Sinopsis Rindu Yang Terlarang Astro Ria

Sinopsis Rindu Yang Terlarang membawa kisah Cinta sembunyi-sembunyi yang tersimpul sejak di bangku sekolah. Tidak mahu terus hanyut dengan rasa cinta, Faith dan Ainnura mahu menghalalkan hubungan walaupun usia mereka masih muda.

BACA : Sinopsis Drama Cindai TV3

Drama Gabungan Fikhry Ibrahim dan Zahira Mc Wilson. Kedua pelakon baru yang saya minat selain dari syafiq kyle 🙂

Sinopsis Rindu Yang Terlarang

“Jangan panggil kami mama dan ayah, kalau ada niat nak kahwin dengan keturunan lahanat tu!” – PUAN ROHANA

Benci dan dendam dua keluarga menghalang penyatuan cinta Faith dan Ainnura. Jangankan hendak berbesan, selisih jalan pun mereka tidak sudi. Masing-masing isytiharkan permusuhan tujuh keturunan.

“Kita tetap akan nikah, Ain!” – FAITH

“Tapi… Macam mana?” – AINNURA

Kisah cinta terlarang disebabkan pergaduhan keluarga. Faith dan Ainnura bercinta sejak dibangku sekolah dan mahu berkahwin diusia muda. Namun, percintaan mereka mendapat tentangan daripada keluarga yang saling berdendam akibat sengketa perebutan hak milik tanah. 

Sinopsis Rindu Yang Terlarang

Dek kerana permintaan mereka tak direstui oleh keluarga. Faith dan Ainnura membuat keputusan untuk berkahwin secara rahsia dengan restu dari Tok Wan, atuk Ainnura. Mereka hidup bahagia sehinggalah rahsia mereka terbongkar. Kedua-dua keluarga berusaha memisahkan rumahtangga anak-anak mereka.

Akhirnya, Faith terpaksa menceraikan Ainnura dan membawa diri masing-masing

Bila rahsia terbongkar, Faith diberi kata dua, cerai atau nyawa. Dua-duanya nanar… Perpisahan tanpa rela membuatkan mereka hidup tanpa jiwa. Setiap hari Ainnura menunggu Faith kembali seperti yang telah dijanji, namun harapan hanya tinggal harapan. 

BACA : Sinopsis Demi Rindumu

Beberapa tahun berlalu, mereka bertemu kembali. Faith berusaha merebut hati Ainnura. Namun Ainnura terpaksa keraskan hati kerana takut perkara lama berulang kembali. Sementelah dia mempunyai Fawwaz dalam hidupnya.

Hati Ainnura masih inginkan Faith cuma Ainnura memberi syarat, sekiranya mereka ingin bersama semula, keluarga mereka hendaklah berbaik semula. Berjayakah usaha mereka dan mampukah dua keluarga yang bermusuh akan kembali berdamai.

“Orang rindu Ain sangat…” – FAITH

“Rindu kita… Rindu terlarang!” – AINNURA

Sinopsis Rindu Yang Terlarang

Sementelah, Reza Dato Rashid sanggup menerima Ainnura seadanya dia. Faith tak berputus asa, malah menggunakan Fawwaz untuk meraih semula cinta Ainnura. Bagaimanakah akhirnya nasib cinta suci mereka? Siapakah Fawwaz? Apakah yang dilalui Ainnura semasa kehilangan Faith? Mampukah cinta agung mereka meleraikan ego dan dendam kesumat keluarga masing-masing? Bagaimana keluarga bahagia Dato Rashid boleh terjerumus ke dalam kancah pergelutan.

INFO SINOPSIS RINDU YANG TERLARANG
  • EPISOD : 20 episod
  • TARIKH TAYANGAN : 26 November 2019
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
  • SIARAN TV : Slot DramaVaganza (Astro Ria & Astro Ria HD)
  • PENULIS SKRIP : Mazelan Manan, Shida Zali, Najmie Maziez, Suzanna Zaily Zin, SHaza Talib, Mufid Shuhaimi
  • PENULIS NOVEL : Umie Nadzimah
  • PENGARAH : Rashid Sibir
  • PRODUKSI : Zeel Production Sdn Bhd
Sinopsis Rindu Yang Terlarang
WATAK PELAKON  SINOPSIS RINDU YANG TERLARANG
  • Fikry Ibrahim sebagai Fariz
  • Zahirah Macwilson sebagai Ainnura
  • Jalil Hamid sebagai Tok Wan
  • Sahronizam Noor sebagai Adnan
  • Amyza Aznan sebagai Puan Ilah
  • Mat Over sebagai Encik Fadzlan
  • Kartina Aziz sebagai Puan Rohana
  • Putri Hanan sebagai Fatehah
  • Rahhim Omar sebagai Dato Rashid
  • Hanis Nabilah sebagai Fazira
  • Asha Merican sebagai Rania
  • Aidit Noh sebagai Aidil

2 Comments

  1. ummi nani December 9, 2019
    • azni December 9, 2019

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!