Berbaloikah Thermomix ini dalam life aku nanti?

Berbaloikah Thermomix ini sebenar-benarnya? korang rasa macam mana ? Aku rasa semua perempuan memang minat gilerkan dengan thermomix ni. Tipulah kata tak minat, kalau dapat free mesti nak je kan .. Aku ni haaa memang terliur dari tahun lepas. Tapi 10 kali pikir tak terbeli beli lagi hahahah.

Seram jugak tengok harga dia. Sama harga sebijik motor you olls.

Tapi aku memang suka gadget ! Jadi … Tujuan aku tulis ini pun untuk menjustify aku patut beli atau tidak.. bak kata laki aku baik aku buat SWOT analysis payah sangat nak decide.. hurmm.. kalau aku rajin aku buat lah hahaha.. Over kan aku !

Ramai kawan kawan aku dok approach aku untuk beli Thermomix ni, tapi aku ni kan susah sangat sangt nak spend duit. Aku hanya akan beli bila aku rasa benda ni betul memberi value added kepada aku. Bab research ni haa bagi lah pada aku hahaha

Cuma .. cuma .. aku sangat complicated untuk buat keputusan. Hanya laki aku yang memahami perangai aku ni rasanya. Tang travel je aku laju buat keputusan

Asyiklah buat Perbandingan harga pasal pikir Berbaloikah Thermomix ini

Dulu aku memang tak berapa kisah bab rumah, hahaha. Jadi rumah aku memang tunggang terbalik. Aku simpan duit memang untuk travel setiap tahun dan suka JJCM. Bila tak travel akan rasa gelisah kan! So aku telah dispoilt kan dengan harga tiket flight. Semua aku bandingkan harga tiket.

  • Tiket ke Turki RM2,500
  • Tiket ke US RM 4,000
  • Tiket ke Bali RM250

    VS
  • Iphone RM 5,000 ++
  • Motor RM 6,000- RM8,00
  • Kamera Mirroless RM 5,000 – RM8000
  • Mac book Pro / I mac RM5000 – RM 8,000
  • Thermomix RM6988

haaa amacam? nampak tak .. nampak tak?

kawan kawan aku pun hairan dengan daya tahan nafsu aku ni walaupun aku sering berzikir nak beli TM6 ni. naik lemas dah dia orang ni aku rasanya hahahah

haa tengok muka aku nih tersenyum bayangkan dah ada themomix ini

Aku bukan apa, kami dah melalui beberapa siri kehidupan yang mendebarkan dari tahun lepas. Memula laki aku kena MSS lepas tu company aku pun shaking. Mau aku tak risau. Bab financial ni memang aku betul betul jaga sikit. Aku memang rimas nak berhutang bagai .

Alhamdulillah, masuk bulan 8 setakat ini, Sekarang dah agak stabil untuk kami laki bini, daannnn… heheh aku dah habis bayar kereta komitmen RM630 sebulan, dah habis bayar public gold dan kutu. haaaa.. baru aku boleh pikir dan senyum lebar

So sekarang masa untuk review balik adakah berbaloi untuk aku beli , ” nak beli ke tidak, nak beli ke tidak”

Berbaloikah Thermomix ni? So apa alasan aku?

Gajet Dapur yang osem

Ramai panggil bibik german sebab dari Gemanylah. Katanya memang memudahkan kerja semua orang terutamaanya yang anak banyak. Ramai yang review membeli katanya sangat sangat membantu dengan kehidupan dia orang yang super busy. Aku ada baca review geng geng doktor yang teruk bekerja sepanjang pandemik ini, TM6 ini adalah penyelamat mereka.

Sejujurnya, bagi aku sebelum sesiapa nak beli TM6 ni pertama sekali kena tanya diri sendiri. Pernah tak beli gajet dapur? Guna tak? Ataupun selepas kau beli, gajet tu telah menjadi tukun abadi di celah almari? Tak kisah la gajet dapur apa pun.

Tapi aku takut jadi tukun macam gajet tukun yang lain-lain tu. Eh! tapi noxxa tu memang aku balun kow kow. Aku suka. so mungkin akan sukalah!

Mesin ni hi-tech. Sangat-sangat canggih dan smart. Ada pelbagai fungsi dan semakin hari semakin bertambah. Kalau tak silap sepanjang pembuatan dia ni dah hampir lebih kurang 120 engineers dah berbagi kepakaran. Produk berkualiti memang macam tu. siap ada publication dalam springer publication tau

Berbaloikah Thermomix

Resepi sedia ada banyak yakmat oit!

Aku memang tertarik dengan menu menu yang banyak aku skodeng dekat cookido tu. Sesuai untuk aku yang selalu blur nak masak apa . hahahah

Tapi sangat bagus buat yang tak pandai masak macam aku, tapi ada keinginan untuk belajar memasak. Sebab dalam TM6 tu ada berpuluh ribu resepi Resepi dari pelbagai negara.

Kau boleh sarapan scones, lunch makan ayam kicap ala 3 budak gemok, dinner pula makan pizza sambil minum lemonade. Dan mostly resepi ni memang menjadi. dan ada pelbagai resepi Melayu juga tau di website Thermomix Community (Malaysia).

