Tips bahagia dengan pasangan anda dari kacamata suami. Ini suami modernmumthingy yang tulis hehe. Rasanya topik ni memang ramai yang mencari. Baik pasangan yang baru nak berkahwin ataupun yang dah lama kahwin. Siapa yang tak nak bahagia kan. itu lumrah dan fitrah kehendak manusia.
Table Of Content
- Nak tahu tips bahagia dengan pasangan?
- Bahagia itu satu proses
- Faham Jiwa dan Tingkahlaku Wanita
- Tips bahagia dengan pasangan
- 1. Masa bersama
- 2. Menghargai pasangan
- 3. Waktu intim
- 4. Menyelesaikan masalah bersama
- 5. Beri ruang dan kepercayaan
- 6. Terima kekurangan
- 7. Solat dan doa bersama
- Apa itu bahagia menurut islam
- Misi utama iblis ialah menghancurkan rumahtangga
Untuk entri kali ni aku nak cerita dan share sikit pasal tips bahagia dengan pasangan daripada seorang suami.
Mungkin ada yang nak tahu tip-tipnya je, tapi aku rasa kita kena tahu dulu apa tu bahagia.
Nak tahu tips bahagia dengan pasangan?
Bahagia itu satu proses
Kalau korang ingat bahagia tu boleh korang dapat instantly dengan membuat 3 atau 4 daripada tips yang diberikan, well besar kemungkinan korang akan kecewa.
Belikan aiskrim termahal dengan perasa kegemaran dia, kalau korang bernasib baik dia akan senyum dan bercakap semula. Lepas beberapa jam atau hari kebahagiaan tu mungkin hilan semula.
Belikan dia rantai emas sebesar rantai kapal dan sarungkan kat leher dia dn ucapkan
“Abang minta maaf, abang janji tak tipu Yah lagi….”
Kak Yah mungkin akan berbunga-bunga hatinya dengan rantai tu. Tapi kemudian Kak Yah masih check wasap Abang Man lagi..dia masih tak percaya.
Mungkin ada antara korang termasuk aku sendiri kadang tu tertanya..aku dah buat itu, ini..masak untuk dia 3 kali seminggu, beli hadiah untuk dia 2 kali setahun, bagi duit tiap bulan..tapi kenapa masih tak berapa nak bahagia ye?
Sebab bahagia itu satu proses. Proses membuat roti canai yang sedap, tu kan ada banyak langkah-langkahnya.
Jadi bersabarlah untuk bahagia.
Faham Jiwa dan Tingkahlaku Wanita
Cara pemikiran dan tindakan seorang lelaki dan wanita adalah berbeza.
Sebagai suami, korang perlu faham yang isteri ni lain cara pemikiran dan tindakan mereka. Sebab tu Tuhan jadikan lelaki dan perempuan pun berbeza-beza.
Kajian pernah dijalankan dan dalam buku Why Men Don’ Listen and Woman Can’t Read Maps oleh Allan and Barbara Pease ada menerangkan bagaimana kluster emosi di dalam otak lelaki dan perempuan.
Pada otak lelaki kluster emosi adalah besar dan berada di satu atau dua tempat manakala dalam otak wanita pulak, kluster emosi ni dalam size yang kecil tapi berselerak banyak tempat. Haaaa apa maksudnya tu?
Maksudnya orang perempuan akan kerap tersentuh, kira emo lah tapi tak lama. Manakala lelaki chilll je dan jarang tersentuh tapi kalau tu berlaku kesannya lebih besar.
Tu satu je contoh. Banyak lagi yang korang boleh cari. Pendek kata korang kenalah faham perangai isteri masing-masing dulu. Depa memang tak sama.
Tak semua tips ni boleh di apply begitu je, ikut kesesuaian isteri masing masing.
Tips bahagia dengan pasangan
Aku letakkan beberapa tips bahagia dengan pasangan kat bawah ni sebagai rujukan saja. Aku buat secara general dan korang bolehlah khususkan pengikut keselesaan masing-masing tau.
1. Masa bersama
- Adakan masa bersama di mana korang bercakap pasal benda yang sama. Ini untuk mewujudkan komunikasi di dalam lapangan rujuk (frame of reference) yang sama.
- Contohnya menonton rancangan TV bersama. Paling senang duduklah dengan isteri tengok sekali drama kegemaran dia. Sekarang ni kan tengah hot drama Takdir Yang Tertulis.
- Aku kalau layan drama melayu dengan wife ni memang tak habis bercakap mempersoalkan skrip yang sampai kena senyap pulak! Ada satu drama tu ada scene dia lawat kawan dia kemalangan kat hospital. Masuk2 je skrip dia…”Ehhh ko apa khabar, kesiannya ko, teruknya muka ko,bersabarlah ye.” Adeeehh. Ok ok kang melalut citer pasal skrip pulak.
- Perkara-perkara lain yang korang boleh untuk create masa bersama macam cycling ker, memasak, main game pun boleh, waktu sebelum tidur dan waktu bersama dalam kereta masa keluar cari oden di Family Mart.
Just find the time.
2. Menghargai pasangan
- Wanita memang suka dihargai. Lelaki pun sama tapi fitrah ini adalah lebih kepada wanita.
- Penghargaan boleh diungkapkan dengan kata-kata ataupun benda. Pujian pujian biasa yang korang ingat kecil tapi besar impaknya pada mereka.
