Drama Hatimu Sedingin Salju

Drama Hatimu Sedingin Salju ditayangkan di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh bintang bintang hebat seperti Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail dan Bella Dowanna. Drama bersiri 28 episod arahan Bahri Uma. Drama ini telah bersiaran dari 24 Jun 2021, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

SINOPSIS HATIMU SEDINGIN SALJU

Kalau baca berulang kali sinopsis ini pastu akan merasakan drama melayu ini sangat cliche. Kisah cinta 3 segi tapi kali ini kisah cinta segi yang berulang untuk hero yang sama.

Aduh! mesti pedih dan sakitnya hati Arman yang terpaksa melaluinya dengan gadis yang sama berulang kali. Seperti dejavu tapi realiti.

Arman (Hisham Hamid) sanggup korbankan cintanya buat pertama kali terhadap Rania lakonan Aprena Menrose selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal (Fadlan Hazim) menaruh harapan kepada wanita itu.


BACA : Drama Syurga Tanpa Dosa, Konflik Perkahwinan Cina Buta

Sejak daripada itu, Arman hanya mampu memendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa untuk bercinta lebih-lebih lagi apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang.

Baginya biarlah mereka berbahagia. Tidak sanggup untuk menghancurkan hati kawan baiknya.

Arman kemudian sengaja menyibukkan dirinya dengan mengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal untuk melupakan kekecewaan hatinya. Tapi dalam masa yang sama tindakan arman membuatkan Datuk Jamal (Mustafa Kamal) dan isterinya, Datin Mimi (Maria Farida) bimbang dengan kehidupan peribadi anak lelaki mereka itu yang sudah mencecah usia 33 tahun tapi masih belum fikirkan soal cinta kerana sibuk bekerja.

Kerana risau, , Datin Mimi, Datuk Jamal dan adik Arman iaitu Nabil (Hafeez Mikail) mulakan ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya.

BACA : CIK AYU MEE SANGGUL, JANDA CANTIK LAMAR DUDA

Untuk menyempurnakan rancangan tersebut, Nabil telah memujuk Arman menemaninya bercuti ke sebuah resort di Langkawi.

Tanpa disangka n Rania iaitu wanita yang pernah dicintainya pada suatu ketika dahulu. Arman dan Rania mula rapat dan siapa sangka, dalam diam sebenarnya Nabil telah menaruh hati kepada Rania.

Apa yang berlaku kepada Rania dan haikal?

Drama Hatimu Sedingin Salju

Aduh cinta segi kali kedua. hubungan Arman dan Nabil mula dingin. Malah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan Arman, Nabil dan Rania. Adakah Arman akan korbankan cintanya sekali lagi ataupun Nabil yang akan beralah? Siapakah yang berjaya memiliki hati Rania?

Mampukah mereka hidup dalam satu keluarga yang aman dan harmoni?

BACA; SABARLAH DUHAI HATI


Info Drama Hatimu Sedingin Salju

Bilangan Episod : 28

  • Waktu Siaran : Isnin hingga Jumaat, 7:00 malam
  • Siaran TV : Slot Akasia TV3
  • Penulis Skrip : Shida Zali, Mia Marziah Manaf, Ema Shamsuri, Azril Hamzah
  • Pengarah : Bahri Uma
  • Produksi : Orangetree Production
Drama Hatimu Sedingin Salju

Barisan Pelakon :

  • Hisyam Hamid,
  • Apreena Manrose,
  • Hafeez Mikail,
  • Bella Dowanna,
  • Fadlan Hazim,
  • Mustafa Kamal,
  • Zila Bakarin,
  • Maria Farida,
  • Rahim Jailani,
  • Scha Eliana,
  • Khaty Azian,
  • Idzham Ismail,
  • Malek Mccrone,
  • Acong Sweetchild,
  • Nizam Kama,
  • Ziema Din,
  • Hilman Alef,
  • Edaman Othman,
  • Afidah Bee

Add Comment

error: Content is protected !!