Sinopsis Drama Cinta Fatamorgana Slot Akasia TV3

Slot akasia TV3 seterusnya juga menampilkan Airel Zafrel sebagai watak utama untuk Sinopsis Drama Cinta Fatamorgana. Drama Zahir Tidak terucap juga lakonan Airel zafril dan shahril ridzuwan telah pun melabuhkan tirai pada minggu lepas. Apa kata kita sama sama jeling pula Sinopsis Cinta Fatamorgana.

Sinopsis Drama Cinta Fatamorgana

 

BACA : Korang juga boleh lihat SENARAI BUFFET RAMADHAN untuk semua hotel terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor

SINOPSIS DRAMA :

Huzair (Syazuwan Hassan) dan Rifqi (Aeril Zafrel) berkawan baik sejak kecil dan sama-sama mempunyai perasaan pada orang yang sama  iaitu Nur Wildad. Selepas SPM, ayah  Huzair  Tuan Deraman  (norman hakim) membiayai pendidikan mereka di Universiti. Jadi Rifqi sangat terhutang budi dengan Tuan Deraman (Norman Hakim) dan Puan Habibah (Linda Rafar)

Sinopsis Drama Cinta Fatamorgana

Tanpa disedari sebenarnya Wildad dan Rifqi saling jatuh cinta dan tertarik sesama sendiri. Namun perasaan itu terhalang  kerana Huzair turut menyintai Wildad. Dalam masa yang sama sikap Rifqi pula lebih mementingkan perasaan Huzair berbanding Wildad membuatkan Wildad sering berkecil hati. Kerana rasa terhutang budi kepada keluarga huzair membuatkan rifqi menahan perasaanya.

Keluarga Wildad pula ditimpa malang apabila mereka diburu Ahlong akibat hutang kakaknya, Wahidah. Apabila mengetahui masalah Wildad, Huzair meminta bantuan bapanya untuk menyelesaikan hutang Wildad. Malah Wahidah juga turut diberi pekerjaan di syarikat mereka.

BACA : SINOPSIS DRAMA NUR SYAFIQ KYLE & AMYRA ROSLI

Namun, dalam diam hati lelaki Rifqi tetap merasa cemburu apabila melihat Huzair mesra bersama Wildad tetapi perasan itu hanya dipendam Rifqi demi menjaga persahabatan mereka. Rifqi dan Wildad kemudiannya berkahwin secara rahsia dari huzair.

Ayah huzair sebenarnya berangan untuk menjodohkannya dengan anak kawan baiknya gadis yang bernama Delina yang sebenarnya telah mempunya kawan istimewa bernama Shakir. Ibu Delina, Puan Karmila  pula menentang perhubungan mereka. Dia mahu Delina berkahwin dengan Huzair kerana mengimpikan syarikat milik Tuan Deraman.

Wildad hilang ingatan, malah tidak pernah ingat siapakah rifqi sebenarnya. Huzair mengambil kesempatan dengan menyembunyikan wildad di resort kepunyaan keluarga delina.

Adakah Huzair dapat menerima orang yang dicintainya dirampas Rifqi sedangkan selama ini Wildad hanya mencintai Rifqi?

BACA: Sinopsis Drama Syurga Untukmu

Nasib Tuan Deraman memang malang, dia jatuh sakit pula jatuh sakit dan terbaring, roza pula meninggalkan tuan deraman. Hanya rifqi yang menyantuni dia dan juga Fara anak saudaranya dari Jakarta yang sebenarnya juga menyimpan perasaan terhadap rifqi

Namun, Huzair kemalangan dan lumpuh sebelah kaki dan buta. Setelah sembuh, dia kembali untuk menuntut Wildad dan Rifqi mengalah, namun Huzair menyedari bahawa Wildad lebih menyintai Rifqi lebih dari dirinya.

 
 
Apakah kesudahannya drama ini, Jom kita saksikan bersama-sama.
Drama bersiri 27 episod akan menemui penonton mulai pada 13 April ini menerusi slot Akasia, Bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 petang. Hanya di TV3.

Info Sinopsis Drama Cinta Fatamorgana

JUDUL : CINTA FATAMORGANA
EPISOD : 27 episod
SKRIP : Farhana Fauri
PENGARAH : Heykal Hanifah
TERBITAN : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
PELAKON :
  • Aeril Zafrel (Rifqi),
  • Azar Azmi (Wildad),
  • Syazuwan Hassan (Huzair),
  • Nazeera Sardi (Delina),
  • Shahz Jaszle (Jamil),
  • Norman Hakim (Deraman),
  • Faezah Elai (Wahida),
  • Rusdi Ramli (Tuan Munir),
  • Emelda Rosmila (Karmila),
  • Dayana Roza (Roza),
  • Linda Rafar (Puan Habibah),
  • Asry Azizan (Shakir),

6 Comments

  1. Rahsia Melancong April 19, 2018
    • azni April 19, 2018
  2. Dura Norell April 20, 2018
    • azni April 20, 2018
  3. Reen April 25, 2018
  4. fifa April 30, 2018

Add Comment

error: Content is protected !!