Resepi Ayam Masak Merah ni ada macam macam versionkan! Anak aku ni peminat lauk pauk semua yang ada kaler merah. Sambal udang, sambal sotong. Barulah dia akan makan bertambah tambah, kalau tidak, nak suruh dia habis sepinggan nasi pun seksa tau. Tapi korang perasan tak kalau resepi ayam masak merah kenduri ni kadang boleh buat kita rindu nak pergi kenduri kendara.
Table Of Content
Gitulah mak mak kan, apa yang anak anak suka , itulah pilihan untuk untuk masak. Janji dia mau makan. Cuma masalah kalau di rumah ni, tak boleh masak banyak banyak. Kalau masak separuh pun belum tentu habis. So ini koleksi simpanan aku untuk segala jenis masakan ayam masak merah. munkin lepas ni nak cuba nasi goreng ayam masak merah macam nasi goreng paparik pulak hahah.
Baca : Ayam Masak Korea Sos GojuChang
Untuk mr. abam, not cerewet at all. Semua dia okay, cuma bila dah berumur ni kami memang menhadapi masalah lain, tidak bole makan dalam kuantiti yang agak banyak. Cukup sekadar alas perut.
Jadi ini adalah versi ayam masak merah dari aku yang confirm anak akan akan suka sebab tidak terlalu pedas. Just nice kata orang putih, ada juga tengok resepi ayam masak merah azie kitchen tu.
Pelbagai Resepi Ayam Masak Merah
Resepi Ayam Masak Merah Kenduri
Bahan-bahan
- 1 ekor ayam – potong kecil dan basuh bersih
- (Garam, kunyit dan goreng – jangan garing sangat.)
- 3 biji bawang besar (size besar tau)*
- 4-5 ulas bawang putih*
- 1 1/2 inci halia*
- (Blend semua bahan bertanda *)
- 3-4 senduk cili kisar
- 5 sudu besar sos cili
- 2 biji tomato
- 2 batang serai – diketuk
- 1 kulit kayu manis
- 3 bunga lawang
- 5 buah pelaga
- Garam dan gula secukupnya
Cara masak
- Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.
- Masukkan serai.tumis sekejap.
- Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.
- Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.
- Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.
Resepi Ayam Masak Merah Simple
Bahan Masakan
- 1 ekor ayam
- Segengam cili kering @ lebih ikot jenis cili
- 3 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- Sedikit halia (dikisar halus)
- kulit kayu manis
- bunga lawang (saya tak suka letak banyak bagi bau2 wangi je)
- 2sbgula merah
- garam kasar
- serbuk perasa (cukup rasa)
- 3 sb sos cili
- air asam jawa3 sb
- santan@ susu
- bawang holand potong bulat
Cara cara Resepi Ayam Masak Merah
- Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyi
- Panaskan Kuali dengan minyakAdd image
- edia untuk Goreng Ayam Jangan terlalu garing, or separuh masak. Jangan lupa selepas ini kita goreng dalam tumisan
- Kisar/ Blend bahan tumisanSewaktu menunggu Ayam siap digoreng, kumpul semua bahan tumisan tersebut. Cili kering ( kisar asing), Bawang merah, sedikit halia dan bawang putih
- Siap gorengAngkat kesemua ayam,
- Tinggal Separuh Minyak GorenganMinyak ini akan digunakan untuk tumisan,
- Mulakan Menumismula mula masukkan bunga lawang dan kayu manis kisar dengan api pelahan, kemudian masukkan cili kisar, gula, garam, boleh tambah cili sos atau tomato juga
- Bila tumisan cili dah betul2 pecah minyak masukkan sedikit air dan bagi pecah minyak lagi skali barulah sedap dan masukkanAyam gorengan tadi masukkan ke dalam kuali yang penuh dengan tumisan tadi. Pastikan kesemua ayam
- Masukkan 3sb susu/santan
- Bawang Holland Step terakhir masuklah bawang holand, Dah siaaap
- Hiasan Taburkan daun sup& cili merah
Rahsianya adalah masukkan santan/ susu sebanyak 3 sudu besar, adalah kelainan sikit. Nak tau kenalah cuba. Gerenti sedap Resepi Ayam Masak Merah ni
Resepi Ayam Masak Merah Che Nom
Sekumpulan bahan-bahan yang diperlukan bagi hidangan yang lezat ini adalah seperti berikut:
- 1 ekor ayam, potong mengikut citarasa anda.
