Pengalaman kena Covid19 yang buatkan kami sekeluarga kacau bilau

Iman positif COVID19 ! Pengalaman kena Covid19 yang memang membuatkan kami trauma, dan seluruh ibu bapa sekolah iman pun melalui saat yang sangat stress. Betul betul aku tak sangka bila ahli keluarga aku kena covid19 ni. Rasa macam mimpi.

Bila iman positif maka kelam kabutlah kami pun buat test juga sebab kami adalah Tier 2. Maka bermula hay wire dalam keluarga kami bila kena Covid19. Betullah orang cakap kalau tak kena tak apalah. Bila dah kena semua rutin hidup ko akan jadi tunggang terbalik . Walaupun dulu iman pernah kena H1N1 tapi ini pandemik satu dunia

BACA : Kami dah vaksin, Jom baca pengalaman kami vaksin di PWTC

2 hari sebelum tu iman dah start demam sebenarnya. Tapi aku hanya andaikan demam biasa sahaja, Bila bagi ubat demam terus dia kebah. Terus sihat dan sebab itulah aku izinkan dia pergi ke khemah ibadah dan lepas tu aku paksa dia pergi tuition lagi hahaha.

Yela aku nampak dia dah sihat memang aku tak kasi chance budak ni bersenang lenang.

Pengalaman kena Covid19

Family adik ipar 4 orang positif

Dalam masa yang sama aku dapat tahu adik ipar aku pun dah demam satu keluarga minggu sebelum tu dan we all pun ingat demam biasa . Cuma bila dia cakap dia ada hilang rasa dan bau aku dah mula start syak ni covid nih. Kenapa aku risau? sebab anak dia sama kelas ngan iman.

25 April confirm 4 beranak positive, 2 masih negatif dek kerana kami tahu lebih awal dari orang lain, kami cutikan iman terus pada 26 April itu.

Hr isnin 26 April 2021, kami laki bini terus decide wfh sebab rasa tak sedap hati. Tiba tiba mesej dari sekolah masuk untuk maklumkan ada kes Covid19 di sekolah. Ya Allah gerak hati kami memang betul.

Kelam kabut semua parents lain amik anak anak disekolah dan kami yang bercuti terus decide nak ke hospital Annur Bangi untuk buat PCR test (RM250). huhuh memang tak pikir apa dah. Kami terus tuju ke sana.

Tapi saat aku update di social media masa tu aku lebih Susah hati bila pikirkan orang lain pun terkena tempias dan rangkaian dari aku. Kuasa multiply yang aku tak terfikir ni sebab yelah aku masuk ofis sebelum tu. Ada kawan yang pregnant, ada yang sakit jantung.

Bila dah jadi macam ni ko bayangkan kalau balik raya jumpa orang tua. Berani korang pastikan korang tak kena ? Benda tak nampak gais. Aduh.. Tak sanggup pikir if kita jangkiti dia orang pulak. kalau pun aku positif mintak2 lah jangkitan hanya berlaku baru2 ini bukan minggu lepas.

Pengalaman kena Covid19

Pengalaman kena Covid19, Kluster sekolah Mengganas!

Maka bermulalah kluster sekolah dan aku hanya boleh cakap Kluster sekolah mmg mengganas korang. Bila sekolah fully aircond memang lagi hebatlah kuasa penularannya. Aku andaikan memang tinggi sebab jumlah pelajar dijangkiti disekolah mmg bertambah . Ramai yg belum dpt result dan ramai yg belum buat test juga.

Cuba korang pikir, bila pelajar tak ada gejala, tak ada demam tak selsema sebenarnya itu lagi bahaya. Kuasa penularan lagi hebat. Semuanya dtg sekolah mcm biasa. Scan temperatur memang lepas. Cuma, Budak2 ni antibodi dia orang mmg kuat.

COntohnya Bila Iman mula start demam kami bagi ubat dalam 2 jam terus elok. Tak ada sakit tekak atau pening. Kawan2 sekelas pun tak ada simptom lansung. Nasihat aku, Kalau ada among family members yg demam berlanjutan, otomatik korang satu family kena kurangkan pergerakan.

220 pelajar sekolah iman positif. Bukanm main main yer.

Sebab lain org lain tahap antibodi. Yang tak bergejala yg akan bawak virus ni merata-rataKami masih menunggu keputusan. Setakat ni kami pun belum ada apa2 simptom. Bila iman demam ari ahad tu.

Tapi alhamdulillah semua sembuh dalam masa 2 minggu. Walaupun ada yang menjangkiti ahli keluarga semua belum tahap serius

Maka bermula kuarantin 10 hari yang menyeksakan

Malam 26hb tu Kami dah suruh iman tidor dibilik dia disebabkan hati ni pun dah rasa iman terpalit juga dengan covid19. Iman tidor awal. Iman dah start demam. Saat kami duduk dimeja komputer aku dengan laki aku rasa sangat blur apa yang kami harus lakukan kalau dia sah positif.

Tak habis habis kami google simptom yang jelas mengatakan iman positif. Tiba-tiba je dengar iman macam meracau racau. so kami segera pergi pada dia. Mata dia macam terbuntang tengok ke siling. Scaryy. Tak pernah iman jadi macam ni. Kami gerakkan badan dia. Selepas itu dia terus nangis.

Allah mak datuk… perasaan kami laki bini masa tu takut yakmat. Dia jadi macam bukan dia. BIla dia dah sedar dia kata dia tak ingat apa pun tapi dia tahu dia mimpi. Kami peluk dia kuat kuat. Terus lupa yang dia kemungkinan positif.

Malam tu kami tak boleh tidor. Risau, sedih semua ada. Kami 3 beranak tidor sekali.

Seawal 7.30 pagi dapat call dari hospital Annur, yang sah iman positif. Jantung rasa nak jatuh, tapi bila tengok pagi tu dia macam sihat kami rasa sedikit lega. Kami mula- mula ada juga salah cara kuarantin, sebab terlupa. Iman terus tinggal di bilik master bedroom kerana dia mesti berada di dalam bilik yang ada bilik air.

hahaha baju baju kami apa yang ada dalam bilik laundry dan kami pusing pusing pakai selama 10 hari. Rindunya pada anak tu tak tahu nak cakap. Hanya mampu voice call dipisahkan oleh dinding. Seksa …

Tapi ini salah satu sahaja part seksa mengharungi kuarantin ni Pengalaman kena Covid19 . Belum lagi proses yang korang kena follow dan hadam dari KKM. Nanti aku sambung lagi cerita … apa yang buat kami stress sebenarnya

Okay, dah update . korang boleh baca 10 info penting COVID19 untuk paham proses yang kami lalui

2 Comments

  1. Parizan Mohd Zain May 21, 2021
  2. Netty Ah Hiyer May 24, 2021

Add Comment

error: Content is protected !!