Jom kita ‘study’ 11 cara ubahsuai rumah secara DIY dan secara upah kontraktor. Mungkin kita boleh mula dengan projek yang simple-simple terlebih dahulu, kerana perubahan yang kecil pun pasti sedikit sebanyak mampu nak naikkan aura rumah semula.
Table Of Content
- Rumah yang kemas dan cantik adalah nyawa keluarga bahagia
- 11 cara ubahsuai rumah secara DIY VS Upah kontraktor
- Cat
- Accent wall
- DIY cat kabinet dapur hanya RM250, puas hati !
- Tukar back splash kitchen cabinet
- kos ubahsuai tandas
- Laundry area
- Master bedroom (Bilik)
- Plaster ceiling Bilik No. 2
- Work and Study area
- Lantai Vinyl or SPC
- Perbetulkan Tiles yang jatuh di Laundry Room
- Projek DIY memang untung dan jimat
Perkongsian ini dari sudut kos sekiramya buat secara DIY atau Upah kontraktor. Kira macam tips renovate rumah lah.
Sejak MCO bukan sahaja aku tapi satu Malaysia terkena penyakit mendeko rumah. Rasanya bila dah lama duduk dalam rumah baru sedar banyak barang yang perlu diperbaiki.
Pandemik COvid-19 membuatkan kita semua tersekat untuk travel dalam tempoh masa 2-3 tahun lagi. untuk orang yang berani memang okay sahaja. Aku belum bersedia ku.
Untuk kaki travel macam aku aktiviti DIY and Deko ini dapat mengurangkan kesengsaran tidak dapat travel hahaha, sekurang kurangnya otak aku boleh berfikir untuk part deko.
Bajet bulanan untuk travel yang kami set tiap bulan makanya kita divert gunakan untuk baiki rumah. Kalau ikutkan aku ni banyak nak buat, tapi tahan lah dulu. Kami dah set 11 cara ubahsuai rumah secara DIY satu persatu.
Rumah yang kemas dan cantik adalah nyawa keluarga bahagia
Rumah yang belum mencapai umur 10 tahun dan masik elok tetap perlu dijaga dengan baik supaya jangka hayat barang rumah lebih lama seperti cat, restore kitchen cabinet dan lain-lain..
Kita pasti akan lebih rasa gembira dan seronok untuk tinggal di rumah sendiri yang teratur dan kelihatan baru. Samalah seperti hubungan suami isterikan . Kita kena selalu nurture gitu kan kaan. Kalau tak bosanlah
Manakala untuk rumah berumur 17 tahun seperti rumah aku ini pula ianya perlu menjalani proses baik pulih yang agak banyak bukan projek Deko semata-mata.
Tetapi another level pulak samada, repair, buang dan ganti baharu.
Sesetengah orang mampu untuk membeli rumah baru, tapi untuk yang kurang mampu apa kata cuba baiki dahulu tambah zaman gawat sekarang aku pun takut jika terlebih belanja
Kalau ikut list yang aku plan nak buat ni, tersangat banyak tapi hahaha kenalah set priority. Nampak gaya macam boleh dilakukan semua dalam tempoh terdekat namun bergantung juga kepada tabungan bajet yang ada dan juga kewangan keluarga.
Semenjak kejadian tiles pecah menghantui kami pada tahun 2018, kami belajar suatu benda yang penting, kami kena asingkan wang siap siap setiap bulan untuk bajet baiki rumah.
Terasa perit tau masa tu untuk aku dan suami nak keluarkan simpanan yang ada.
Okay here goes 11 cara ubahsuai rumah secara DIY atau simple projek dengan mengupah kontraktor yang kami buat sejak 2019 secara berdikit dikit.
11 cara ubahsuai rumah secara DIY VS Upah kontraktor
Cat
- Kalau malas sangat nak deko atau apa -apa korang mulakan dengan cat rumah dahulu. Ini pasti cukup membawa mood dan aura baru.
- Kalau malas jugak touch up lah kawasan yang affected terutamanya kawasan anak anak telah conteng.