- Serbuk kunyit yang secukupnya.
- Sedikit garam untuk menambah rasa.
- 1 tangkai daun kari yang segar.
- 1/2 mangkuk air asam jawa untuk perasaan masam yang menyegarkan.
- 3-4 sudu besar sos cili untuk kepedasan yang memikat selera.
- 1 biji bawang besar, dipotong bulat untuk menambahkan aroma yang harum.
- Anggaran 1 keping gula melaka untuk manisan yang unik.
- 2 sudu besar sos tiram bagi citarasa yang mendalam.
Bahan-bahan yang perlu dikisar halus adalah seperti berikut:
- 2 biji bawang besar yang segar.
- 2 inci halia yang harum.
- 6-8 biji bawang merah yang berwarna merah menyala.
- 8-10 ulas bawang putih yang segar.
- 2 batang serai yang dihiris nipis untuk sentuhan aroma khas.
- 15-20 biji cili kering yang telah dibuang bijinya dan direbus.
Cara-cara penyediaan yang perlu diikuti adalah seperti berikut:
- Pertama sekali, bersihkan ayam dengan teliti dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Kemudian, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak. Setelah itu, angkat ayam dan letakkan di tepi untuk sementara.
- Dalam minyak yang sama, tumis daun kari sehingga harum, diikuti dengan bahan kisar halus sehingga minyaknya pecah dan berbau wangi.
- Kemudian, masukkan air asam jawa ke dalam kuali dan diikuti oleh ayam yang telah digoreng tadi.
- Seterusnya, masukkan sos cili, sos tiram, dan gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit sambil mencuba rasa manis mengikut selera anda. Jika kuah sambal terlalu kering, tambah sedikit air. Teruskan memasak selama 5-10 minit sehingga semua bahan bercampur rata. Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Sebelum mematangkan hidangan ini, masukkan potongan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau sebentar untuk memastikan bawang lembut dan tercampur rata dengan kuah sambal.
Resepi Ayam Masak Merah Azie Kitchen
Bahan-bahan:
- 1/2 ekor ayam – potong 6 bahagian
- 3 sudu besar cili kisar – sesuai dengan tahap kepedasan pilihan anda
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula
- 2 sudu besar sos cili Maggi atau secukupnya
- 2 sudu besar sos cili tomato atau secukupnya
- 1/2 biji bawang besar Holland – dihiris
- Daun sup/daun bawang – untuk taburan
Bahan-bahan yang perlu dikisar:
- 1 1/2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
Cara-cara penyediaan:
- Pertama-tama, lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian, goreng ayam hingga masak. Pastikan jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan ayam.
- Dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar awal tadi hingga keperangan.
- Masukkan cili kisar dan terus tumis dengan api perlahan sehingga cili masak. Kemudian, masukkan gula dan garam, dan kacau rata tau
- Seterusnya, masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau rata. Jika perlu, tambahkan sedikit air dan terus kacau sehingga kesemua bahan tercampur rata.
- Akhir sekali, masukkan hirisan bawang besar. Kacau sehingga bawang layu sedikit, dan kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
nanti aku nak cari resepi ayam masak merah khairul aming dan resepi ayam masak merah shiela rusly pula. ni antara yang femes orang cari kan.
Tapi yang penting VIP aku si iman rifqi tu suka, dari kecik sampai sekarang agak picky eater.
Sedapnyaa
Leh buat raya nanti sisss
Sedap ni kak.. cuma kat rumah ni macam tak pernah buat lagi ayam masak merah.. hahaha.. saya pun suka masak ikut resepi kak Azie. Sebab gerenti jadi.
Fav kitaorang jugak ni. Gu dengan nasi tomato, walla ❤️