Bulan ramadhan dah tak lama dah nih.. Naah.. masa inilah kesemua pihak hotel berebut rebut mempromosikan hidangan mereka. Termasuklah Buffet Ramadhan di Hotel Puri Pujangga yang terletak di kawasan UKM yang akan turut menyediakan juadah khas untuk bulan ramadhan nanti.
Table Of Content
Sebenarnya ini lah first time aku dengar nama hotel nih padahal selalu je keluar masuk UKM. So bila dah dapat jemputan, apa lagi masa nilah kita nak intai intai kan.
Nama hotel ni pun klasik . Puri Pujangga, terus terbayang zaman zaman citer P. Ramlee. Bila sampai hotel ini pulak mereka menengahkan konsep Memori Studio Jalan Ampas. Eh ! kena sangat lah kan. Nostalgia pulak sangat sangat. Comey je place card tu pulak di tulis atas mini Clapper Board yang selalu orang pakai untuk pembikinan filem, sambil diiringi movie dan muzik dari cerita P Ramlee. Itu belum lagi masuk props props lain.
Sure seronok untuk korang datang sini bersama saudara dan handai taulan nanti. Sambil menikmati makanan sambil ber OOTD dengan props props yang ada.
Kalau mereka yang berdekatan area Bangi, Kajang, Putrajaya dan Nilai, korang boleh letakkan list hotel ini jika bercadang nak berbuka puasa beramai ramai di sini sebabnya harga sangat mampu milik. Meh nak share dengan korang
BACA : Semarak Ramadhan di Hotel Geno
Pakej Berbuka puasa
Bermula 19 Mei – 13 June 2018 berharga RM70.00 untuk dewasa dan RM35.00 untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun dan percuma untuk kanak kanak bawah 6 tahun. haaa.. sangat sangat affordable untuk zaman sekarang. Payah tau nak dapat harga ini.
15 tahun dulu masa zaman zaman gila makan buffet pernahlah merasa harga macam ni. Sebab tu aku cakap harganya sangat berpatutan.
kalau betul betul berminat, boleh hubungi nombor tertera di bawah ini.
Tel 03 892 2891/ 892 7412
- Facebook ; Puripujangga
- Instagram Puripujanggahotel
- Website : www.puripujangga.com.my
Menu hidangan Buffet Ramadhan di Hotel Puri Pujangga
Hidangan Bufet Ramadhan terdiri dari pelbagai jenis terdiri dari makanan tempatan dan antarabangsa di mana seleksi makanan pembuka selera (appertizer) terdiri daripada pelbagai jenis kerabu, ulam-ulaman, gado-gado, tauhu sumbat, tauhu bakar, pelbagai jenis acar serta sudut ‘Salad Counter’ yang menghidangkan pelbagaijenis makanan khasiat yang terdiri daripada sayuran salad.
Pada tahun ini, dapur Chef Zahir iaitu Sous Chef Hotel Puri Pujangga mengketengahkan Asam Pedas Claypot yang dihidangkan secara panas mengikut permintaan pelanggan. Di samping itu, terdapat juga makanan eksklusif hotel iaitu
Kue Teow Daging, Roti Canai yang dimakan bersama Serawa Durian serta Ikan Bakar Palembang.
Juadah manisan seperti buah-buahan tempatan, Sago Gula Melaka, Aneka Bubur seperti bubur durian, Tart buah, Puding Roti , Seri Muka, Bingka Ubi, Pulut Panggang, Buah Melaka, Aneka Puding dan Jeli akan turut dihidangkan.
Di kaunter minuman pula air yang dihidangkan adalah sepertiAir Kurma, Air Bandung, Air Soya, Air Jagung, Air Tebu, Iced Lemon Tea, Nescafe Tarik & Teh Tarik.
Pilhan Modernmumthingy
Walaupun lately ni banyak dapat jemputan dari beberapa hotel, setiap tempat yang aku pergi memang ada beberapa juadah istimewa dan unik untuk mereka. Ada 3 juadah istimewa di sini yang patut korang cuba kalau datang Buffet Ramadhan di Hotel Puri Pujangga
- Serawa durian dan pulut – korang tengok gambar ni boleh tengok, haaa.. ada buah durian berenang-renang sekali dalam tu. Setengah hotel memang tak buat macam ni. Sebab dah pergi dah hotel lain and nak cakap korang kena try kalau datang sini.
- Apam balik – Apam balik ni punya pasal 3 kali ulang. Sebabnya nampak crispy tapi lembut sahaja bila makan. Nak tau nanti korang kena cuba tau
- Asam Pedas tetel – Yang ini mula mula tertinggal, hahah sib baik nampak last minit, terus ceduk nasi putih. Walla jugak ini .
sedapnya!