Tonton Drama Cinta Sekali Lagi Slot Akasia TV3

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi, lakonan nelydia senrose dan hannah delisha. Drama ini ditayangkan di slot Akasia TV 3 bagi menggantikan drama Ryan Aralyn yang telah pun tamat. Rasa akward pula bila hannah delisha yang comel lote melakonkan watak jahat dalam drama ini.

Drama Cinta Sekali lagi mengupas kisah hidup dua adik-beradik iaitu Amanda (Nelydia Senrose) dan Amani (Hannah Delisha). Amanda sentiasa dipersalahkan oleh Amani kerana menyebabkan Amani mempunyai parut kekal di tangannya. Rentetan daripada kejadian itu, Amani sentiasa mahu lebih daripada Amanda dalam segala hal.

Cemburu dan Dengki

Kesemua plot dalam drama in berkisarkan sifat cemburu si adik kepada kakaknya yang makan masa bertahun tahun sehingga sanggup menghancurkan rumahtangga kakak nya sendiri. huhuh kalau drama Hati Yang tersakiti berkenaan 2 sahabat. ini ada beradik pula

Amanda baru dilantik sebagai ‘jewellery designer’ di Anggun Jewels. Dia mempunyai masalah dengan Fahad Iman (Saharul Ridzwan), pengurus di situ. Ibu Fahad, Ungku Nadrah (Dilla Ahmad) berkenan dengan kebaikan Amanda sehinggalah dia mendapat tahu mengenai sengketa anaknya dengan Amanda.

Amani pula sibuk nak berkahwin dengan Ungku Mukhlis (Raja Afiq), sepupu kepada Fahad bagi memenuhi impian ‘Cinderella’nya untuk hidup senang walaupun dia masih belajar.

Ibu Amanda dan Amani, Puan Nazira (Haleeda) mengenakan syarat iaitu Amani perlu menamatkan pengajiannya dahulu dan pastikan Amanda juga menikah pada hari yang sama. Amani menganggap syarat tersebut sebagai penghalang. Amani lebih berminat dengan rumah banglo keluarga Mukhlis dan tidak tahu mengambil hati orang tua Mukhlis.

Hubungan Fahad dan Amanda semakin buruk dengan hasutan Muiz (Iman Zulkarnain), rakan sekerja mereka yang sentiasa iri hati dengan Fahad. Keadaan menjadi gawat apabila Fahad digantung kerja. Amanda mula menyedari kejahatan Muiz.

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi

Dia telah bekerjasama dengan Taqiudin sehingga Muiz tertangkap dan Fahad kembali bekerja. Sejak hari itu, Fahad dan Amanda menjadi rapat. Ungku Nadrah telah melamar Amanda untuk Fahad.

Amani mengimpikan majlis perkahwinan yang gah. Dia amat kecewa apabila keluarga Mukhlis hanya mengadakan majlis secara bersederhana. Impiannya untuk hidup senang bagai Cinderella telah hancur kerana Mukhlis hanyalah lelaki biasa.

BACA : Sinopsis Drama Hati Yan Tersakiti

Kebetulan Amanda dan Amani telah mengandung anak pertama. Amanda dilayan dengan penuh kasih sayang oleh Fahad manakala Amani dan Mukhlis sering dilanda masalah.

Selepas tujuh tahun, Amanda dan Fahad bahagia dengan dua orang anak dan berpindah ke rumah baharu bersama Mak Wan, orang gaji di rumah Fahad.

Tonton Drama Cinta Sekali Lagi

Amani cemburu apabila Mukhlis masih simpan hati pada Farhana sehingga akhirnya dia menyerang Mukhlis di rumah Ungku Nadrah. Amani diceraikan Mukhlis! Amani dan Mukhlis menghilangkan diri selepas bercerai, meninggalkan anak mereka, Fizri di bawah jagaan Fahad dan Amanda.

Namun Amani kembali dan dalam diam, dia menggoda Fahad kerana ingin merampas kebahagiaan milik Amanda. Fahad pula dibutakan dengan nafsu dan terperdaya dengan fitnah yang dibuat oleh Amani.

Terpedaya

Adakah kejahatan Amani akan terbongkar? Masihkah ada peluang bagi Fahad untuk merayu ‘CINTA SEKALI LAGI’ daripada Amanda? Sampai hati kan seorang adik sanggup menghancurkan rumah tangga mereka.

Pelakon Drama Cinta Sekali Lagi Dan Watak 

  • Saharul Ridzwan sebagai Fahad
  • Nelydia Senrose sebagai Amanda
  • Hannah Delisha sebagai Amani
  • Raja Afiq sebagai Mukhlis
  • Luqman Hafidz sebagai Dr Izamel
  • Ezzaty Abdullah sebagai Farhana
  • Dilla Ahmad sebagai Ungku Nadrah
  • Iman Zulkarnain sebagai Muiz
  • Zara Shelby sebagai Danisha
  • Alessandra Alyssa sebagai Daniya

Info Drama

  • Bilangan Episod : 28
  • Tarikh Tayangan : 4 November 2020
  • Waktu Siaran : Isnin hingga Jumaat pukul 7:00 malam
  • Siaran TV : Slot Akasia TV3
  • Penulis Skrip : Nieza Nahar
  • Pengarah : Pali Yahya
  • Produksi : Suhan Movies & Trading
  • Pelakon : Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose, Hannah Delisha, Raja Afiq, Luqman Hafidz, Ezzaty Abdullah, Dilla Ahmad, Haleeda Mazlin, Iman Zulkarnain, Isaac Iman, Tengku Zara, Zara Shelby, Alessandra Alyssa

Tonton Drama Cinta Sekali lagi

kalau Ada yang terlepas tu korang boleh tengok melalui online

Add Comment

error: Content is protected !!