Turkey manyak syok woo.. aku memang tak sangka turki best. Saat aku menulis ni, genap sebulan yang lepas aku pergi ke Turkey dan Bosnia 8/11-23/11. Aduh macam tak boleh move on, oh btw aku dah tulis itinerari Turki dan Bosnia tau. Tak sabar rasa nak repeat hahahah. Turki really amazed me. Serious best habaq hang. Tapi apa apa pun, mai nak share tips shopping di istanbul.
Table Of Content
BACA : Pengalaman memandu di Cappadocia yang suspen
Kalau korang nak tengok gambar travel aku yang lain boleh tengok di instagram cari #fairasaznitravel or FB aku dah compile gambar2 travel di turkey and bosnia. Manalah tahu boleh bagi inspirasi pada korang, nak best lagi boleh tengok journey aku dalam highlights IG
Sebelum pergi aku memang dah ada lebih kurang list yang aku nak beli. Lampu yang aku idamkan dan juga carpet. Kat Kl ni kan mahal nak mampus barang barang ni semua. Macam macam dah aku plan dalam fikiran aku ni hahaha… Tapi faktor masa tu yang payah nak kira tu, if cukup masa mungkinlah dapat survey.
Walaubagaimanapun aku sedar, tak semua aku boleh beli. Ongkosnya tak berapa mengizinkan. Kita beli mana yang mampu. Jadi kalau korang tanya nak beli apa. Nah aku listkan apa yang mesti korang beli dalam Tips shopping di Istanbul
Rajin tau aku tulis tips shoping ni sebab aku yakin korang mesti nak cari info ni kan. Aku ada tulis pasal shoping di Perth, Ho Chi Minh and New york
Hati Hati di Istanbul
Tapi sebelum korang soping tak hingat, aku nak remind korang beberapa tips penting kalau travel di Istanbul sebab banyak kes terutaman pemandu Taxi yer. Aku baca dalam group BBM, sebaiknya korang pakai Apps BiTaksi yang lebih kurang macam Grab. And Uber pun ada ada disana. kena ingat ni Tips shopping di Istanbul yang kena paham tau
Jangan lupa baca 10 Scammer Turki yang korang kena alert, semua ghairah nak shoppingkan. Penting tau korang kenal scammer turki nih
Tips Shopping di Istanbul yang korang kena ingat !
1. Turkish delight
- Turkish delight ni ada 2 jenis, 1 yang dah prepack. Agak murah dalam 45 tl dapatlah 3 kotak. Tapi agak manis. eh! memang manis oit, ini memang gula based
- Belilahlah version yang timbang kati sebab dia orang pakai honey. Perghh ! memang sedap yakmat. Ambik pulak yang promagonate. Memang mantop
- Hari pertama aku pergi survey Harga dalam 100-140tl untuk 1 kg atau 1 kotak di Grand Bazaar. Mahal oit! nih kotak yang bawah ni lah kedai tu
- Tapi, ni ada 1 port baik, korang cari kedai ni, memang murah separuh and memang ramai Malaysian pergi. Ini pun student malaysia yang yg sharekan nama kedai ni
- Please please mentioned korang dapat Info dari blog aku hahaha…sebab aku happy sangat dapat murah aku cakap aku nak promote kedai dia orang
- Nama kedai tu HAREM SAREI di spice bazaar, separuh murah dari kedai yang aku pergi memula tu.
- Nasib baik aku jumpa budak Malaysia yang kerja part time dekat sini yang share kan info kedai yang murah.
- Banyak jugak tips yang dia share. Dan nasib baik lah kami ni ringan mulut nak tanya airport transfer dengan harga yang berpatutan berbanding dengan yang kaunter kaunter dok jual merata tu.
- Nama dia anas +90 535 416 14 48 dia tahun 4 dah, so kalau korang baca tahun ni insyallah dia masih dekat sanalah.
- nanti habaq dapat contact dari blog aku naa…..
2. Baklava
- Sapa sapa peminat baklava jangan lupa rasa keenakan baklava di sana. Aku tak boleh nak share kedai yang best sebab haritu aku tangkap muat test and beli di salah satu kedai.
