Resepi Ayam korea dengan Gojuchang sauce

Resepi ayam korea | Bulan puasa ni susah sangat nak pergi restoran Kychun or four fingers makan ayam korea nih. Sebenarnya almost sebulan sekali aku akan terjah memana restoran korea. Sampai kawan kawan kata aku ni dah tahap ketagih.

Yelahkan bulan puasa ni susah lah nak dapat sebab jarang keluar. nah, aku share dengan korang resepi ayam korea atas usaha aku buat beberapa research sendiri .. chewah.

Pengalaman makan ayam korea di beberapa restoran

Antara tempat favourite yang aku pernah pergi nak pekena ni .. Kyochun, 4 Fingers, and paling meletup and pedas adalah Sweet Little Tree yang terletak di Ampang. Aku rasa kewujudan sweet little tree ni dah lama, sepat jalan ampang memang terkenal dengan kawasan Expat.

Fuh makan di Sweet litte tree ni memang air mata/hidung keluar tanpa sedar tapi tangan ko akan terus capai ayam dalam mangkuk. Cuma… tak crisp atau rangup macam restoran yang ada sekarang ni.

BACA : Resepi Chicken Buttermilk Mudah

K fry aku belum pernah pergi sebab aku tak berapa gemar ayam yang dibalut dengan cheese tu. Terus rasa macam muak. tapi , aku nak cuba lah jugak kan. Manalah tahu sedap

Okay nah aku share dengan korang, selalunya aku buat untuk family aku sendiri atau orang yang mari bertandang memang dia orang kata sedapnyaa… hahaha…

Setengah orang buat jadi macam masa cili merah biasa, dan itu lah yang aku takutkan. Beria aku buat research tau… so rahsianya adalah Sos gojuchang tu. Tapi tulah tak boleh harap sos tu sahaja, adalah teknik teknik tambahan seperti perapan awal, double fry and etc.

kalau korang google memang banyak lah versi. Ayam korea pedas, ayam korea manis and macam macam lagilah. Rupanya aku punya resepi hampir sama dengan version dari sirap limau cuma aku tak letak lemon hehhe.. takpa nanti kita try version tu.

Resepi ayam korea

Bahan-Bahan

  • 18 ketul ayam bahagian kepak atau peha
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 ulas bawang putih – kisar halus1 inci halia – kisar halus
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak untuk mengoreng

Bahan bahan Sos

  • Sos Gochujang
  • Garam
  • Brown sugar/ Madu
  • Cuka buah
  • Bawang putih yang dicincang halus
  • Soy Sauce
  • Chili flakes
Resepi ayam korea

cara masak Resepi ayam korea

Cara masak Resepi ayam korea

Total Time: 45 minutes

Sediakan bahan perapan

Aku tumbuk jer kesemua tu, kasi lumat semua. ( tapi sebenarnya masa nak buat ni aku tak jumpa serbuk lada hitam, tapi yang jumpa putih version ada lah . Sedap jugak

Perap Ayam dengan bahan perapan

First and foremost, ayam tu selepas basuh dan boleh terus mulakan acara perapan untuk beberapa minit. Tetapi pastikan letak bawang putih, lada hitam, halia dan garam. Gaul gaulkan kesemua tu, dan tinggal lah kejap dalm 5-10 mins sahaja

Next, standby tepung jagung

Ayam yang dah perap tu, sebelum masuk kuali korang golek golekkan lah dalam tepung tu.

Sediakan Kuali untuk gorengan

Minyak tu panaskan lah yer sebab kita nak mulakan acara gorengan dah. INgat pastukan Salut ayam tu dengan tepung jagung, gaul gaul. Korang dah boleh mula goreng.

Sejukkan Ayam dan goreng

Keluarkan ayam yang dah goreng tu diluar, masukkan batch kedua untuk gorengan pertama

Double Fry

The best part ni, korang kena buat double fry supaya ayam tu akan kekal rangup. double fry tu korang goreng dan keluarkan lepas tu masuk goreng sekali lagi. Tips ni aku dapat dari chef korea

Dah habis goreng korang boleh terus buat sos

Aku dah experiment nak buat sos ini dengan butter dan minyak. Butter lagi best sebab ada rasa masin masin tu..Masukkan butter, lepas tu bawang putih. and then masuklah sos gojuchang, tambah air, madu, cuka sikit haaa…dah siap.

Simple jekan….

Satu lagi killer resepi aku korang kena try buat nasi daging… nanti aku na share . Eh satu lagi menu best korang kena cuba, geng blogger aku nina mirza ni ada resepi best utk ayam masak kicap tapi guna oats. Jom try buat sama-sama. Budak budak mesti suka

6 Comments

  1. Jiwa Sihat July 31, 2019
    • azni August 2, 2019
  2. ADLINA ARIFFIN August 10, 2019
    • azni August 14, 2019
      • ADLINA ARIFFIN September 1, 2019

Add Comment

error: Content is protected !!