Resepi ayam masak bali ni aku mula mula tengok IG cik epal. Lepas tu aku gigih tengok dalam blog dia. Nampak menarik sebab banyak betul serai yang digunakan. Memang lain dari yang lain. kalau tak aku masak ayam ni standard lah, ayam masak merah, ayam kicap, ayam masak lemak hehehe.
Table Of Content
- Bahan-bahan resepi ayam masak bali
- Ayam yang telah dibersihkan
- Kisar bahan – bahan yang bertanda (*)
- Panaskan satu cawan minyak didalam kuali.
- Angkat ayam yang digoreng
- Minyak yang digunakan untuk goreng ayam tadi kita gunakan untuk menggoreng serai.
- Daun Kari
- Masukkan pula bahan – bahan yang diblend tadi kedalam kuali.
- Tambahkan gula dan garam secukup rasa
- Kemudian, masukkan kicap.
- Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi
- Siap.
so kali ini kau cuba masak resepi ayam masak bali. Sedap, sedap. Highly recommended. Sebab tu aku gigih letak resepi dekat sini supaya aku sendiri boleh refer dan korang pun senang nak cari.
Ada juga aku tengok dekat cookpad. Rupanya ramai dah orang tau resepi nih.. hheheh aku baru tahun 2 tahun lepas sebab tengok IG cik epal la.
Resepi ayam goreng ayam goreng kunyit che nom and ayam resepi ayam goreng berlada yatie kitchen pun sedap jugak. Resepi ayam masak serai che nom pun sedap jugak . Eh semua nak try, Tapi itulah .. aku baru try resepi ayam bali resepi version cikepal ni sebab dulu dulu dia yang rajin promote dekat blog dia
BACA : APA KATA KORANG TRY CUBA RESEPI KOAYTEOW THNG
Bahan-bahan resepi ayam masak bali
- 1 ekor ayam
- Serbuk kunyit(nak gaul dengan ayam)
- Cili kering segenggam *
- 6 biji Bawang besar merah *
- 1 labu Bawang putih *
- 1 inci halia *
- 2 inci belacan *
- 8 batang serai
- 6 tangkai daun kari
- Kicap
- 3 Sudu gula
- 3 sudu garam
• Bahan yang bertanda(*) kene blend ya
Cara cara masak ayam masak bli
Total Time:
Ayam yang telah dibersihkan
Gaulkan dengan kunyit dan garam sehingga sebati.
Kisar bahan – bahan yang bertanda (*)
– Cili kering
– Bawang besar
– Bawang putih
– Halia
– Belacan
Panaskan satu cawan minyak didalam kuali.
Minyak memang lebih sedikit sebab akan gunakan untuk menumis nanti. Gorengkan ayam dan jangan terlalu garing. Biar juicy sahaja.
Angkat ayam yang digoreng
asingkan .
Minyak yang digunakan untuk goreng ayam tadi kita gunakan untuk menggoreng serai.
Goreng sehingga separa coklat.
Daun Kari
Kemudian, masukkan daun kari dan goreng sampai garing. (Gunakan api yang sederhana)
Masukkan pula bahan – bahan yang diblend tadi kedalam kuali.
Tumis sehingga naik bau dan dan pecah minyak. * Tujuan minyak lebih tu supaya cili masak dengan betul – betul.
Tambahkan gula dan garam secukup rasa
Kemudian, masukkan kicap.
Dan gaul rata sehingga warna sambal tadi jadi maroon gelap.
Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi
Gaul sebati.
Siap.
Selamat mencuba
Aku memang nak korang try buat resepi ni sebab memang sedap. Jangan terkejut yer tengok serai tu banyak. memang lain dari yang lain .
SA suka..dah selalu buat…boleh katakan sebulan 2 kali mesti buat