- Merata-rata lah kedai jual baklava kat sana. Ada macam macam jenis.
- Cuma Manis tak boleh bawak bincang.
- Orang ada kencing manis jangan makan yer.
- So aku tak bawak balik.
3. lampu Turkey
- Adui, ini yang aku idam idamkan. Sebelum aku pergi memang aku dah survey harga diKuala lumpur
- Range harga dalam Rm250 ke atas mengikut size
- Harga di Cappadocia agak murah sebenarnya dalam 80tl untuk table lamp boleh dapat, tapi disebabkan aku nak bergerak ke bosnia so aku tak nak amik risiko.
- Abang aku beli yang version gantung gantung 300tl rasanya
- Lampu turkey ada 2 jenis. 1 made in turkey 1 lagi made in China. So kena berhati hati yer.
- Katanya yang dekat china tu, lama kelamaan warna atas kaca akan luntur
- Harga yang aku dapat dalam 220tl untuk 2 biji lampu Turkey
- Lokasi di Spice Bazaar berhadapan Kedai Turkish delight yang aku pergi tu
4. Tudung Turkey
- Perempuan pergi Turkey tak beli tudung turkey memang satu kerugiaan yang besar hahaha
- Tudung dia orang ni sangat berkualiti boleh beat dengan tudung Duck or tudung lain di Malaysia dengan rega yang jauh lebih murah, kualiti pun elok sangat. Senang sangat nak pakai
- Aku beli banyak nak jual konon tapi giler best pakai pakai tudung nih, hahaha entah lah sempat jual ke idok
- Material Silk, and rayon
- Harga untuk shawal material rayon dari 30 – 45tl, tudung bawal yang kecil dalam 20-30tl, shawl silk 100tl
- Harga di Grand bazaar kena gaya boleh dapat dalam 30tl, lagi satu option jalan dari grand bazaar ke spice bazaar pun banyak kedai kedai yang korang boleh beli disitu.
- Tapi one thing aku perasa walaupun harga di Grand bazaar sikit mahal tapi kain dia lagi bestlah .
- Jangan terpedaya dengan tudung yang kata silk, padahal itu kain rayon sahaja. Tapi rayon pun sedap weh.
- Aku belajar dari mamat bawah nih. dia siap tunjuk perbezaan kesemua tudung. dan ada satu tudung tu macam gebu yakmat dan harga dalam RM300 rasanya
5. Halva Pistachio
- Memang tak tahu kewujudan benda alaah ni sehinggalah ada sorang member minta tolong belikan
- Sedap!
- Tak tahu dalam kategori apa, hahah bukan turkish delight
- Tolonglah beli, korang takkan menyesal, Harga dalam RM 45-50 1 KG
6. Carpet Turkey
- Sebelum pergi dah berangan nak beli carpet disini, dah pikir nak pos balik malaysia and etc
- Kenapa carpet turkey best? sebab katanya hand made selain dari karpet iran, carpet sini antara yang best katanya..
- Ada boss opis aku beli dalam rega RM13k. adehh tak masuk akal rasanya, tapi aku gigih nak cari kutlah dapat yang terlajak murah
- Aku tanya di Grand bazaar, satu tu ada yang 20k. Terbeliak biji mata aku. Jadi aku lupakan.
- Aku baca, orang cakap belilah diluar kawasan Istanbul lebih murah, maybe next time
- Aku tak beli, tapi kempunan
7. Sejadah Turkey
- Sedih tak mampu nak beli carpet, jadi yang mampu adalah Sejadah turkey.
- Design and motif memang lawa lawa
- Jumpa satu kedai yang claim dia buat and design sendiri
- Harga beli dalam 100tl, harga awal dalam 150tl selepas nego dapat lah rega 100tl
8. Ceramic atau mosaic
- Orang cakap pergi turkey 2 benda yang berbaloi untuk bawa balik sebagai kenang-kenangan. Ceramic dan Turkish delight
- Banyak dijual di kedai kedai souvenir
- Ada 2 jenis mosaic hand made dan printing.
