and light rasa dia . Masa belajar di USM Penang ada satu foodcourt buat hampir sama macam ni. Kira kegilaan pelajar pelajarlah masa tu. Tak tahu lah ada ke ada lagi atau tidak.

BACA : Resepi Udang Kam Heong

Ada beberapakali aku buat untuk majlis makan-makan di rumah. Ramai pulak yang suka dan memang ramai yang pertama kali lah cuba. Aku rasa aku pernah makan koay teow sup macam ni masa pergi hotel di penang.

Okay korang bersedia nak cuba?. Meh aku nak ajar cara buat. Nak cari orang melayu buat menu ni macam susah kan .

So nah buat sendiri .

Resepi Koay Teow Thng

  1. Ayam atau Daging
  2. Bawang putih
  3. Tomato
  4. Lada hitam
  5. Daun ketumbar
  6. Tomato
  7. Daun bawang
  8. Fishcake
  9. fishball
  10. Kicap sotong

Tips: Satu ekor ayam satu labu bwg putih
2 ekor 2 labu

koay teow thng

Cara- cara buat koay Teow Thng

Nak mudah beli ayam potong kecil-kecil rebus terus dgn ketumbar, Tapi pastikan bersihkan akar ketumbar, tumbuk sikit bagi pecah bahgian akar tu bahgian daun potong seinci lebar,

Jangan lupa potong tomato dalam sup, rebus sekali semua, takyah tumis2

Kalau daging beli tulang utk buat stok, daging rebus lepas tu carik-carik kan. Ayam pun boleh juga buat camtu, beli rangka untuk stok kuah bahagian dada atau yg isi banyk rebus juga, lepas tu carik²kan juga, tapi agak leceh sbb bnyk kerja

Semasa tunggu air rebusan ayam tu korang ambik Bawang putih tumbuk dgn lada hitam, tidak pun beli jer lada hitam kasar, bawang putih jer tumbuk kemudian korang masuk kan dlm stok ayam tadi

Bagi mendidih dulu baru masukkan sos ikan, serbuk perasa

Jgn masuk garam

Pantang dia bukan tumis, jangan letak garam..!

Minyak Bawang

  • Kupaslah bawang beberapa ulas. Wajib buat minyak bawang tu sebab sup tadi tak tumis
  • Bawang putih pun tak payah dadu, lambat kerja nak potong sebiji
  • Tumbuk agak kasar lepas tu goreng minyak,
  • Jangan hitam biarkan jer sejuk dlm minyak


Bahan Hidangan

  • Beli la fish cake, Bebola ikan rebus potong letak masa nak makan nanti
  • Ayam tu ricik ricik halus yer
  • Siapkan cili kicap dan juga minyak bawang putih

Dah siap Koay Theow Thng

Dah boleh makan terus. Tapi kalau nak best boleh beli koayteow yang halus tu. Bukan yang besar. Baru syiok Makan

Nak buat memang senang. Rasa macam orang pantang pun sesuai kan. Cuma kicap sotong tu sahajalah yang mungkin tak sesuai orang pantang takut gatal.

5 Comments

  1. Nadia johari February 19, 2021
  2. nany February 21, 2021
    • azni February 22, 2021
  3. Ai February 22, 2021
    • azni February 22, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!