Tips Persediaan Vaksinasi. Aku ada beberapa tips simple yang korang boleh follow. Semua ni aku gather sebelum aku pergi ke pusat Vaksin lagi. Lepas tu aku memang banyak bertanya dengan kawan kawan. Selagi tak pergi selagi tulah runsing. Pengalaman iman kena covid19 hari tu memang buat aku and husband jadi risau sangat
Table Of Content
Kenapa aku risau sangat? Sebab aku baca ada pelbagai pengalaman orang yang post vaksinasi ni terutamanya geng geng muda sampai muntah ruah tak boleh bangun. kesan sampai 2 hari jugak.
Lagi satu aku last demam denggi 10 tahun lepas, maksudnya aku ni dikalangan orang yang antibodi tinggi, bila antibodi tinggi maka akan berlakulah peperangan yang dasyat kat dalam tu nanti.
BACA: PENGALAMAN VAKSIN DI PWTC
Tips Persediaan Vaksinasi
Panduan untuk korang kalau sesuai dan mungkin boleh digunapakai.
- Ada orang cakap amik panadol sebelum cucuk, ada orang cakap jangan. Tapi aku pilih untuk tidak ambik sebarang ubat dan supplement sebab aku nak vaksin tu betul betul bergerak secara natural dan blend dengan sistem badan aku. Aku kalau demam pun aku tahan amik sebarang ubat sebab aku percaya badan aku ada sistem antibodi sendiri. Eh! tapi aku bukan antivaksin hahahah.
- Sebaiknya Makan sebagaimana biasa dan jangan pergi dengan perut kosong, Tapi janganlah terlebih makan. Sebab kalau spesi nervus hahaha mau termuntah pulak
- Hari aku nak pergi tu BP aku aku low sangat dan kepala start pening.Caranya memang kena minum banyak baru aku lega. Jadi sama juga sebelum sebelum dan selepas pergi. Cara ini akan mengurangkan ketidakselesaan, kesan sampingan akibat suntikan.
- Ada orang bagi tips , jangan minum minuman sejuk samada sebelum atau selepas suntikan.Ini aku tak sure pulak sbb aku minum je air sejuk cuckoo sebelum pergi bergelen-gelen
- Pakai baju yang senang nak selak bahu. Baju loose di lengan. Terutama untuk wanita. So aku pakai baju tgn pendek dan cardigan. Walaupun yang tu doktor perempuan tapi macam mana doktor laki pulak kam.
- Handphone please fully charge sebab banyak sangat checkpoint and semua guna phone. Dia orang akan ulang kali cakap bukak my sejahtera. dan setiap check point kena scan QR code
- Ramai aku tengok orang datang naik Grab. Bagus juga. Aku aritu dah terlambat sikit, so kita orang terus decide amik vallet parking di sunway putra RM12 untuk 3 jam.Naik grab/minta orang hantarkan sebab banyak sungguh kereta. Nanti tak payah pening2 cari parking.
- Sila check siap-siap dimana station anda dalam MySejahtera App sebab semua kena beratur ikut station.
- Double mask, aku siap pakai face shiel Bawak hand sanitizer, spray , tisu.
- Paling penting bawa PEN. Ada kena isi form dan takkan nak share pen dengan org lain pulak. Elakkan pinjam daripada org lain. Ataupun kalau org pinjam pen kita, bagi jela terus. Aku bagi sorang kat chinese guy tu yang aku tengok dia termenung tengok form dia.
- Dah bawak sanitizer dgn spray tu sila guna sebab memng terlampau ramai manusia. .Dah balik tu jangan lupa mandi/basuh tangan/tukar baju. Penting untuk korang ingat Tips Persediaan Vaksinasi ni.
- Jangan lupa selfie , saya telah divaksinasi ni Untuk kenangan masa akan datang.. dan aku terbuat silap aku minta ornag belakang ambikkan gambar aku menggunakan hp aku. err.. kalau dia ada covid macamamana? aduii ini yang aku terpikir banyak kali
- Setelah vaksinasi, aku terus cari air minineral yang ada dijual di kawasan PWTC dan juga makan roti. Setenagh orang lapar tapi aku cuma takut ada kesan perut bergas pulak dan seterusnya gastrik.
- Tidak berjalan / bersenam selama 5 hari berikutnya. Rehatlah sepenuhnya di rumah.
- Vaksinasi akan memberi kesan yang sebenarnya setelah 2 minggu selepas dos kedua, kerana itu jangan bersikap ambil mudah dan jangan berada di luar rumah. Oleh itu, berhati-hatilah dan sebaiknya tinggal sahaja di rumah sehingga 2 minggu lebih untuk dos kedua.
- Ada orang demam, ada orang rileks jer. Macam aku demam gigil, abam aku rileks je tak ada apa. so pastikan stadby panadol siap siap kat rumah.
- Kalau ada baby atau anak anak masih kecik, seeloknya jangan lah amik hari yang sama. What if kalau dua- dua flat? sebab memang terjadi pun.
BACA : PENTING FAHAMI TERMINOLOGY YANG BERKAITAN COVID19 MALAYSIA
Okay tak Tips Persediaan Vaksinasi ni ?
Okaylah ini yang aku ingat yang aku baca dari perkongsian orang lain. Moga dapat membantu korang yang cuak cuak taku, tambah dengar orang orang yang anti vaks ni kan macam mak teh hehehe. Orang tua so far semua steady
Korang janganglah takut nak pergi vaksin. Jom lah kita sama-sama cipta herd immuniti secepat mungkin, jangan sampai varian lambda sampai baru korang kalut nak pergi vaksin
Ya Allah selamatlah aku, keluargaku, kawan-kawan dan negaraku.
alhamdulillah, aida da settle 1st dos. still waiting for 2nd dos’s appointment.
aida skali dpt dgn asben. both of us down mlm kedua. demam panas!
da la dpt time Ramadhan, kan. sib baik la anak-anak da besar, boleh tgk diri sendiri dgn pemantauan yg minima.
sehari je la. the 3rd day, dah ok. alhamdulillah…
utk 2nd dose nanti, in shaa Allah lebih mudah kot. sebab bukan Ramadhan.
once simptom demam tu tiba, boleh telan panadol 🙂
Saya masih menunggu utk Vaksin.. Selepas bc tulisan anda berkaitan Vaksin baru rasa lebih berani
boleh praktik nnt kalau vaksin dah approve, hihi
saya masih menunggu untuk divaksin. Membantu betul tips kat atas ni kak utk lebih bersedia & harap-harap dapatlah dalam masa terdekat .
Thanks semua tips , mmg sgt2 bermanfaat.
Tips nombor 1 pun dah membantu. Memang awal-awal dulu ada sharing ambik PCM sebelum vaksin utk elak demam. Pastu ada doktor share jgn ambik panadol. Biar je vaksin tu bertindak secara semulajadi. So decide nanti tak yah ambik lah..baca ni lega sikit.
Wow.. thank you sangat2 kak azni. Mya punya turn hujung bulan ni. Bila dapat tarikh tu terus nervous.. Siap tanya org kat twitter lagi mcm mana proses sepanjang vaksin. Semoga segala urusan dipermudahkan.