Kalau dah burnt out jom kita relaks main Game Online di Plays.Org

Main Game online Plays.org . Sebenarnyakan, aku nak cakap, aku ni dulu kaki main game juga hahah,.Dulu masa zaman aku yang paling seronok main game tetris. Ni aku merujuk kisah tahun 1990an. Ingat lagi abang ipar aku belikan macam game tools yang main dekat tv. Orang panggil catridge erk? tapi kira masa zaman tu kira advance abislah ..

Masa tu mana ada macam playstation PS 5 macam sekarang nih. Dapat yang tu pun kira dah hebat sangat untuk tahun tu.

Anak aku siap tak percaya aku ni dahulunya suka juga main game hahaha sebab setiap kali dia main game x box and kinnect berblebihan lebih aku mesti naik hantu lah. So dia merasakan aku bukanlah seorang emak yang tahu pasal game semua nih

Dia tak tahu mama dia macam mana hahaha…

Pernah Main Game online di Plays.org?

Mama iman ni sebenarnya dah start main dari tahun 1990, masa zaman universiti pulak aku dah ada komputer sendiri. Favourite game aku masa tu solitaire, Zaman dating pulak aku dan ex boyfriend aka husband aku ni kami suka main game di Kotaraya

hahahah dun play play okay

Ada satu masa aku addicted dengan game facebook. adeh kelakar betul rasa , bangun pagi tengok dulu hasil tuaian dekat farmville.

Aku suka game yang lebih menguji minda, yang ada strategy. Jadi aku suka kalau anak aku main game yang ala ala – ala gini, sebab salah seorang anak sedara aku yang memang hantu game telah menjadi pakar Artificial intelligence sekarang nih

Walaupun kadang- kadang aku jadi “Mak kau hijau” aku tak nafikan ada kelebihan main games ini. Terutama zaman pandemik covid19 ni kita jadi stuck dan burn out. Yang tak boleh kawal ni memang bermasalah, tapi aku saja nak bawak korang tengok and pikir kelebihan main game nih

Setiap satu benda tu mesilah ada kelebihan dia juga kan dan Sekarang lagi senang, Main Game online Plays.org sahaja .

games
Main Game online

Kelebihan main games

Dapat elakkan Stress

Kita dah terperuk di rumah dari tahun lepas. Nak keluar rumah pulak kadang tu rasa takut. Dah macam-macam aktiviti kita buat kan, memasak, mengemas, projek DIY.

Apa kata korang main games secara online pulak. Serius korang akan lupa seketika masalah-masalah kalau ada. Bagi aku ianya umpama diversion.

Melatih otak berfikir secara kritis

Kan aku cakap aku suka game yang lebih taktikal dan strategy. Berbeza dengan laki aku. Aku memang sangat percaya permainan game ini memang boleh membantu cara berfikir untuk menyelesaikan sebarang masalah. mungkin opsyen A, mungkin opsyen B.

Sama juga dengan kehidupan kita dan bekerja, selalu menuntut kita untuk terus membuat keputusan yang lebih baik.

Membina network sosial yang baharu

Pada satu ketika, anak aku suka bermain game PUBG, dan roblok. Jujur aku aku intai masa dia bermain, memandangkan ianya game secara online dia boleh bermain dengan ramai orang serata dunia

Komunikasi utama adalah dalam bahasa Inggeris, jadi nak tak nak dia perlu berkomunikasi dengan mereka dengan bahasa Inggeris.

Dia berkawan luar kelompok selesa dan aku suka bila dia cuba sedaya upaya untuk berkomunikasi dengan mereka. Jadi ini akan membuatkan dia lebih yakin untuk bersosial tambah tambah musim sekarang hang terkurun di rumah kan

Bermain game boleh mengurangkan proses penuaan

Mesti korang tertarik bila baca macam ni kan. Aku selalu percaya dalam diri aku, otak perlu dilatih dan jangan biarkan ia tidur. Games ini boleh membantu kita untuk terus berfikir dan ianya dikenali sebagai satu “permainan otak” yang melibatkan penyelesaian masalah, ingatan, dan komponen teka-teki telah terbukti memberi manfaat positif kepada pemain yang lebih tua.

Dalam satu kajian, hanya 10 jam bermain menyebabkan peningkatan fungsi kognitif pada peserta berusia 50 tahun ke atas — peningkatan yang berlangsung selama beberapa tahun.

Ia juga dipanggil mengurangkan masalah “brain’s gray matter”

Bermain Game boleh menjadikan anda untuk lebih gigih.


Sesuatu yang menarik dengan game ini, dia membentuk sikap untuk tidak mengaku kalah. Korang setuju tak ? Kita akan terus mencuba untuk menang dan belajar dari kesilapan anda semasa anda maju sehingga anda mencapai matlamat. Oleh kerana itu, sebilangan penyelidik dan pendidik berpendapat bahawa permainan video dapat mengajar orang untuk lebih yakin dan berusaha mencapai matlamatnya, memperlakukan setiap langkah yang salah sebagai peluang pembelajaran yang lain.


Main Game online Plays.org tawarkan hampir 700 Pilihan Free Online Games

Dah lama aku tak main game tetris dan solitaire sebenarnya. Tapi sepanjang aku work from home, aku memang banyak menghabiskan masa di hadapan komputer. Kena selalu bersedia kalau ada kerja yang di lakukan.

Itulah kisahnya bagaimana aku terjebak dalam arena Game semula muahahahaa.. adui bayangkan dah work from home dari tahun lepas sejak covid19 melanda dunia

Kadang- kadang bila aku dah cemuih or busan sangat aku sesekali melawat laman web plays.org ni, OMG ada 150 jenis free and fun online games ditawarkan, Dan laman web ni tidak mengenakan iklan kepada penggunanya haa ini yang best

Apa yang menarik Main Game online Plays.org

  • Ada 150 game
  • Percuma
  • Tidak perlu daftar
  • Tidak Perlu Download
  • Bermain di atas talian
  • Pantas

7 Comments

  1. Wawa azwa August 25, 2021
  2. netty August 25, 2021
  3. Maizan Mohamed August 25, 2021
  4. Rawlins GLAM August 25, 2021
  5. Ruby August 25, 2021
  6. Marshaliza August 25, 2021
  7. Ayu Rafikah Mohd Amin August 26, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!