Resepi ayam masak bali, pakai serai banyak tapi memang sedap

Resepi ayam masak bali ni aku mula mula tengok IG cik epal. Lepas tu aku gigih tengok dalam blog dia. Nampak menarik sebab banyak betul serai yang digunakan. Memang lain dari yang lain. kalau tak aku masak ayam ni standard lah, ayam masak merah, ayam kicap, ayam masak lemak hehehe.

so kali ini kau cuba masak resepi ayam masak bali. Sedap, sedap. Highly recommended. Sebab tu aku gigih letak resepi dekat sini supaya aku sendiri boleh refer dan korang pun senang nak cari.

Ada juga aku tengok dekat cookpad. Rupanya ramai dah orang tau resepi nih.. hheheh aku baru tahun 2 tahun lepas sebab tengok IG cik epal la.

BACA : APA KATA KORANG TRY CUBA RESEPI KOAYTEOW THNG


Bahan-bahan resepi ayam masak bali

  1. 1 ekor ayam
  2. Serbuk kunyit(nak gaul dengan ayam)
  3. Cili kering segenggam *
  4. 6 biji Bawang besar merah *
  5. 1 labu Bawang putih *
  6. 1 inci halia *
  7. 2 inci belacan *
  8. 8 batang serai
  9. 6 tangkai daun kari
  10. Kicap
  11. 3 Sudu gula
  12. 3 sudu garam

Bahan yang bertanda(*) kene blend ya

Resepi ayam masak bali
gambar dari blog cik epal

Cara cara masak ayam masak bli

  1. Ayam yang telah dibersihkan

    Gaulkan dengan kunyit dan garam sehingga sebati.

  2. Kisar bahan – bahan yang bertanda (*)

    – Cili kering
    – Bawang besar
    – Bawang putih
    – Halia
    – Belacan

  3. Panaskan satu cawan minyak didalam kuali.

    Minyak memang lebih sedikit sebab akan gunakan untuk menumis nanti. Gorengkan ayam dan jangan terlalu garing. Biar juicy sahaja.

  4. Angkat ayam yang digoreng

    asingkan .

  5. Minyak yang digunakan untuk goreng ayam tadi kita gunakan untuk menggoreng serai.

    Goreng sehingga separa coklat.

  6. Daun Kari

    Kemudian, masukkan daun kari dan goreng sampai garing. (Gunakan api yang sederhana)

  7. Masukkan pula bahan – bahan yang diblend tadi kedalam kuali.

    Tumis sehingga naik bau dan dan pecah minyak. * Tujuan minyak lebih tu supaya cili masak dengan betul – betul.

  8. Tambahkan gula dan garam secukup rasa

  9. Kemudian, masukkan kicap.

    Dan gaul rata sehingga warna sambal tadi jadi maroon gelap.

  10. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi

    Gaul sebati.

  11. Siap.

    Selamat mencuba

Aku memang nak korang try buat resepi ni sebab memang sedap. Jangan terkejut yer tengok serai tu banyak. memang lain dari yang lain .

One Response

  1. Suria Amanda July 9, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!