Sinopsis Beri Sedikit Waktu, Suami yang menodai kesetiaan Isteri

Sinopsis Beri Sedikit Waktu Drama bersiri 15 episod diterbitkan oleh Suhan Movie untuk siaran TV3. Menampilkan pelakon hebat Zara Zya, Aqasha, Shaz Jazli dan Juga Atiqah Suhaimie yang merupakan tonggak utama untuk drama ini.

Ia bermula dengan kisah Farhan (Shahz Jaszle) telah menceraikan Hananiyah iaitu Niya (Zara Zya)  dengan talak satu dan bertindak keluar dari rumah pada suatu hari yang tidak dijangka. Farhan hanya memberi alasan bahawa dia sudah tidak boleh hidup bersama dengan Niya. Yer .. semudah itu !

Titik tolak pertemuan Niya dan Imra

Sinopsis Beri Sedikit Waktu

Farhan dan Niya berdua berkahwin pada usia yang muda dan telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini sudah berumur 5 tahun, Luqman.

Farhan pulang ke rumah ibunya,dan memberitahu kisah yang sebaliknya. Pelbagai rekaan cerita diberikan oleh Farhan terhadap ibunya tentang Niya. Seperti biasa, Puan Faridah percayakan kata-kata anak kesayangannya itu.

Hakikatnya, Farhan sudah bernikah dengan Haryani (Atikah Suhaime).

Niya tidak mampu menerima kenyataan tersebut dan rasa tertekan selepas diceraikan. Kehidupannya menjadi kacau bilau. Niya dan Luqman telah hilang tempat berteduh apabila dia menerima notis rumah itu bakal dilelong.

Niya juga dikejar oleh pemiutang kerana Farhan suka berhutang, berfoya-foya dan berlagak seperti orang kaya. 

BACA : Tonton Drama Cinta Sekali lagi

Setelah puas mencari kerja, Niya berkenalan dengan Sofia (Farisha Irwayu), kakak kepada Imran (Aqasha). Sofia menawarkan pekerjaan sebagai pembantu rumah Imran dengan gaji lumayan dan kontrak selama tiga bulan.

Niya terpaksa melayan kerenah Imran yang cerewet dan cepat marah. Oleh kerana tiada tempat tinggal, Niya akur dan demi anaknya mereka sanggup tinggal di bilik stor belakang rumah Imran tanpa disedari majikannya. 

Sinopsis Beri Sedikit Waktu

Imran merupakan pesakit OCPD (Obsessive Compulsive Personality Disorder) yang cenderung kepada ‘perfectionist’ dalam mengatur kehidupan. Sekiranya sesuatu yang dirancang olehnya tidak menjadi, Imran akan cepat marah, sensitif dan panik.

Ditambah pula dengan pengalaman pahit yang melihat ibunya selalu dipukul oleh bapanya waktu kecil, ia menambahkan lagi kelainan sifat yang ada pada Imran. Selain panik, Imran juga selalu berasa takut dan terlalu bergantung kepada kakaknya, Sofia untuk menghilangkan perasaan ketakutan itu. 

Kini, Niya berubah menjadi lebih cekal, berjiwa kental, tabah dan tidak mudah mengalah. Sifatnya juga mula menyentuh perasaan Imran. Dalam masa yang sama Imran menolak cinta daripada Myra kerana dia sudah mula menyayangi Niya dan Luqman.

Imran juga sedar penyakitnya adalah penghalang cintanya kepada Niya. Jadi, dia mengambil inisiatif untuk menjalani rawatan rapi. 

Tiba-tiba, Farhan kembali dan merayu Niya untuk rujuk semula demi kebaikan Luqman. Niya serba salah untuk memilih Farhan atau Imran. Farhan menunjuk kesungguhannya demi menyakinkan Niya bahawa dia telah insaf.

Kurang ajar punya lelaki!

Farhan ada niat buruk sebenarnya dia ingin meminta duit modal perniagaan hampir sejuta ringgit daripada Niya. Sebenarnya, Farhan berhutang keliling pinggang dan pemiutang tanpa henti mencarinya. Farhan juga memaksa ibunya, Puan Faridah menjual harta untuk membayar hutang-hutangnya.

Sinopsis Beri Sedikit Waktu

Namun, Farhan tidak pernah serik dan dia tidak membayar hutang dengan duit tersebut.

Apakah yang bakal berlaku selepas ini?

Bagaimana pula dengan kesudahan cinta Niya dan Imran? Adakah Niya akan menerima Imran dengan hati yang terbuka?

Info Sinopsis Beri Sedikit Waktu

  • Drama ini bersiaran sebanyak 15 episod semuanya.
  • Bilangan Episod : 15
  • Tarikh Tayangan : 16 Oktober 2020
  • Waktu Siaran : Isnin hingga Khamis pukul 10:00 malam
  • Siaran TV : Slot Samarinda TV3
  • Idea Asal : Insheera Nordin
  • Penulis Skrip : Sharifah Abu Saleem & Insheera Nordin
  • Pengarah : Zamri Zakaria
  • Produksi : Suhan Movies & Trading
  • Pelakon : Aqasha, Zara Zya, Shahz Jaszle, Farisha Irwayu, Atikah Suhaime, Ain Sufia, Shyrim, Man Raja Lawak, Rayyan Iman, Ummar Dzariff, Aryana Amani, Laila Nasir

One Response

  1. Maria Firdz November 25, 2020

Add Comment

error: Content is protected !!