- Pastikan simpan Kod cat sebelum buang tin cat yer. Kami pula sepakat untuk buang wallpaper untuk kawasan bilik dan hall
- Atau kalau rumah korang ada kawasan yang kotor sikit boleh pakai kain enviro norwex jimat banyak haha. Korang baca entri ini bagaimana norwex dapat bantu korang
- Kalau sebelum ini pemilihan kaler adalah ‘warm” apa kata “cool’ pula kali ini or vice versa. Confirm korang akan rasa perbezaannya.
- Dan kami set satu rumah untuk warna yang sama supaya nampak lebih luas
- Kos upah cat : RM700 – RM1000 utk double storey ( cat beli sendiri)
- Kos DIY : Modal cat dalam RM200-RM300
Accent wall
- Accent wall atau modern wainscotting memang mampu untuk membawa impak yang besar juga untuk seri rumah.
- Hanya ambil sebahagian dinding rumah untuk hasilkan sebagai feature wall.
- Kos Upah : RM 1.2-3k
- Kos DIY : bawah RM500 (Tempoh masa 2 hari, April 2020)
- Cat
- Kayu
DIY cat kabinet dapur hanya RM250, puas hati !
- Kitchen Cabinet lama juga kalau dicat semula memang membawa perubahan dan mood kepada kita terutamanya untuk golongan ibu yang sering meluangkan masa di dapur.
- So why not, kita repaint semula kitchen cabinet tapi this one hanya apply untuk kayu nyatoh. Kalau korang tengok gambar atas ni, KC warna brown itulah yang akan melalui proses ‘rejuvenasi” nantni
- Kos Upah : RM1600 (harga survey)
- Kos DIY : RM300 untuk cat pintu semula.
- Beberapa shelf dalam Kitchen cabinet sedia ada telah rosak, jadi aku bercadang untuk upgrade kepada material stainless steel, terutama di bawah sinki. Kebetulan dapat jumpa tempat pemborong untuk barangan murah.
- Target perlaksanaan bulan 8 or 9 nanti
Update: aku dan husband dah berjaya repaint Kitchen Cabinet. Harga Seperti yang aku nyatakan bajet. Korang boleh baca tips aku dalam proses nak repaint dekat entri DIY Repaint Kitchent Cabinet.
Nah aku bagi share gambar selepas repaint
Tukar back splash kitchen cabinet
- 17 tahun dahulu pilihan warna tersangat lah berbeza dengan zaman sekarang.
- Backsplash dahulu warna kuning, dan pada masa tersebut femes dengan tiles yang kecik
- Dengan peredaran zaman sekarang ramai yang memilih kaler neutral seperti putih dan light greyPilihan tiles subway putih menjadi pilihan untuk kali ini. Dan akhirnya berjaya di laksanakan tahun 2019.
- Memandangkan tiles subway tersangat mahal jadi kita pilih tiles ala subway yang berukuran 2 x 1 kaki. Jimat hampir 6 kali gandaTarikh buat July 2019
- Proses tiles ini agak rumit jadi kami hire small kotranktor untuk buat.
- Waluabagaimana Ada 2 pilihan untuk korang.
- Pasang wallpaper tiles secara DIY : RM100-200
- Kos Upah tiles : RM600
- Kos tiles Subway (2 x1 ) RM100
Nak buat sendiri tu rasanya perit juga melainkan yang pakar main sime and batu bata., so ini antara info 11 cara ubahsuai rumah secara DIY yang aku harap dapat buat korang fikirkan apa yang terbaik
kos ubahsuai tandas
- Projek ini agak major. Dan ini lah yang aku dah survey dalam masa 2 tahun, cuma belum dapat allocation yang cukup meneruskannya
- Pagi tadi masa drive tiba tiba dapat idea lain, instead of hacking keseluruhan tiles sedia ada. nak jimat kos kita pasang tiles di atasnya sahaja. senang cerita hahaha
- Kos DIY :Epoxy cat untuk dinding dan lantai RM 300.00 (2nd option)
- Kos Upah : Renovasi keseluruhan tukar tiles lantai dan dinding RM3000-RM5000 atau hanya buat
- Tukar Mangkuk tandas dan sinki : RM 1500,
- Upah pasang Rm 150-Rm300
- DIY Tukar Pintu Bilik air RM 600- RM 1000
Target date : TBC ( bergantung pada bajet)
Updated
17 March 2022; hahahah aku dah berjaya buat renovation toilet and aku tersangat happy, impian nak macam pinterest tu tercapai lah.
