Eh.. tahun ni tahun wawasan 2020 yang Tun M set dahulu lah. Sekejap sangatkan rasanya. Walaupun negara kita tak capai apa apa yang menarik pada tahun ini, tapi aku yang berazam nak ada wishlist tahun 2020.
Table Of Content
Walaupun orang kata angan angan mak jenin tapi bila aku baca dan aku observe bila kita spell out atau luahkan apa yang kita nak insyallah benda tu akan jadi tak banyak pun sedikit
Sebenarnya ini yang kita nama kan “law of attraction”. Lagi banyak kita mintak lagi banyak kita akan berusaha sebab kita ada minda bawah sedar yang akan push kita untuk terus bekerja.
BUt … but sebenarnya boleh jer ko tak nak wish apa apapun, hahaaha bukan wajib. Cuma aku nak life aku lebih structured with proper planning, yer.. . Tapi tulah nak kaborkan, Sometimes tak semua benda kita akan dapat, mestilah banyak halangannya. Bukan petik akan jadi tapi kita cubalah.
lagi satu wishlist ko mestilah yang logik dan terima di akal. Contohnya ko nak keliling dunia.. hahah tu macam tak lojiklah kan, mana nak korek duit.. eh but wait maybe kut aku menang peraduan ker.. manalah tahu kann.
Lambatnya buat wishlist ??
Eh dah masuk bulan 2 baru nak wish list? heheheh taak… aku memang dah buat awal tahun, siap tulis dalam planner tau apa yang aku nak. tak sempat nak menulis jer.
Aku siap present pada abam aku tu, supaya dia tahu awal awal apa yang nak capai tahun ni. Ingat dengan boss jer ker nak buat KPI?? Dengan laki pun kena buat jugak tau, supaya dia dapat bonus nanti dia tak adalah beli barang hobi dia sensorang hahaha.. supaya dia tahu apa yang bini dia nak. giteww.
No berkias kias lah kali ni.
Lagi satu aku slow sikit nak update blog ni sebab banyak pikir kih kih or terlebih pikir. Selalu aku menulis dalam konteks SEO, kali ni aku tak rasa orang nak gugel pasal wishlist hahah jadi aku tulis kali ini untuk catatan aku sendiri supaya aku tengok balik er apa aku wish untuk tahun 2020, dan apa yang dah capai.
Eh… mungkin ada jugak orang google pasal wishlist tahun 2020.. nanti kita tengok
Aku bahagikan wishlist tahun 2020 aku kepada beberapa bahagian, supaya senang aku nak susun perancangan aku . So here goes
3 Major Wishlist tahun 2020
1. Personal
- New Handbag
- Aku kesian kat diri aku sendiri hahaha. Bag yg sama lah dok pulun pakai berbanding dengan kawan kawan aku yang lain. kerap jugak tukar handbag.
- Eh bare in mind yer.. aku dah 46 tahun, korang jangan banding dengan budak awal 20an. So i think i deserved to get new handbag tahun ni hahaha
- Jadi aku berazam, setiap kali dpt duit google adsense nah hadiahkan untuk diri sendiri. Susah tau aku nak spend duit untuk harga ribu riban sebab aku prefer duit aku ni habis dekat travel
- Tahun ni aim nak ada 2 handbag. eh! kunun lah
- Beli Baju baru daa..
- Sekarang ni baju kerja and jalan sama jer hahaha senang, keduanya aku memang susah nak beli online baju baju ni.
- Eh wadrobe aku suck! Sebab aku ekarang ni memang payah or malas aku nak bershopping di mall. Kalau pergi pun aku and anak beranak p makan oleh beli grocery.
- Seriously baju aku tak banyak macam orang lain. Baju aku banyak baju lama. Sekali lagi aku kesian bpada diri aku .
- Psst.. okaylah masuk bulan 3 aku pujilah diri aku ada beli baju baru hahhaha
- Lense baru
- Iyer.. aku and husband memang mengidam lama dah nak beli lense nih . INgat nak beli second hand tapi tak jumpa yang betul betul murah pulak
2.Home Deko
- Cat Dapor
- yang ini dah berjaya buat dalam Januari, setelah tertangguh selama 6 bulan gara gara abam patah tulang itu hari. Awal tahun lepas memang rancak kita orang perbaiki rumah.
