Senarai Buffet Ramadhan 2018 Kuala Lumpur dan Selangor

Sekiranya and memang peminat Buffet, sila bookmark entri ini sebagai rujukan untuk senarai Ramadhan buffet 2018 kuala lumpur dan Selangor.  Terdapat beberapa hotel yang sempat aku join untuk food review ramadhan dan akan diupdate dari hari ke hari.

Dalam entri aku  ini terdapat beberapa  recommendation  untuk Juadah Istimewa dari beberapa hotel yang sempat aku join sebelum ini. Korang semua kena cuba okay.  Tapi ini mengikut selera aku yang suka mencuba makanan hehehe. Insyallah tepat. Anak orang meniaga some more (eksen jap)

Ramadhan buffet 2018

Kalau sekadar unutk mendapat info harga dan dan contact boleh refer juga pada table senarai hotel  dibawah ini yang sempat aku kumpulkan untuk rujukan kita bersama. (scroll ke bawah)

 

Senarai Buffet Ramadhan 2018 Kuala Lumpur dan Selangor

Dalam table senarai buffet ramadhan di bawah ini, Korang boleh search hotel mana yang ada, juga korang boleh sort samada untuk tengok nama hotel atau sort mengikut harga. Jangan lupa ucap terima kasih yer sebab aku dah mudahkan kerja korang hahah.. (lawak jer)

So selamat menyambut ramadhan moga kita sama sama mendapat keberkatan di bulan ramadhan yang mulia ini.

Hotel list 

Ramadhan buffet 2018

Aku sempat join beberapa food review dari hotel hotel di bawah ini. Korang juga boleh refer setiap entri tersebut untuk korang lihat sendiri makanan dan juadah yang disediakan oleh pihak hotel. Amik feel dulu hehehe… Jangan lupa klik tau text dalam biru nih…

Ramadhan buffet 2018 Review

  1. Hilton Petaling Jaya   Juadah Istimewa : Siput Sedut masak sambal, Lemang dan rendang rusa, Set tempura dan Ketam kari
  2. Double Tree Hilton .   Juadah Istimewa : Lai che kang, Laksa Sarawak, Nasi Daging,  Rasbery Cream Puffs
  3. Hotel Geno :                Juadah Istimewa : Grilled lamb with rosemary sauce, Apple crumble, Asam pedas ekor
  4. Swiss Garden .            Juadah Istimewa : Sup perut+Keting, laksa, sambal Udang
  5. Hotel Seri Pacific        Juadah Istimewa : Sup Ekor Bakar, Cendol Durian
  6. Dorsett Kuala Lumpur Juadah Istimewa : Sambal Bilis tempoyak petai, Lempeng dan Sambal bilis
  7. Hotel Puri Pujangga     Juadah Istimewa : Apam Balik, Asam Pedas tetel
  8. PNB Darby Park  Juadah Istimewa : Gulai Kawah, kari Ikan, Sup Gearbox
  9. Grand Seasons
  10. Four Points By sheraton Puchong Juadah Istimewa : Satay dan Asam Laksa

Tips berbuka puasa di hotel

  • Kurangkan minum air
  • Jangan ambil nasi dalam portion yang banyak untuk permulaan.
  • Cari hotel yang sediakan surau
  • Tanya pihak hotel lokasi surau terlebih dahulu sebelum masuk waktu maghrib
  • Sembahyang awal, baru boleh lama pulun makan
  • Jangan ambil makanan berlebihan, membazir
  • Ambil portion pertama dengan jumlah yang kecil terlebih dahulu, jika suka barulah ulang juadah yang sama
  • Kalau rasa muak terlebih makan, jangan lupa amik jeruk buahan
  • Untuk kaum wanita, lebih baik bawa telekung sendiri
  • Untuk kaum wanita juga lebih senang pakai Jubah dan stokin untuk sembahyang

2 Comments

  1. Dura Norell May 15, 2018
  2. Nany Adifah May 29, 2018

Add Comment

error: Content is protected !!