Cara matikan setem online | Disebabkan pandemik semua urusan perbankan dan kaunter kerajaan menjadi agak susah. Tetapi LHDN yang sememangnya lebih terkehadapan dalam menyediakan perkhidmatan secara talian.
Table Of Content
Pujian kepada pihak LHDN sebab makin padu, kalau nak matikan setem perlu buat permohonan secara online dahulu kemudian hanyap Pergi pejabat LHDN untuk sahkan dan cetak resit sahaja.
Duti setem ni sangat penting bila berurusan dengan hartanah. Tidak kiralah samada urusan pembelian atau nak tukar hak milik, memang kena ambil kira semua kos yang berkaitan. Ini termasuklah juga perjanjian untuk sewa sebaiknya kena lah matikan setem terlebih dahulu.
Kita perlu mengecop duti setem dalam tempoh 30 hari selepas penyewa dan pemilik rumah menandatangani perjanjian sewa rumah (sekiranya perjanjian dilakukan di dalam Malaysia).
Apa Itu Duti Setem?
Duti setem ialah cukai yang dikenakan atas dokumen/surat perundangan seperti jual beli, pertukaran hak milik, pinjaman rumah, atau perjanjian pinjaman.
Bila ada dokumen undang-undang, maka akan adalah caj duti setem. Pertama sekali, anda kena tahu yang kos duti setem ni ada 2 kategori , iaitu
Kategori | Penjelasan |
Kadar Tetap | Harga ni memang dah tetap, termasuk la setem untuk polisi individu atau salinan. |
Ad Valorem | Kos ni pula boleh berubah bergantung pada nilai transaksi oleh dokumen. Yuran cukai tu ikut nilai perjanjian pinjaman atau pertukaran hak milik. |
Kaedah Penyeteman
- Sijil Setem. Kaedah ini adalah bagi permohonan adjudikasi yang dibuat melalui Sistem STAMPS. Sijil Setem akan dijana secara elektronik sebagai bukti penyeteman. Sijil Setem ini perlu dikepilkan atau dilekatkan kepada mana-mana surat cara yang berkaitan bagi membolehkan ianya dianggap telah disetemkan dengan sempurna.
- Setem Tertera. Kaedah ini adalah bagi penyeteman duti setem yang dibuat di Pejabat Setem Cawangan, yang berada di Cawangan-cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) seluruh negara dan Pusat Khidmat Hasil (PKH) melalui Sistem Frangki Digital.
- Setem Hasil. Setem hasil hanya boleh didapati di semua Pejabat Pos seluruh Malaysia. Terdapat sembilan denominasi Setem Hasil iaitu;
- RM1.00;
- RM5.00;
- RM10.00;
- RM50.00;
- RM100.00; dan
- RM250.00.
Cara matikan setem online
- Pergi ke https://stamps.hasil.gov.my/stamps/.
- Skrol bawah sekali dan daftar masuk sebagai individu. Jika syarikat, di bahagian atas.
- Daftar guna no kad pengenalan anda. Senang sangatkan.
- Tunggu Verifikasi emel dan selepas sah boleh login masuk.
- Bila masuk, nanti dia akan tunjukkan Senarai Permohonan Penyeteman Individu.
- Pilih tambah permohonan baru.
- Kemudian akan ada jenis stamping. Pilih sewaan/pajakan.
- Untuk Jenis Dokumen pilih Perjanjian Sewa Rumah Kediaman/Pejabat.
- Di bahagian detail, Pemberi/Pihak Pertama adalah Tuan Rumah. Penerima adalah Penyewa.
- Pembawa dokumen boleh jadi sesiapa. Lepas selesai semua ni, dia akan bagi nombor.
- Pergi ke LHDN , sebut je nombor ni dan serahkan salinan dokumen. Lepas buat bayaran (boleh pilih oine atau tunai). Nanti dia akan cetakkan setem semua.
Cara matikan setem online menggunakan Apps Digital Franking
Selain dari itu LHDN juga memperkenalkan cara penggunaan APPS.
Secara konvensional untuk matikan setem surat perjanjian, anda perlu ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk isi borang online di kaunter (jangan lupa bawa dokumen!), hantar dan tunggu giliran untuk matikan setem.
Kerana dua-dua proses ni boleh mengambil masa yang lama, kami kongsi cara untuk jimat masa la: isi borang online menggunakan apps LHDN Malaysia yang bernama ‘Digital Franking’.
Pertama sekali, muat turun app tersebut semasa tiba di LHDN jadi tak perlu ambil nombor giliran dan tunggu lama. Selepas muat turun, isi borang tersebut dengan maklumat berkenaan. Ini bermakna pembayar duti dikehendaki memasukkan maklumat dokumen sebelum penyeteman dibuat.
Pembayar duti dikehendaki membawa surat cara asal yang ingin disetemkan ke kaunter duti setem LHDNM.
Senarai Lokasi Pejabat Setem Negeri Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Boleh rujuk file ini untuk mendapatkan maklumat cawangan yang menawarkan pejabat setem negeri / lhdn near me
Urusan Kaunter Menuju arah pendigitalan
Ada kelebihan dan keburukan dalam teknologi ini. Untuk mereka yang agak ketinggalan pasti akan merasa agak seksa kerana tidak berapa ‘familiar’ dengan sistem ini untuk Cara matikan setem online
Even aku pun kadang-kadang confuse senario masa bila perlu LHDN stamping ini.
Tapi hakikat yang sebenar ianya memudahkan semua pengguna. Wah! beria aku tulis pasal benda ini kan, sebabnya aku terlibat segala yang berkaitan dengan User Experiene (UX) dan kena ambik tahu perkembangan teknologi dalam konteks kerajaan.
Jadilah netijen yang berilmiah gitu hahahaha
Bila perlu mati setem
Masa bila nak guna ? Penggunaan setem pelekat (Setem Hasil) dan mesin franking pos oleh pengguna luar seluruh negara sebagai kaedah penyeteman ke atas dokumen atau perjanjian.
Walaubagaimana pun ia akan ditamatkan mulai 1 Januari 2024.
Senang rupanya.. dulu kan main beratur dari satu kaunter ke satu kaunter.
apps Digital Franking tu memang wajib ke? dalam ios macam takde 🙁
Bila kena pergi LHDN tu perlu buat lagi appointment ke? Atau terus walk in ke LHDN?
adakah masih perlu buat appointment utk ke LHDN, setelah buat semua step secara online?
senang kerja bila semua dah di digitalkan.
Nama je online tapi masih kena pergi beratuur di LHDN, itu namanya online separa masak.
Nampaknya yang terkini kita tidak boleh daftar masuk sebagai individu…. kena pakai ejen juga la jawabnya…. aduhai….
Ada cara tak nak batalkan duty stamp pada kontrak tersebut? Sebab nama pewaris takde dalam kontrak? Kes aniaya dan khianat. Penyewa pun kena ugut dgn org yg buat kontrak tu.
Kalau online boleh terus siap..ni nak kena jugak pegi kaunter..bukan online namanye..sama jer.baik pegi kaunter terus
huhuhu ni macam sistem hybrid kan