Aku berjaya renovate 3 toilet terus dengan kos RM13k++ kalau nak tahu and nak tengok apa yang aku buat jom baca kos ubahsuai tandas
Laundry area
- Kesilapan kawasan laundry ini, tidak fulyy utilized storage yang ada.
- Penggunaaan rak ikea yang terbuka membuka ia nampak tidak kemas.
- Perancangannya buang rak ikea dan tambah simple wardrobe di kawasan tersebut.
- Kos DIY : RM1000 ( almari ikea)
- Kos DIY2 : tempah platform dengan carpentar
- Target date : Dec 2021
Update 2022: Aduh masih tersasar, disebabkan kebizian yang melampau laki bini. Janji aku tulis dulu 11 cara ubahsuai rumah secara DIY
Master bedroom (Bilik)
- Benda pertama yang aku buat adalah membuang wallpaper dan repaint semula dengan cat yang sama seperti di ruang tamu
- Kos Cat : RM 100
- Kos Tempah Wardrobe : RM740
- Seterusnya menambah wardrobe khas untuk tudung disebabkan ianya tidak dapat disusun dengan baik
- DIY Accent wall : Board & Battern (RM400)
- Aku telah lakukan survey dengan beberapa kedai perabot seperti Ikea dan SSF untuk membeli almari sedia ada, kos dalam RM700-800 tetapi disebabkan kawasan sedia ada agak kecik lebih berbaloi untuk tempah.
Plaster ceiling Bilik No. 2
- Masalah plaster ceiling untuk bilik no 2 agak teruk kerana terdapat kawasan bocor di bumbung . Hampir suffer beberapa tahun, akhirnya DIY sendiri berjaya mengekang kebocoran tersebut.
- Kos baiki bumbung
RM 3000-RM 8000( No budget) akhirnya husband gigih untuk perbaiki sendiri.- DIY : Gam bumbung
- Terpaksa Upah kontraktor untuk baiki plaster ceiling kerana husban memang tidak berani untuk betulkan plaster ceiling ini
- Kos Baiki Plaster ceiling RM 1,200-RM3000 (belum habis survey)
- Update Sept 2020; Dapat cari wak kontraktor untuk baiki dan betulkan bumbung sekali hanya RM 340.00
Work and Study area
- 3 bulan yang menyeksakan tanpa work area yang proper.
- Jadi kami decide untuk setup work area yang kami tidak pernah amik tahu sebelum ini
- Ada beberapa fasa DIY yang kami lakukan
- Meja dan drawer Ikea : RM600
- Kerusi : RM 220
- Feature wall : Tempah MDF board untuk Shiplap RM 440.00
- Cat : RM 100
- Aircond : RM1000.00
- TOTAL : RM2360.00 ( fuh nasib baik aircond and ikea byr installment)
- Sewaktu post ini di publish, shiplap masih dalam work in progress kerana berlaku kesilapan mengira size kayu tersebut. Kami akan kedai carpentar semula dalam masa terdekat.
Lantai Vinyl or SPC
- Ini juga antara rojek DIY yang berbaloi dan murah Harga pelbagai samada tempat pemborong, online atau dikedai
- Kos RM100-300
- Kebetulan ada geng blogger update pasal lantai SPC which is lebih senang and effect kayu yg lebih baik
- Total kos DIY : RM 430.00
- Upah kontraktor : RM1000- RM1500 ( mungkin)
Perbetulkan Tiles yang jatuh di Laundry Room
- Beberapa tiles di kawasan laundry telah jatuh bertahun tahun tanpa dibaiki.
- Setelah beberapa projek DIY dilakukan so kita yakin untuk mulakan projek pelbaiki Tiles yang telah jatuh tersebut
- Kos Gam : RM30-RM80
Projek DIY memang untung dan jimat
kalau korang nak buat projek renovasi yang agak besar boleh jer baca di https://gilahartanah.com/elak-masalah-renovate-rumah-untuk-newbie/ bagus untuk reference korang.