- Beza keduanya dalam 10tl
- Ada yang glow in the dark pun ada, harga dekat 400tl
- Korang tengok gambar dekat bawah ni, nampak tak yang dalam cermin ni, mahal woo
- Aku sempat beli pelapik periuk hehehe. jadilah
Baca : Tips shopping Di perth
9. Sabun Herba
- Kalau pergi kedai yang jual turkish delight ramai juga yang jual sabun sabun herba
- Sabun ni hand made, dicampur khas dengan olive oil
- Memang suka tengok packaging sabun sabun ni
- ada sabun roses, kayu manis, donkey milk and etc.
- Kesemuanya ada kelebihan tersendiri
- Aku beli 2 jenis, sabun kayu manis dan donkey milk
- Harga tak sempat survey, aku rasa aku dapat harga mahal sebab last minute decide nak beli sabun ni
- Harga dalam 25tl seketul
10. Tea
- Banyak kedai yang jual turkish delight jual teh herba
- ada yang siap dalam kotak, ada yang timbang kati
- Aku sempat sebat beli Promagenate tea, Tea untuk metabolisme, tea untuk pernafasan yang lancar
- Memang segar dan harum
- Paling best Promagenate tea yang panas panas tu. Tak payah letak gula dah!
- harga pelbagai, dalam RM25-RM35 untuk 1 kg
11. Batu Zultanite
- Aku tahu kewujudan batu zultanite dari sahabat aku yang rajin promote, so dah lebih kurang tahulah harga dia.
- Memang batu yang dijual diimport khas dari turki, Of course lah lebih mahal dari yang aku beli sendiri
- Batu ni boleh berubah warna mengikut cahaya yang kena padanya
- heheh aku bodek abam belanja rantai dengan batu ni, harga dalam 200tl
- Kakak aku beli cincin dalam 300tl rasanya , besar korang.
- Aku rasa kedai yang beli ni murah sebab aku ada baca dekat Fb brader ni beli dalam 500tl
12. Souvenir
- Banyak pilihan souvenir yang korang boleh beli bawak balik.
- Fridge magnet, keychain, dompet bag kulit dan macam macam lagilah
- Tapi kalau korang pergi 5 tempat belilah barang2 ikut tempat yang korang pergi sebab susah nak jumpa dekat tempat lain.
- Sampai hari ni aku menyesal tak beli keychain chomel di Cappadocia.
- Kebetulan kami jumpa satu kedai ni yang banyak hire student Malaysia buat part time. Memang murah-murah and berkualiti barang barang dekat sini.
- Tshirt pun cantik cantik.
- Lupa nak cakap tips penting, if beli tshirt kena beli yang besar sikit. Contoh biasa pakai M , pastikan beli L. Nasib baik lah beli dekat kedai tempat budak budak ni kerja, senang we all nak tukar.
- Aku tak jumpa pulak address kedai ni hahah
Dalam trip 12 hari Istanbul dan Bosnia, kami spend dalam 5 hari di Istanbul sahaja. Lama jugakkan, tapi Memang tak puas, rasa nak repeat lagi. Nak pergi musim bunga pulak. Mesti bestkan!
BACA : Sewa kereta di Bosnia yang buat panik sekejap
Disebabkan seronok pi turkey gigih aku buat entri Tips shopping di istanbul ni untuk aku next punya trip supaya tak hilang, dan korang pun boleh jer amik isi ni untuk reference.
Kalau sesiapa ada tips best, tolong komen kat bawah ni. kita kasi tambah.
TB terliur pulak tengok Turkish Delight tu.. memang kalau TB pun tak suka yang manis sangat-sangat.. yang light2 tu ok la kan.. based honey.. yang tu ok.. hehehe.. belum kesampaian nak jejak kaki ke istanbul lagi.. untung lah sape-sape yang dah sampai sana.. pengalaman best tuu
Belum pernah pergi ke Turki. Nanti kalau pergi akan baca kembali tips tipsnyang diberi ini. Teeima kasih!
Tq kak azni kongsi macam2 tips kat sini. Nnt kalau nak g sana opkos carik balik kak azni punya post hehehe .. alahai sedap nampak turkey delights tuu ..macam macam warna ada..
