Musim perayaan telah berlalu dan anak-anak sudah bersiap untuk kembali ke sekolah. Sekarang, mari kita fokus pada soalan penting: Nak simpan duit raya anak di mana? atau hanya dibiarkan dalam tabung di rumah? Aduh sayang tau, lagi awal meyimpan untuk anak-anak lagi tinggi compounding interest yang dia orang akan dapat.
Table Of Content
Hakikat Duit Raya Anak-Anak
Perlu diingat, duit raya yang anak-anak terima adalah hak milik mereka, bukan milik ibu bapa. Ibu bapa hanya memegang amanah untuk menguruskan duit tersebut. Jika ibu bapa dalam kesempitan, boleh guna dahulu tetapi harus menggantikannya kembali.
Ramai yang terlepas pandang bab ini kan?
Pilihan Platform Simpan Duit Raya Anak
Terdapat beberapa pilihan platform pelaburan simpan duit raya anak berdasarkan keadaan kewangan semasa ibu bapa:
1. SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional)
SSPN adalah pilihan utama, terutama untuk ibu bapa yang mempunyai pendapatan tahunan individu melebihi RM100,000. Mengapa? Sebab pendapatan melebihi RM100,000 sudah masuk dalam kelompok cukai 25%. Sehingga tahun 2024, anda masih boleh menikmati pelepasan cukai sehingga RM8,000 setahun, yang boleh mengurangkan jumlah cukai sehingga RM2,000.
Pilihan ini sangat tepat jika ibu bapa tidak mampu cukupkan jumlah RM8,000 dengan duit sendiri. Bila dapat pulangan cukai, boleh guna untuk belanja sekolah anak-anak. Namun, jika anda sudah sediakan dana khusus untuk SSPN, platform ini mungkin tidak relevan. Begitu jdahuga jika jumlah PCB tahunan anda di bawah RM5,000, kerana pulangan cukai bergantung kepada jumlah PCB tahunan sahaja.
Kita masukkan duit ke SSPN ni hanya satu agenda, untuk dapatkan pelepasan cukai, bukan untuk dapatkan pulangan sangat. Kalau ibu ayah ada duit yang cukup untuk masukkan ke SSPN, boleh skip platform ini.
2. ASB / ASB 2 / ASB 3 – Didik
Pilihan ini popular kerana mudah dan hampir tiada risiko kerugian, dengan kadar pulangan lebih tinggi daripada inflasi. Jika anda mengikuti fatwa yang mengatakan ASB haram, ASB 3 – Didik adalah pilihan yang sesuai. ASB 3 – Didik tidak mempunyai pegangan besar dalam Maybank seperti ASB dan ASB 2.
Tapi banyak mana perlu simpan di dalam ASB?
3. AHB (Amanah Hartanah Bumiputera)
Baru-baru ini ramai kecoh pasal kelebihan Amanah Hartanah Bumiputera ini. Maka ramaila berbondong-bondong bukak akaun ini. sehingga habislah kuota.
AHB adalah alternatif terbaik jika tidak mahu simpan di ASB. AHB adalah dana unit tetap dengan pegangan dalam aset hartanah. Pulangan AHB hampir sama dengan ASB dan sudah dizakatkan. Namun, pengeluaran perlu dilakukan di cawangan bank dan terhad kepada satu kali pengeluaran sebulan, yang boleh membantu mengekalkan disiplin menyimpan.
4. Tabung Haji (TH)
Jika anak-anak belum mempunyai akaun TH, duit raya boleh digunakan untuk membuka akaun ini. Jika belum cukup RM1,300, disarankan untuk cukupkan dahulu jumlah tersebut sebelum melabur di tempat lain. Namun, jika sudah lebih dari RM1,300, lebih efisien untuk simpan duit raya di tempat lain selain TH.
Mengapa TH Kurang Efisien untuk Simpanan Jangka Panjang?
a) Keutamaan hak anak adalah untuk pendidikan. Simpanan untuk Haji atau perkahwinan boleh dilakukan jika ada lebihan.
b) Kemungkinan anak-anak akan melanjutkan pelajaran ke universiti sebelum menunaikan Haji.
c) Kadar pulangan selepas zakat tidak begitu memberangsangkan berbanding AHB.
5. Dana Unit Amanah / Unit Trust Funds / Roboadvisor
Jika sudah ada 4 akaun di atas, boleh mula melabur dalam dana unit amanah yang memberikan pendedahan kepada pasaran global seperti US, Europe, Japan, dan Asia Pacific yang patuh syariah. Platform seperti Roboadvisor boleh membantu jika tidak tahu memilih dana. Namun, pilihan syariah compliant dan pendedahan global agak terbatas.
Kalau betul nak cuba boleh cuba Wahed yang memang confirm patuh syariah dan lulus dari Bank Negara Malaysia . Korang boleh download ikut link ini “Wahed” tapi pastikan masuk code ESWJAA1 barulah dapat bonus RM10
6. Simpanan emas
Emas dikatakan kalis inflasi, dan simpan emas lebih berbaloi untungnya berbanding biarkan duit dalam ASB dsbnya
Ini kerana, purata keuntungan emas adalah sekitar 10% setahun.
Sekiranya ada lebihan cash savings dalam ASB, FD, or akaun bank yang tidak akan digunakan dalam masa 2 tahun, boleh bekukan ke dalam bentuk emas.
Sesungguhnya long term investment yang lebih menyerlah dan kekal bersinar adalah EMAS
Kesimpulan: Belajar Melabur dengan Bijak
Orang Melayu sering kali hanya tahu tentang ASB, TH, SSPN, dan AHB. Masih ramai yang keliru atau takut untuk mencuba pelaburan lain. Tujuan saya adalah mendidik masyarakat, terutama komuniti Muslim, untuk belajar melabur dengan betul. Menyimpan dan melabur adalah dua perkara berbeza.
.
No Comment! Be the first one.