Entri kali ni aku nak kongsi sikit pasal pengalaman sewa kereta di Cappadocia sahaja. Dah tentu ramai antara korang yang pernah self-drive bila melancong kan. Self-drive ni bagi aku walaupun sedikit penat dan renyah tetapi memberi satu pengalaman yang menyeronokkan. Macam orang lokal and boleh pergi banyak tempat
Table Of Content
Korang boleh baca itinerari Turki & Bosnia selama 12 hari kalau nak tahu lebih terperinci pasal route kita orang
Bercakap pasal self drive berbanding menaiki tour pakej sebenarnya kepuasan self-drive ni lain macam. Kalau ada campur campur dengan sesat sikit2, waze hilang signal pulak, bergaduh sorang kata kiri.. sorang kata kanan… tapi akhirnya sampailah jugak ke tempat yang nak pergi…
Fuhhh! bagi aku tu satu kepuasan! Tapi korang kena ingat beberapa perkara ini sekrianya bercadang untuk sewa kereta di Cappadocia khasnya.
Kalau korang nak tengok gambar travel aku yang lain boleh tengok di instagram cari #fairasaznitravel or FB aku dah compile gambar2 travel di turkey and bosnia. Manalah tahu boleh bagi inspirasi pada korang, nak best lagi boleh tengok journey aku dalam highlights IG
Ada 2 Lapangan terbang untuk ke Cappadocia
Untuk ke Cappadocia ada 2 lapangan terbang utama , di Kayseri dan Nevsehir. We all pilih Kayseri disebabkan our next route adalah Bosnia.
Semasa nak buat itineri memang kitaorang mengambil kira cara mana yang lebih efektif. Sampai sahaja di Istanbul Aiport (IST), kami ambil pula flight ke Kayseri airport (ASR). Kayseri airport ni ialah salah satu airport untuk ke Cappadocia. Satu lagi airport ialah Nevsehir, lebih dekat dengan Goreme.
Memandangkan kitorang sampai di Kayseri lebih kurang pukul 2.30 pagi, so kitorang memang decide untuk sewa kereta dan self drive ke Goreme. Sebenarnya ada juga khidmat airport transfer dalam Rm50 seorang 1 hala. Tapi dah buat kira kira lebih berbaloi sewa kereta.
Pengalaman Sewa Kereta di Cappadocia
1. Tertipu dengan lokasi Khidmat Sewa Kereta di Kayseri
Mengikut yang tertulis dalam website, kaunter syarikat ni berada di dalam airport, tapi bila kitorang sampai airport ni kecik giler.. rasanya kecil dari Subang Airport. Di situ cuma ada 2 atau 3 kaunter sewa kereta dan syarikat yang we all booking tu tak ada.
Wah panik sekejap!!
Bila tanya mamat yang jaga kaunter tu, dia kata cuba check kat luar, mungkin ada orang yang tunggu. Nasib baik betul dekat luar tu ada sorang mamat yang pegang kad nama aku…perghh lega.
Tapi imagine we all kena sumbat semua dalam kereta termasuk mamat tu. Sebelum tu Dia pulak tolong sumbatkan semua bag2 kitorang kasik muat. Jadi dialah yang drive kitorang semua ke pejabat dia yang terletak 1km je dari situ. Macam sardine sekejap dalam kereta tu. Walaupun dekat, pelik jugak aku sebab syarikat ni kira international jugak tapi tak ada kaunter kat airport.
So untuk ingatan untuk korang 4 dewasa 1 kanak kanak seeloknya semua bawak medium luggage sahaja. JANGAN Large !!
2. Booking Payment
Semuanya lancar walaupun aku masa mula mula jumpa aku nampak mamat ni muka mengantuk je. Agaknya sebab kena tunggu kitorang awal2 pagi kot. No additional coverage, just standard coverage untuk kereta. Depositnya 250Euro bersamaan RM1,147.85.
Wow boleh tahan! Benda ni memang dah tertulis semasa online booking tu. so dah alert. Pakai credit card sahaja dah settle, so tak risau sangat. Cuma kesannya masa we all di Bosnia, amount deposit ini akan release dari Credit Card selepas 7 hari. hahah korang bacalah entri kita orang di Bosnia nanti
3. Dapat Kereta lain daa..
Kereta yang kitorang dapat ‘boot space’ atau kata orang Malaysia ‘bonet’ nya tak luas sangat. Ini biasa jadi sebab kalau tengok kat website derang pun biasanya ada tulis nama kereta tu …or similar. So nasib2 lah and we didin’t complaint pun pasal tu.
Booking untuk Skodia Octavia or similar dan we all dapat Fiat Agea.
4. Masalah muncul bila…
Mulanya aku rasa benda ni tak mendatangkan kesan sangat tapi kami ada sikit pengalaman yang mendebarkan. Korang ingat nih! 3 Syarikat yang sebenarnya tak ada kaunter kat airport tapi dalam booking website mention di airport (in terminal). So elakkan, dan carilah syarikat lain. Jangan pakai khidmat 3 ni hahah.. aku tak nak korang akan panik macam kami juga nanti
- Enterprise,
- Alamo
- National.
Lokasi ambil dan return kereta sangat- sangat penting. Benda ni berlaku masa nak return kereta. Flight kita orang pukul 10 pagi. So, patutnya perlu ada di Kayseri airport by 7.30 atau 8 pagi. Janjinya we all nak return kereta around pukul 7 pagi.