- Tapi huhuhu semua tergendala disebabkan handicap hero ni
- Update : alhamdulillah berjaya cat
- Cat kabinet
- Nak tukar kaler grey. lama dah aku aim.
- Last year aku berjaya tambah cabinet di kawasan dining lama untuk problem barang rumah yang tak cukup storage tu.
- Jadi aku tengah plan nak upgrage and DIY kabinet dapor yang dah berusia hampir 16 tahun tu.
- Aku cadang nak siap before raya tahun ni. Tapi alamak tinggal 2 bulan ni
- Update : Berjaya buat pada tahun 2021
- Cat pagar
- Last year akhirnya berjaya perbetulkan pagar depan tu setelah 2 tahun aku accident langgar pagar.
- Jadi next project nak perbaiki dan cat semula Especially part karat
- Tukar plaster ceiling
- ada 2 bahagian yang nak kena tukar, master bedroom dan juga bilik no 2. aduiii jangan runtuh udah ler.
- Aku pun tak tahu apa kos untuk plaster ceiling ni.
- Cat bilik no 2
- Selain tukar plaster ceiling , memang nak kena tukar and bg nafas baru dah
- Aku naik lemas dah tengok bilik ni sebab banyak barang bilik bawah kita orang bawak naik atas.
- Update: aku berjaya upgrade bilik nih menjadi bilik Iman yeay!
- Cat bilik bawah
- dulu anak sedara aku duduk bilik nih. Now dah pindah so nak kena upgrade lah bilik nih
- Nak jadikan bilik sembahyang kalau ada sedara mara datang senang sikit kan.
- Pasang Vinyl flooring
- If letak flooring baru aku rasa akan naik seri nanti nih .. heheh korang tunggu
- Konon nak buat macam hearing bone, tak tahulah berjaya atau tidak hahahha.
- Update : Bukan Vinyl tapi kami tukar kepada SPC untuk 3 kawasan utama
- kabinet bilik untuk shawl and handbag
- Nih wishlist yg aku ngidam lama sangat dah .. help! tudung dah tak terkawal.
- Sejak tua tua ni memang nak sorok semua barang tapi masih gagal sebab ada masalah storage.
- Jadi korang yang nak masuk rumah nanti plan storage tau
- Update : Yes berjaya
- Feature wall
- Asal nak buat shiplap, tapi rasanya kos tinggi. So kalau buat ala wainscotting boleh DIY.
- And nak tukar cat jugak area tu. nanti kita try tgk lagu mana heheh
- Update : Berjaya buat accent wall semasa MCO 1.0
- Sofa
- Lama dah aku aim sofa ni, tapi selagi sofa yang sedia ada tu keluar takkan aku nak beli sofa baru. it’s like chicken and egg. haaa mana satu nak settle
- Sofa yang sedia ada ni pun dah dekat 12 tahun kut, sebelum iman ada lagi. tapi siap elok molek lagi .
- eh kita orang berjaya jual pada Februari 2020.
- Update : Berjaya beli sofa yang dididamkan
- Curtain baru
- Aku memang tak pandai bab curtain ni. selama hari aku beli yang ready made. setelah dikaji, hahaha ready made ni semua kain dia tak sebesar mcm orang yg curtain lawa tu.
- Sebab tu jatuhnya tak cantik. kali ni buat pertama kali, aku plan nak tempah …
3.Travel
- Linjiang, china
- Oh no, aku dah plan nak pergi sini sejak kawan aku pergi hujung tahun lepas.
- Tapi sejawk wuhan virus tu aku terpaksalah postpone sampai 4/5 tahun nampak gayanya.
- Perth
- Cadangnya nak pergi dengan kawan kawan, entahlah berjaya ke idok.
- Nak ber “me time”
- Wish me luck
- Revisit turki or japan
- Turki and japan ni memang berhantulah . Best betul 2 tempat nih.
- Tapi entahlah kita orang ni berangan if dapat tiket murah .
- Dah masuk bulan 3 nih memang nampak tiket murah , tapi kerana covid
Berjayakah wish aku ni?
Entahlah, ada yang aku dah berjaya buat.. ada yang macam susah pulak. Masa yang selalu buat aku rasa tak sempat. Sesungguhnya aku busy sgt tahun ni bukan kerja ofis sahaja tapi busy untuk anak aku
Nanti hujung tahun aku update balik apa yang aku achieve okay. Wish me luck gais
Amin.. moga kak Azni dapat capai semuanya.