Resepi Ayam Masak Merah Simple, pasti anak anak suka

Resepi Ayam Masak Merah ni ada macam macam versionkan! Anak aku ni peminat lauk pauk semua yang ada kaler merah. Sambal udang, sambal sotong. Barulah dia akan makan bertambah tambah, kalau tidak, nak suruh dia habis sepinggan nasi pun seksa tau.

Gitulah mak mak kan, apa yang anak anak suka , itulah pilihan untuk untuk masak. Janji dia mau makan. Cuma masalah kalau di rumah ni, tak boleh masak banyak banyak. Kalau masak separuh belum tentu habis.

Baca : Ayama Masak Korea Sos GojuChang

Untuk mr. abam, not cerewet at all. Semua dia okay, cuma bila dah berumur ni kami memang menhadapi masalah lain, tidak bole makan dalam kuantiti yang agak banyak. Cukup sekadar alas perut.

Jadi ini adalah versi ayam masak merah dari aku yang confirm anak akan akan suka sebab tidak terlalu pedas. Just nice kata orang putih, ada juga tengok resepi ayam masak merah azie kitchen tu.

RESEPI AYAM MASAK MERAH SIMPLE & SEDAP

Bahan Masakan

  • 1 ekor ayam
  • Segengam cili kering @ lebih ikot jenis cili
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit halia (dikisar halus)
  • kulit kayu manis
  • bunga lawang (saya tak suka letak banyak bagi bau2 wangi je)
  • 2sbgula merah
  • garam kasar
  • serbuk perasa (cukup rasa)
  • 3 sb sos cili
  • air asam jawa3 sb
  • santan@ susu
  • bawang holand potong bulat
Resepi Ayam Masak Merah

Cara cara Resepi Ayam Masak Merah

  1. Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyi
  2. Panaskan Kuali dengan minyakAdd image
  3. edia untuk Goreng Ayam Jangan terlalu garing, or separuh masak. Jangan lupa selepas ini kita goreng dalam tumisan
  4. Kisar/ Blend bahan tumisanSewaktu menunggu Ayam siap digoreng, kumpul semua bahan tumisan tersebut. Cili kering ( kisar asing), Bawang merah, sedikit halia dan bawang putih
  5. Siap gorengAngkat kesemua ayam,
  6. Tinggal Separuh Minyak GorenganMinyak ini akan digunakan untuk tumisan,
  7. Mulakan Menumismula mula masukkan bunga lawang dan kayu manis kisar dengan api pelahan, kemudian masukkan cili kisar, gula, garam, boleh tambah cili sos atau tomato juga
  8. Bila tumisan cili dah betul2 pecah minyak masukkan sedikit air dan bagi pecah minyak lagi skali barulah sedap dan masukkanAyam gorengan tadi masukkan ke dalam kuali yang penuh dengan tumisan tadi. Pastikan kesemua ayam
  9. Masukkan 3sb susu/santan
  10. Bawang Holland Step terakhir masuklah bawang holand, Dah siaaap
  11. Hiasan Taburkan daun sup& cili merah

Rahsianya adalah masukkan santan/ susu sebanyak 3 sudu besar, adalah kelainan sikit. Nak tau kenalah cuba. Gerenti sedap Resepi Ayam Masak Merah ni

4 Comments

  1. MAMA REEN July 14, 2021
  2. Netty July 14, 2021
  3. Maizan July 14, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!