Buat apa duit moratorium tu ? 5 cadangan untuk korang.

Buat apa duit moratorium? semalam 27.6.2021. PM dah announce pelan Pemulihan. Aku tenggelam timbul ikuti penerangan dia sebab memang menunggu slide dan perutusan dia. Lebih senang untuk aku hadam dan fahami. Bab kewangan ni jangan main main . salah perancangan sekarang akan bawak kesan sehingga berpuluh tahun.

Mungkin aku ada anxiety sikit bab kewangan, laki aku cakap aku ni nak berlayer layer protection. Nak membeli barang pun bertahun. kih kih Aku ada sebab kenapa aku jadi macam ni. Nanti aku cerita dalam next entri.

So kalau nak ambik juga duit moratarium ni aku cadangakan untuk korang mengikut sifu Dr. Azizul Ali, memang banyak dia kongsikan. Ada pro and cons untuk orang amik duit moratarium ni.

Korang kena buat SWOT analysis tu, baru tahu korang dekat mana. Wahhh.. gitu, maksud aku kalau korang nak study betul betul la.

Buat Apa Duit Moratorium Banyak Banyak tu?

1. Simpanan Dana Kecemasan.

  • Jika komitmen kita setiap bulan RM1000 x 6 bulan kita akan ada RM6000 simpanan kecemasan. Simpanan ini untuk belanja kecemasan sahaja. Ia juga untuk belian barang keperluan asas jika tak cukup. Jika masih ada gaji, guna duit gaji .Bayar hutang macam biasa. Bukan suruh terus belanja. Itu cari penyakit namanya.
  • Selama 6 bulan ini jika dah ambik moratarium, bank tak akan kacau. Hidup ko akan aman sekejap. Jadi manfaatkan kelebihan ini, untuk simpan duit tersebut untuk hari mendatang.
  • Ingat Jangan guna dana kecemasan untuk beli apa apa keperluan. Guna bila kecemasan sahaja! Sport rim kereta baru bukanlah kecemasan! barang make up baru bukan kecemasan.
buat apa duit moratorium

2. Boleh bayar baki hutang kad Kredit.

  • Dalam banyak banyak benda, ini yang paling penting untuk kita jaga . korang sedar tak interest dia berapa? 15% oit. Giler .. memang giler. Bak kata kawan aku sangat cancerous.
  • Jika kita ada hutang kad kredit sampai RM4,000. Manfaatkan duit Moratorium ini untuk langsaikan hutang ini secara berperingkat. Mengapa kad kredit? Aku ulang lagi, Kadar faedah yang kad kredit kenakan sangat tinggi. Antara 12-15% kadarnya. Makin lama hutang itu melekat dengan kita makin buruk kewangan kita.
  • Kalau korang ada hutang 20k, ko bayar minumum memang sampai kiamat pun tak akan habis.
  • Aku sendiri tahun lepas hanya ada hutang 3,000 untuk 3 kad. Aku dah gabra. Kredit kad ni memang giler weh. Ada masa ko perasan ko macam banyak duit bila pakai kredit kad ni. Jadi dalam keadaan sekarang berpijak di bumi nyata.
  • Aku tak dapat bayangkan orang yang hutang 30k, haritu husband aku ada hutang kredit kad 12k pun seksa untuk habiskan, until dia dapat segedubuk duit mss dia. Dia settlekan. Dan dia terus lega dan aku halang dia pakai kredit kad terus sebab dia tak disiplin.
  • So ini lah maksud aku, dapat duit segedebuk nanti macam duit moratarium ini ko settlekan terus hutang ni. jangan tangguh.

3. Ambil kembali emas yang dipajak di Ahrahnu.

  • Aku tak berapa tahu pasal ar rahnu, tapi banyak yang aku baca ada duit lekas lekas lah tebus. Duit yang tak jadi bayar untuk kereta atau rumah pakai untuk kurangkan hutang pada bena yang lain.
  • Kadar yang dikenakan oleh Ahrahnu biasanya 7.85% bagi tempoh 6 bulan. Jika setahun ia jadi 15.7% . Tinggi gila juga kadarnya. Lebih baik ambil dan simpan kembali dirumah kita.

4. Selesaikan hutang tertunggak

  • Ini untuk orang yang dah ada dana kecemasan, tapi korang amik jugak moratarium. Jangan joli, jangan, jangan. Jika kita ada semua dana kecemasan, gaji stabil, company baik maka cuba selesaikan mana mana hutang yang mampu dan paling kecil dulu ya.
  • Katakan kita ada baki hutang pembiayaan peribadi berbaki RM3,000. Maka lebih baik selesaikan satu dari 4 hutang yang kita ada. Ini disebut snow ball effect. Selesaikan hutang baki paling rendah.
  • Selepas PKP 3.0 orang susah hati, hutang kita dan habis kita bayarkan nanti. Ko nampak tak, ianyanya macam ko golek golek snow ball tu lah. Buat satu satu., nanti yang lain settle lah. so Buat apa duit Moratarium tu? hehehhe

5. Laburkan kembali

  • Ini untuk orang yang dah settle dah untuk atas, so korang dah dapat kelebihan duit tak payah bayar kereta atau rumah masa ini juga untuk korang cuba melabur. Tetapi aku suka nak remind yang low risk.
  • bagi orang yang mahir dengan pelaburan sahaja bukan yang baru nak cuba cuba. Manfaatkan duit ini untuk laburkan. Pastikan anda kuasai pelaburan tersebut baru melabur, jangan baru dengar semalam terus nak labur disitu.
  • Jika ini pelaburan pertama anda, “saya ikut sifoo nie melabur bang. Bayar RM3000 sahaja dapat beli rumah” . Baik lupakan sahaja, ini bukan masanya. Setiap masalah ada peluang yang baik, manfaatkan sebaiknya untuk kita.

Nak selamat, masuklah ASB atau pun tabung haji.

Moratorium – Berapa interest/profit kena bayar?

Hampir semua dah sedia maklum, sepanjang moratorium, seperti tahun lepas, untuk loan menggunakan floating rate seperti loan rumah, asbf, interest/profit bank masih berjalan.Tapi, apa maksudnya? Berapa interest yang kena bayar? Rate interest bertambah ke? Ramai yang tanya aku soalan sama.

Baik.Sebelum aku bagi contoh, nak jawab dulu beberapa persoalan sebelum korang kata moratorium tipu or apa sahaja lah. Mungkin orang yang tidak terdesak akan banyak pikir, tapi aku cuba nak pahamkan untuk orang yang masih tidak tau.

  1. Interest/profit berjalan tak masa moratorium – YA
  2. Interest/profit rate berubah tak selepas moratorium – tidak, rate tak berubah disebabkan moratorium. Kalau 4% kekal 4%. Kalau 5% kekal 5%
  3. Bayaran balik interest/profit tempoh moratorium macamana – akan ditambah ke dalam jumlah hutang
  4. Akan ada perubahan dalam bayaran bulanan? – mungkin ada, mungkin tidak
  5. CCRIS effect tak kalau ambik moratorium – tidak

So aku nak tanya sekali lagi buat apa duit moratorium tu? jadilah pengguna yang bijak kalau tidak kita yang teruk nanti, okay

.

One Response

  1. Netty June 30, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!