Bagi aku, TM6 ni bukan untuk orang yang malas memasak. Sebab kalau tak, nanti dia akan senasib dengan tukun-tukun yang lain.

Yes!.. I need booster hahahah.

katanya Nutrien masakan lebih terjaga. Cara masa nasik pun dia keluarkan kanji ata GA tu

Berbaloikah Thermomix

Support Group

Penting kalau bab support group ni sebab ia akan membantu kita untuk terus berkarya memasak. Pastinya semua akan pakat envy dengan hasil kawan kawan yang masak

Banyak otai-otai TM selalu berkongsi cara dan resepi macam aku selalu refer group Noxxa dulu. Plus, tu belum termasuk group support khas Telegram/WA dari Advisor kita.

Katanya TM6 ni once kau dah kenal dia operate macamana nanti kau boleh masak manual sendiri tanpa perlu guided cooking tu (Cookidoo).

Ah ni aku suka jugak!

RM6988, membazir dan overpricekah? Berbaloikah Thermomix ni…?

Memang telan air liur jugak bila tengok harga nikan. Sama macam harga iphone dan allocation travel aku ke Jepun dahulu huhuhu

Fuh!

Tapi aku pikirkan bibik ini dari German yang memang telah melalui beberapa siri innovasi dari dulu, so takkan lah murah 1k. Lepas tu ianya kombinasi beberapa gadjet yang ada dalam rumah tu dari blender, sampailah …

Jadi 2 tahun aku study pasal nilai RM ini dengan value yang aku akan dapat. Orang laki beli basikal pun dekat 6k-8k. eh boleh pulak kan..macam tak ada apa pun. okay jer. Dan hanya dia je yang happy dengan benda tu.ri. Aku memang tak pernah pertikaikan kenapa orang tu beli so meaning dia ada reason yang kuat untuk beli. Maybe dia ada bajet lebih.

Maybe dan maybe.

Aku dah lama tak beli hadiah untuk aku, duit hadiah besday yang husband aku bagi untuk tahun ini masih tersimpan rapi sebab aku sentiasa rasa semua dah cukup , syukur.

Sepanjang PKP ini aku rasa gagal juga sebab aku kurang memasak hahah sebab tak ada mood, dan paling senang aku order sahaja. heheh boleh tahan duit yang keluar kalau selalu order. Tapi dah naik muak. Pusing pusing benda yang sama

Laki aku sendiri terpesona dengan IG Story kawan-kawan dia

Tahun lepas masa aku cakap nak beli Thermomix ni dia macam reluctant bila dengar harga. korang tahu dia cakap apa

kalau you masak, I tak habis makan jangan marah yer

tapi sekarang laki aku tu selalu ternampak IG kawan kawan dia yang dah TM6 ni bukan main pulun masak.

Kami anak beranak sebenarnya bukan lah pemakan sebenarnya. Nasi macam sehari sekali sahaja sebab nak jaga perut. tapi kadang tu terbabas jugak. Kami prefer dinner makan makanan yang light – light gitu.

Tetapi kami adalah food hunter, kami suka mencuba pelbagai makanan tetapi dengan portion yang kecil kecil. Tambah-tambah bila dah meningkat umur ni lagilah payah nak makan banyak banyak, tapi suka variety

Jadi TM6 ni bukan hanya puaskan hati kau seorang, tapi aku harap satu famili akan gembira. Sebab anak aku pun bukan main excited nak try masak.

Dengarnya ramai suami-suami juga yang sering ke dapur.Serius aku cakap, siapa tak happy bila si isteri/suami selalu masak macam-macam kan? Anak-anak kau pasti takkan putus-putus puji kau sebab buat aiskrim strawberi. Satu famili gembira.

Adakah Hidup aku akan lebih mudah ?

Sejak-sejak WFH ni memang aku tak boleh tengok dapur bersepah. Tambah- tambah sejak aktif dengan Norwex nih memang tengok dapur tak berkecah. Bila masak sambal minyak percik ke sana ke sini memang satu rumahlah kena mop nanti sebab rumah aku ni open concept.

Nak buat cermin sliding tak dapat dapat lagi hahaha.

Katanya tak perlu susah hati nak tinggal kejap masakan tu sebab dah ada timing, dan aku pun boleh fokus dengan benda lain.

Makin berumur ni aku perasan jiwa aku ke arah minimalis gitu. banyak benda aku nak letgo eh dah letgo. Pinggan mangkuk pun dalam proses nak bagi orang. Semakin tua semakin tak suka banyak barang dan aku pakai periuk Vission yang mak mentua aku bagi 20 tahun yang dulu .

Sabar dulu, kita beli tiba masanya selagi mencari alasan Berbaloikah Thermomix ini ?

Makin meronta nak beli tapi sekarang tengah busy nak siapkan projek rumah jugak. hahah sejenis manusia yang tak boleh handle macam macam sekarang. Nak tenang-tenang aja.

sampai masanya nanti kita sebatlah heheh.. gitew

kalau aku dah beli … nanti aku update.

5 Comments

  1. Netty August 30, 2021
  2. azni August 30, 2021
  3. Dorsett Pink September 1, 2021
  4. ammi September 10, 2021
    • azni September 10, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!