Aku dah melalui proses renovasi yang major dalam tahun 2003, dan 2009 dahulu. Paling besar pun nanti kalau aku gatal nak tambah kawasan depan rumah hahaha.
Aku harap perkongsian aku 11 cara ubahsuai rumah secara DIY dan membantu korang yang bercadang perbaiki rumah. Aku suka je buat DIY ni, macam kepuasan anak beranak
Aku target nak ubahsuai tandas yang sedia ada sebab laluan air tak cantik . Dah mintak quotation untuk tukar lantai sahaja rm800.00 eh boleh sangatlah kan. Tapi aku terpaksa put on hold disebabkan masalah domestik
Sama la, ada plan nak buat deko kat rumah tapi sebab duduk skrg ni rumah sewa DBKL je, so cadang nak tampal wallpaper bagi cun sikit. Senang nak tangkap gambar bila buat produk review. hehe.
Kalau nak buat DIY, I suggest pasang vinyl flooring.
Ada 1 kedai kat puchong, Nii (nama die).. Dia ada jual floor sticker tuu. Rm94 segulung. Boleh cover 300 square feet.
Beli gak adhesive floor gam. Tong merah harga rm35. Simen putih sekilo nak jugak. Rm2 sekilo
Then tools lain mcm benda yg org guna nak boh simen tuu, purpose bila dah lekat sticker untuk ratakan. Mcm depa ratakan tempered glass utk fon. Kena beli sesiku L sebijik, Pisau blade utk potong potong sticker nak bagi hujung lantai fitting dan glove getah.
Cari je tutorial dlm YouTube, tapi basically, ni la barang2 yg diperlukan
Betul sangat² diy sangat jimat, tapi kalau taktahu nak buat boleh mula dengan yang simple² dulu + mesti rajin supaya tak separuh jalan hehe
Kalau pandai DIY, mmg jimat duit kan .. nowadays banyak yg share tutorial di YT, so boleh belajar macam Mana nak DIY.
I ada experience cat tandas. Kos dia lebih kurang rm300 jugak.
Mula2 kena beli cling wrapper. Yang biasa org guna nak balut tembikai yg dah dipotong.
Then Masking tape. And then face mask.
Pasal bila kita pakai epoxy dlm tandas, bau dia kuat ooo…
Kena beli jugak white cement 1 botol.
Then peralatan lain seperti roller besar, roller kecik, dan brush kecik.
For paint pulak kita beli cat air 1 tong and hardener 2 tin kecik dan epoxy 1 botol kecik.
1st kena remove semua benda dlm tandas. Penyangkut baju, tisu holder dll. Apa yg boleh remove kena remove.
Then cuci tandas. Then lap pakai tuala. Then vacuum to make sure takde habuk ape ape. If nak, biarkan kering for few hours.
Next, guna white cement untuk tutup ape2 lubang pada tiles yg dah crack atau celah2 jubin. Biarkan kering. Dah kering, use Masking tape untuk buat frame sekeliling bathroom, so bila cat nanti tak terkena.
Next day pulak, tuang cat separuh into 1 empty cat tin. Balance tutup n simpan for 2nd layer.
Campur epoxy dalam tu, and hardener 1 tin. Gaul pakai kayu pun okay gak…
Then terus start cat lantai. Kena cepat coz hardener akan buat cat dlm tin tu kering cepat. Dlm 2 atau 3 jam la kena siapkan. Then biar kering.
Next day, repeat balik pakai balance cat. Campur epoxy dgn hardener and buat 2nd layer. N biar kering.
Agak2 bila dah ready, boleh la keluarkan Masking tape. And job setel.
Wow! Thanks for tips. I memang plan nak buat utk my 2nd toilet. Baguslah baca your experience ni
Lupa tulis tadi. Lepas Masking tape dah lekat, balut everything with cling wrapper tuu. Balut kaw2.. Pasal kita bukan expert, so mmg cat akan tumpah sikit sini sana. Ada bendalah ni, safe sikit. Esok dah setel kerja, bukak je balik.
Boleh share gambar toilet yg di cat?
Thanks