Mama Blogger bersilat didapur semasa PKP covid19 hehehe..

mama blogger semasa PKP | Haa.. panjang “hehehe” tu kan. Lain machiaam. Lagi satu haih lama tak jenguk blog ni, sis sibuk sangat uolls. Sibuk jadi fulltime surirumah dan part time kerja . Eh terbalik lah pulak hahaha. Tapi nak cakaplah sis rasa hebat betul jadi mama masa musim covid 19 or masa perintah berkawal ni, saja nak simpan kenangan mama blogger semasa PKP

mama blogger semasa PKP
gambar kenangan travel baru baru ini.

Kenapa sis rasa hebat,? sebab selain masak banyak kali aku cuba macam macam resepi baru. tepuk tangan untuk diri sendiri 🙂 Tapi sebenarnya sangat mencabar work from home untuk aku sebab environment dan furniture yang sangat tidak membantu. sakit pinggang oit!

Sebenarnya sis ni jarang masak masak sebelum ini . Orang dalam rumah sis ni ada 2 dewasa dan 1 budak. 3 orang sahaja. Dahlah semua jenis makan sikit. Bayangkan sebelum ni beli nasi goreng pun kongsi 3 orang.

Sis dengan Husband ni dah 40 an (nak dekat 50 dah sebenarnnya) jadi memang kontrol makan sikit, maklumlah dah tua. Tapi kesannya hero kecik tu pun dah terikut cara kita orang makan. sebab itulah dia pun haluih kering. Betullah kata oramg Family yang banyak bentukkan kita.

mama blogger semasa PKP

Tapi dalam musim kuarantine ni anak sedara sis pun ada dirumah, tak sempat nak balik Perak. Nasib baik sempat lari ke rumah mak sedara dia nihaaa.. Maka bertambahlah lagi seorang dewasa. Seronok sikitlah nak masak, dengan harapan ada orang tolong makan. Tapi at the end portion masak tu lebih kurang jer sebab dia pun bukanlah kuat makan juga rupanya.

mama blogger semasa PKP

Cabaran Sungguh Jadi Mama sepenuh masa untuk aku.

Nak kata jadi sepenuh masa tu tidak lah kan, kena buat kerja opis ditambah pula dengan kerja opis yang maha seksa nak buat masa work from home ni.

Kerja rumah ni aduh memang tough lah untuk sis sebenarnya. Kena masak 3 kali sehari, breakfast, lunch and dinner. Ada masa masak terus untuk lunch and dinner, tapi kami ni sebelum ni sebenarnya banyak makan nasi sehari sekali sahaja.

So agak culture shock makan 2 kali sehari .

Dah masuk hari ke 13 pun dah naik tepu nak masak apa, dan naik cemuih dengan masakan sendiri. Dulu bebila sahaja boleh singgah kedai tomyam, kedai nasi arab or kopitiam. Sekarang ni kalau nak semua tu, kenalah buat sendiri. 

Lepas tu kena ajar and tengok anak dalam masa yang sama.  hahah entahlah sama ada sis yang rasa siksa or memang semua orang macam sis. 

Sis memang tak boleh jadi fulltime housewife lah sebenarnya hahaha.

Pencapaian terbaik sis as mama blogger semasa PKP!

mama blogger semasa PKP
lama tak buat nasi daging .. pueh makan

Korang tahu sebelum ni kan sis memang sejenis yang tak boleh duduk rumah 24 hours. Mesti nak kena keluar, kadang tu saja lepak di kedai mamak, minum minum petang or pergi starbuck. Orang perak cakap kuat menyongket.. sebut betul betul tau. Salah sebut lain plak maknanya. 

Dulu kalau tak keluar rumah, kepala ni jadi berat. Otak jadi lembab. mesti nak kena dapat fresh air. Lucu kan. Tapi alhamdulillah aku rasa seronok pulak duduk dekat rumah sebab dapat masak macam dan dapat pulun tengok cerita korea juga. Sampai tak cukup tidor, sebab aku ni sejeni orang yang tak sabar kalau tengok drama ni.

Yer.. ini salah satu kisah catatan sis, dalam dok risau pasal covid-19 inilah antara memori yang manis dan kelakar yang sis nak kongsikan dengan pembaca dan jugak untuk sis sendiri.

Korang macam mana pulak?

7 Comments

  1. Sarah April 20, 2020
    • azni April 20, 2020
  2. Ray April 20, 2020
  3. Mahamahu April 21, 2020
  4. Suria Amanda April 21, 2020
  5. Ejulz April 22, 2020
    • azni April 22, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!