5. Cemas nak hantar kereta
Pada hari nak berangkat ke bosnia, kami bergerak dari Goreme sebelum subuh dan sampai di Kayseri office nya tak bukak lagi. Ok so kitorang solat Subuh dulu di situ di kaki lima sahaja tau. Tunggu punya tunggu pejabat masih gelap. 7.30 pagi masih berkunci. Call number di order sheet tu.. tak berjawab pulak.
Memang jantung berdebar-debar masa tu. Takkan nak tinggalkan saja kereta kat depan pejabat tu. Kita orang cuba lagi call semua nombor yang ada kat list tu.
Dahlah sim card yang kitorang beli di pekan Goreme tu rupanya untuk internet saja. Aduuhh pening. Nanti aku cerita pasal Sim card dalam entri yang lain. Akhirnya setelah beberapa kali wasap call, ada return call. Masa tu dah pukul 8.
Rupanya mamat tu terlupa pasal nak return kereta. Dia suruh we all parking aje di airport.
Eh Kunci macamana? Kunci pulak katanya tinggalkan saja dalam kereta. Abistu nak sign approve dah hantar kereta ? Katanya dia akan sampai airport sebelum flight dan jumpa di sana.
Dengan pantas kitorang menuju ke airport. Nasib baik semua clear. Aku pun letak kunci dekat gear. Aku snap gamba dan wasap ke dia. Meter pun semua aku snap and send kat dia. Kitorang cuma tawakal semua berjalan lancar. Risau kalau apa2 jadi kat kereta tu sebab aku tak ada prove of return vehicle.
Nasib baiklah ada mamat dari company yang sama call dan sempat datang sebelum flight kitorang. Mamat ni mamat lain dan bukannya mamat yang terlupa tu. Ciss.
So settle jugaklah akhirnya.
So aku suggest kalau boleh korang amiklah kereta dari syarikat yang betul-betul ada kaunter di terminal. Ataupun make sure betul-betul dengan staff diorang date dan time untuk return kereta.
Banyak kemungkinan boleh berlaku. Apakah yang akan terjadi kalau kereta tersebut kena curi? atau ada kesan calar balar yang bukan kita buat, kalau ada masa baca satu kes di UK, yang mana depa kena bayar $1000 GBP atas kesan calar yang bukan dia orang buat. Dengan kata lain kena scam lah. Cuba convert duit tu .. hauhuhuhu . manyak ooooo.
Pengalaman Memandu Dari Kayseri Ke Goreme
- First time self-drive left-handed semasa di US dulu, so alhamdulillah kali ni tak ada msalah..hehe.
- Untuk first-timer tu slow-slowlah bawak dulu ye hehe.
- Memandangkan kat sini ialahleft hand drive, mula-mula korang akan rasa terkejut kejut sikit sebab macam kereta yang datang opposite way tu masuk laluan kita and macam nak head to head dengan kita hahah, sebab kita sebenarnya dok belah kanan jalan.
- Round-about tu jangan ikut jam tau…kenalah lawan jam. Lane perlahan sebelah kanan dan lane memotong sebelah kiri. Lama-lama akan biasalah. Kadang tu kelakar, driver chill aje tapi orang belakang yang terkejut kejut.
- Jalan nak keluar dari bandar Kayseri ke Goreme ada sedikit mengelirukan sebab simpangnya kecil-kecil. Waze pulak asyik terlepas hahaha sebenarnya kitorang yang terlepas. Kitaorang berpusin-pusing dua tiga kali jugaklah sebelum dapat simpang yang tepat.
- Lepas keluar dari pekan Kayseri, semuanya straight forward saja. Almost 80% jalannya one way. Waktu kami drive tu dalam pukul 3 pagi so memang sunyi sepilah jalannya. Highwaynya menuju Nevsehir melalui Avanos.
- Dari Kayseri ke Avanos, jalannya melalui jalan one way dua lorong tetapi agak sempit juga.
- Jalan sedikit gelap tapi jalannya lurus sahaja.
- Sampai sahaja di Avanos, jalan dah agak terang sebab dah dekat dengan pekan Goreme.
- So aku boleh katakan jalannya tiada masalah.
- Tak ada banyak petrol station sepanjang jalan tu, so kenalah isi petrol dari pekan Kayseri tau. Oh petrol kat situ mahal beb. Dalam RM7 seliter.
- Jarak dari Kayseri ke Goreme lebih kurang 77km, so to be safe pastikan ada separuh tangki. Tu da banyak tu tapi just to be safelah kan.
Di Goreme ni kebanyakan tempat tempat menariknya dekat dekat saja, so penggunaan petrol taklah banyak sangat.
Mungkin korang tak stress baca entri ini tapi kalau berada dalam situasi tersebut memang panik jugak, sebab nak kejar masa boarding plus takut kena tipu.
Ini lah Pengalaman Sewa Kereta di Cappadocia. Tapi kepanikan kita orang tak berakhir disini hahahah.. nanti korang baca pengalaman kita orang sewa kereta di Bosnia pula.
Dalam Malaysia pun banyak tempat yang tawarkan perkhidmatan sewa kereta. Kalau ke terengganu boleh cari kereta sewa terengganu terutamanya yang naik flight dari KL. Ramai buat pilian ambil kereta sewa bila nak skip jam di jalan pantai timur, yang penting korang tak nak penatkan dan masih boleh explore kuala terengganu dengan menyewa kereta.
pengalaman tu yang buat kak azni dan family lebih berani dan berhati2.. serius best baca
hahaha panik siut masa tu