- Misalnya memuji yang make-up dia nampak menjadi harini ataupun tudung style baru yg dia pakai tu nampak sesuai. Perkara macam ni adalah ‘acknowledgement’ korang terhadap perkara-perkara yang di buat.
- Penghargaan dari segi benda ialah hadiahlah. Ini rasanya tak perlu aku tulis panjang. Ingatan terhadap sesuatu peristiwa itu membuatkan isteri akan rasa dihargai dan diingati. Selain hari jadi dan ulangtahun perkahwinan, contoh lain macam tarikh pertama jumpa, tarikh pertunangan dsb.
3. Waktu intim
- Masa awal-awal kahwin bukan main lagi tapi bila dah 3,4 orang anak dah mula elak-mengelak dan macam tak perlu melakukannya.
- Perempuan kenalah tahu tips goda suami sendiri.
- Mungkin korang akan kata, alaa ada pasangan tu anak setengah dozen, tapi akhirnya cerai jugak. Banyak kali intimnya tu, tapi tak ke mana jugak.
- Sebenarnya waktu intim yag kualiti itulah yang lebih baik daripada kuantiti waktu intimnya. Korang mungkin hanya cuddle-cuddle dan bergurau-gurau atau berbual2 santai selama 15 minit sebelum tidur tapi mungkin itu lebih berkualiti daripada 20 minit tanpa komunikasi cuma hanya reaksi, hehehe. Harap paham la ye.
- Tapi kalau lepas cuddle-cuddle tu mencetuskan pula yang lebih dramatik, itu lebih baik.
4. Menyelesaikan masalah bersama
- Adalah lebih baik kalau masalah keluarga ni kita selesaikan besama dulu. Walaupun tak semua, tapi kadang kala masalah kita jadi makin rumit dengan capurtangan orang lain terutamanya orang yang dekat dengan kita. Contohnya adik beradik atau kawan rapat bff
- Memang bagus mendapat pandangan tapi kalau kita tak dapat mengawal atau menimbangkan setiap pandangan tu, kita yang akan stress jadinya. Akhirnya masih berbalah dengan isteri kita.
- Kalau masalah yang sensitif tu lebih baik handle bersamalah, takut terbuka aib pasangan kita pulak nanti.
5. Beri ruang dan kepercayaan
- Walaupun dah berkahwin, for sure isteri korang perlukan ruangnya sendiri. Give her some space. Nak berjumpa kawan2 lama ker atau trip bersama kawan2 ofis.
- Tak payah nak cemburu sangat. Sendiri kenal isteri sendiri kan. Kepercayaan ni sebenarnya penting dalam kebahagiaan rumahtangga. Kalau berul2 ad kesangsian, bukakan fikiran dan periksa betul-betul dulu.
6. Terima kekurangan
- Nobody is perfect. Kita ni sama-sama lemah. Kalau nak listkan kekurangan isteri kita tu, ada je kan. Jangan macam tu geng. Lebihkan melihat dan menilai kelebihan daripada kekeurangan.
- Aku selalu ibaratkan mcm konsep ying dan yang. Maknanya saling melengkapi. Your strength is her weakness and your weakness is her strength.
- Kalau pun kelemahannyanya lebih banyak, itu ialah fitrah dan itu dah jadi tanggungjawab kita sebagai suami untuk memperbetulkan, haaa giteww.
- Kena bebel tu biasa je tu, anggap saja that’s how the system works! hahaha. Sabar tapi at the same time fikirkan kenapa kita kena bebel tu bro.
7. Solat dan doa bersama
- Banyak-banyakkan lah solat bersama di rumah. Kalau terlalu sibuk tu, mana yang sempatlah.
- Jalinan yang dibina melalui solat bersama ialah kemesraan selepas solat. Secara tidak langsung bila saling bersalaman dan memohon ampun antara satu sama lain, hati akn rasa lebut dan sejuk.
- Bila berdoa secara tak langsung, mewujudkan suasana saling memohon dan tawadhuk. Bila korang menjadi imam, insyaAllah akan timbul rasa hormat oleh isteri dan anak.
- Bersama dalam menuntut keberkatan membuat ibadah, barulah menjadi.
Apa itu bahagia menurut islam
Rajin-rajinlah mencari guidance yang sebaiknya mencari bahagia untuk keluarga.
Carilah Doa kebahagiaan rumahtangga. Ada banyak doa-doa yang korang boleh amalkan dan baca dengan yakin.
Boleh lihat kat sini untuk 21 himpunan doa keluarga bahagia
Boleh juga baca 4 Amalan Zikir Murah Rezeki
Misi utama iblis ialah menghancurkan rumahtangga
Ada banyak kisah dan disampaikan di ceramah menceritakan macamana misi utama iblis ni ialah meruntuhkan rumahtangga manusia khasnya orang Islam. Sapa di antara golongan iblis yang berjaya buat ni, mereka akan dinaikkan darjat.
Sama-samalah kita menjaga keharmonian rumahtangga kita. Moga tips bahagia dengan pasangan bermanfaat. Amin.
Nice sharinh kak Azni
Kne menuntut ngan akak nie hehehe
Tengok gambar pun dah nampak kebahagiaan entri ni.
kih kih .. acah acah jer kut
Ke ahagian suami isteri adlh masing2 tolak ansur dan memahami.. Bgus sgt sharing kak azni