Bahayanya Sugarbook, apps yang hanya rosakkan generasi kita

Bahayanya Sugarbook Malaysia ni!. Ianya satu budaya yang kita kena sekat dan tentang habis habisan. Bila teknologi membangun terlampau laju, makan anasir anasir yang tak bermoral jugak meningkat sama.

Mengikut data terdapat hampir 42,500 individu yang bergelar sugar daddy yang wujud di dalam negara kita. Data ini juga telah menjadikan Malaysia sebagai tangga ke-3 paling ramai sugar daddy di Asia!

Aku ingin tegaskan Kita kena tentang habis habisan budaya ini dari berkembang di negara kita. Ianya mesti bermula di rumah, pemantauan anak-anak. Sugarbook ini memang membawa satu budaya yang sangat tidak sihat

Untuk korang yang agak blur nak faham apakah sugarbook ini. Ianya adalah satu applikasi baru sebagai satu tempat matching diantara sugar daddy dan Sugarbaby. Ianya menjadi satu platform yang amat mudah semudah di hujung jari tetapi bukan suatu yang positif tetapi lebih kepada kemudaratan.

Bagi aku Ianya membawa kepada satu level lain yang membawa kepada pelacuran dalam dunia hari ini secara terang terangan.

Aplikasi sugarbook ramai terdiri dari golongan pelajar

Pandemik covid-19 telah memburukkan keadaan dimana para pelajar mula mencari sumber yang boleh membantu mereka dari segi kewangan untuk meneruskan pelajaran di Universiti.

Ini di akui sendiri menurut Sugarbook, kebanyakan pengguna di Malaysia yang mendaftar sebagai sugar baby di aplikasinya didominasi oleh pelajar, disusuli dengan usahawan, jururawat, guru dan peguam yang menjumlahkan lima majoriti teratas.

Pelayan, pembantu peribadi, jurusolek, model bebas dan ahli farmasi melengkapkan senarai antara 10 pekerjaan sugar baby di Malaysia.

Purata elaun sugar baby melalui aplikasinya adalah RM2,500, manakala purata pendapatan sugar daddy adalah RM150,000.

Apa itu Sugar Daddy dalam Sugarbook Malaysia?

Sugar Daddy biasanya merupakan individu kaya yang berpengalaman dan dan selalunya mempunya punca kewangan yang lebih stabil. Mereka mengambil peluang atas kemewahan mereka untuk memanjakan Sugar Baby dengan sokongan kewangan sebagai ganti cinta dan persahabatan.

Hubungan terlarang ini walaupun bermula di applikasi ia mampu meleret kepada pertemua secara realiti. Kerana aplikasi ini adalah di mana kedua-dua pihak menentukan apa yang mereka mahukan dalam hubungan sebagai pertukaran sokongan kewangan.

Selalunya mereka yang terlibat terdiri daripada Lelaki / Wanita yang layak mendapat sokongan kewangan sebagai pertukaran cinta dan persahabatan.

Laman itu juga merupakan laman dating bagi ‘sugar daddy’ yang terbesar di Asia dengan sejumlah 400,000 daftar keahlian dimana dimana 220,000 daripadanya merupakan sugar baby 180,000 untuk sugar daddy dan lagi 6,000 individu adalah sugar mummy di Malaysia.

Sugarbook malaysia

Sekiranya aplikasi seperti ini tidak dipantau atau ditapis oleh kerajaan ia mampu merosakkan moral serta akhlak generasi muda

Tentangan Sugarbook dari Semua pihak

Kenaikan number ini bila mana golongan pelajar memerlukan sokongan kewaangan untuk meneruskan pelajaran di IPT dan ianya memang satu budaya yang sangat tidak sihat;

Melalui Parti Pas Naib Presidennya, Senator Ustaz Idris Ahmad berkata aplikasi ini perlu disekat dan diharamkan di negara ini kerana bertentangan dengan gaya hidup Islam.

“Setakat ini pihak KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) telah mengambil tindakan untuk menyiasat perkara ini. Memanglah setakat ini mereka (beberapa pihak IPT) menafikan pelajar mereka terlibat dengan aktiviti sugar daddy,” katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

“Aplikasi seperti ini mensasarkan golongan wanita yang mempunyai rupa untuk menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki yang berpendapatan tinggi.

“Ia sangat berbeza dengan aplikasi sosial yang lain berikutan membabitkan tawaran wang ringgit selain menyelitkan elemen seksual,” .

Siraj berkata, ‘sugar baby’ dan ‘sugar daddy’ bukanlah satu budaya yang ada di Malaysia.

Baca : Pelajari urus kewangan dengan lebih bijak

Pendaftaran ‘Sugar Baby’ Meningkat

Di saat aku menulis perkembangan sugarbook ini dikatakan aplikasi itu turut mendedahkan senarai Top 10 ‘Insitut Pengajian Tertinggi (IPT) tempatan yang paling ramai pelajarnya yang terjebat di dalam kancah tersebut dengan majoriti IPT terletak di Lembah Klang.

Dalam masa yang sama PENGASAS dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sugarbook, Darren Chan menyifatkan gesaan orang ramai supaya aplikasi itu diharamkan adalah tidak adil.

Sugarbook malaysia

Darren berkata, aplikasi itu diwujudkan bagi menyediakan platform temu janji untuk wanita memilih secara bebas apa yang dikehendaki dalam hubungan yang ideal tanpa dinilai.

Turut disertakan adalah data mengenai 10 universiti di Malaysia yang pelajarnya paling ramai menjadi Sugar Baby, iaitu:

(1) Sunway University: 3,105 pelajar.
(2) INTI International University: 2,624 pelajar.
(3) Taylor’s University: 1,696 pelajar.
(4) TAR University College: 1,600 pelajar.
(5) Universiti Malaya: 1,280 pelajar.
(6) Monash University: 960 pelajar.
(7) LimKokWing University: 864 pelajar.
(8) University of Nottingham: 832 pelajar.
(9) Multimedia University: 768 pelajar.
(10) Universiti Teknologi MARA: 704 pelajar.

11 Comments

  1. Farah Wahida February 15, 2021
  2. Liez February 15, 2021
  3. SalJohari February 15, 2021
  4. Akashah February 15, 2021
  5. Nina Mirza February 15, 2021
  6. Nadia johari February 15, 2021
    • azni February 15, 2021
  7. ciktie February 15, 2021
  8. Ai February 16, 2021
  9. Sunshine Kelly February 17, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!