Resepi Sambal udang petai

Resepi sambal udang dan petai tak semua orang pandai buat bagi aku. Ada juga yang rasa sedap dan ada yang tak berapa best. Kenapa agaknya erk. Tapi yang ini resepi yang aku gugel dan aku rasa sedap. Jadi haruslah aku simpan dalam blog aku untuk tatapan untuk orang tak berapa pandai masak nih hahaha

Selalunya aku beli je sebab rumah aku ni hanya ada 3 orang penghuni. Bab makan ni jenis cukup untuk siang sahaja. Malam jarang nak suka makan nasi. Tapi sesekali dapat pekena udang yang fresh dan juga petai yang baru memang makan tak berhenti lah jawabnya kan.

Laki aku orang melaka, memang suka makan makananan yang kaler warna merah macam ni. Jadi kalau masak menu macam ni memang menambah lah nasi dia orang.

Nak dekat posa nih aku memang suka kumpul resepi. So aku mulakan dengan sambal udang petai dulu

Bahan-bahan Resepi Sambal udang petai

  1. udang sedang sekilo-dibersihkan
  2. Cili kering 40 tangkai(rendam dgn air panas)
  3. Petai 3 papan(nk letak lebih pun bole nk kurangkan pun bole)
  4. Bawang kecik merah 6 ulas
  5. Bawang besar sebiji(dihiris)
  6. Bawang putih 5 ulas
  7. Sedikit belacan(klau suka)
  8. Garam
  9. Ajinomoto/ serbuk ckup rasa sedikit
  10. Gula perang- mencantikkan kuah sambal(gula biasa pun bole)

BACA : Jom cuba buat beriani ayam pulak

Cara buat sambal udang

  • Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih dan belacan di kisar hingga halus.
  • Tumis bahan kisar hingga naik bau wangi dan hingga pecah minyak.
  • Kemudian barulah masukkan garam, gula dan aji/serbuk cukup rasa…kacau bg sebati
  • masukkan udang dan petai tadi dan biarkan hingga udang dan petai masak
  • masukkan bawang besar hiris dan sebatikan rasa mana yg x ckup…
  • angkat, siap.

Tips untuk petai tahan lama

Tips ni bagus juga kalau aku share dekat sini kan . Aku dapat dari portal RASA.My

  • Kupas petai sebiji sebiji
  • Buang selaput petai sampai bersih. Selaput petai itu yang membuatkan petai nanti berkulat dan tidak tahan lama.
  • Jangan Basuh dengan air
  • Simpan dalam bekas tertutup di bahagian frozen
  • Kalau nak pakai nanti ambil dan rendam dalam air sekejap

Agaknya apakah terbaik untuk pair dengan sambal udang nih

2 Comments

  1. Suria Amanda March 22, 2021
    • azni March 23, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!