Yeay!!!!!!!! All this 12 things is a must bring home from Turkey. I haven’t been to Turkey yet. Turkey is on my wish list. Tringin nak tengok tulips di sane. Thank you for sharing this information on Turkey especially on BiTaksi and Uber.
Istanbul is a nice place for photo and foods. A must grab Souvenior are their sweet dessert, carpet.
Terima kasih kongsi tips shopping dkt istanbul ni. Entah tahun bilalah saya dapat peluang nak travel ke sana hehe.
Wahhh rindunya istanbul. Pernah gi sekali. Benda wajib sekali turkish delight je hehe lagi 1 eye devil takda pun.
Wah memang seronok ya Turki. Baca entri kawanlain yang pi sana pun best, tempat dan gambar lawa-lawa. Dah baca list teringin jugak nak dapatkan batu Zultanite tu. Bella jenis tak suka sangat manisan, walaupun yg ada jual kat sini tetap tak nak try rasa. Lepas ni pi LuluMarket la try Turkish Delight. Sedap pulak memalam ni tgk.
Banyak jugak tips yang boleh dijadikan panfuan bila shopping di turki nanti ye. Lagi sennag kalau ada tour guide di kalangan pelajar Malaysia
Ya Allah semua tu mmg Liez teringin sgt terutama sekali baklava. Sbb beli dekat kl ni dah mcm masuk angin tak scrispy. Tgk lampu warna warni tu pun Liez suka. Kalau kat kl mahal sangat.
oo yg kat sini mcm tu erk … kena cari dekat LULU mcm okay kan
Ala, kite tak pernah pergi Istanbul lagi so tak dapat la nak share additional tips. Tapi InshaAllah akan rujuk entri sis kalau sy nak ke sana nanti. BYk juga tips berguna ni…. hehe
Terliur tengok semua yang terpampang kat atas nie. Teringin gak nak ke sana, just to jejalan (sesambil shopping kalau mampu). InsyaAllah tahun depan ada rezki sket, boleh la nak ke sana. TQ sebab share infor pasal shopping – membantu nak merancang (tu pun kalau disiplin ikut perancangan kan)
hehehe kena selalu berangan mcm I .. nnt sampai lah
I gemar betul lampu lampu Turkey ni sebab cantik .. kalau letak kat rumah satu nampak decorated dah rumah.. tapi lagi mengancam ya Turkish punya manisan.. pistachio tu erk rasa nak makan… ada tak jual kat Malaysia…
Turkish delight tu namapk sedap giler. Best giler dapat lawat ke turkey. One of my wish hehehe
haaa .. meh berangan sama sama .. kita pun nak repeat
Nak beli barang dkt turkey kena ikot tourist guide jgk kan? Dgr kata ada scam harga dkt sana kalau tk check betul2
Memang menarik la tips ni semua, saya baca je pun dah teruja. Hopefully 1 day ada rezeki ke sini, boleh gunakan ni sebagai guide
Terima kasih atas perkongsian. Kalaulah ada rezeki ke sana..bolehlah jadikan tempat ni satu rujukan. Tips yg sangat berguna ni. Doakan sis dapat kesana satu hari nanti ya
banyak input yang zul dapa dari cerita ni, memang bagus untuk buat persediaan sebelum pergi bercuti ke sana. Macam best je pergi bercuti di Istanbul!
Nak tya.. pergi sendiri atau ikut travel agency yg terbaik..
saya tak pernah ikut travel agency. saya mmg prefer pergi sendiri . tetapi saya mula dengan negara yg senang2 terlebih dahulu seperti indonesia .
tapi skrg ada internet semua okay je sis. cuma kena buat homework sebelum pergi
Salam kak azni! Ya. Allahh . Lameenye x jmpa akak.. akak mesti tak kenal sayee.. hihi.. developer di 1 company dulu. Skrg dh x developer dahh.. Hihi.. x sangka lak akak berblogging yee . Hihi
Kalau kak azni ade no phone or instagram ke leh minta? Blh tnya2 byk pasal nk travel.. hiii
Makin tak sabar nak “istanbul Aku Datang’ 6 Mei 2023 nie…tq tips…
wah .. selamat travel
Thanks bagi tips..boleh cuba di turkiye nnt 🙂