Program ALG di INTEC membantu kemasukan universiti di Jerman

Program ALG di INTEC adalah antara salah satu program pra-universiti untuk melanjutkan pelajaran ke Jerman. Paling menarik sebenarnya aku baru tahu yuran pelajaran di Jerman adalah PERCUMA ! Lepas tu baru aku terfikir dan teringat beberapa kawan aku yang melanjutkan pelajaran di sana 25 tahun dahulu.

Betullah ! disana yuran pendidikan adalah percuma korang.

So ini satu kelebihan untuk kita, dengan kata lain, bila anak-anak kita enrolled atau masuk program dibawah ALG ini mereka akan mendapat satu tiket istimewa untuk masuk Universiti awam di sana. Menarik sungguh. Terus dalam fikiran aku ni merancang peluang melanjutkan pelajaran untuk anak aku si iman nanti sekiranya dia teringin nak belajar di luar negara nanti.

Hurmm.. dia ada 5 tahun untuk dia perbaiki diri untuk mata pelajaran tertentu, selepas itu nah! terbuka luas peluang untuk melangkah ke university di Jerman. Harapnya mata pelajaran STEM yang iman akan duduki nanti akan membantu dia menjejaki ke universiti seperti ini nanti

Program ALG di INTEC

Info INTEC

INTEC terletak di Seksyen 217 Shah Alam, memang terkenal dengan reputasi yang sangat baik untuk menghasilkan graduan yang lengkap dan profesional yang cemerlang. Kalau pada zaman aku belajar dahulu ia dikenali sebagai Pusat Pendidikan Persediaan (PPP) membantu pelajar cemerlang dengan persediaan ke luar negara. Ramai kawan-kawan aku bertapak di sini sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Kiranya, ramai lulusan SPM yang mendapat keputusan yang baik akan berada di PPP untuk jangka masa lebih kurang setahun-dua tahun sebelum emeneruskan pengajian di Jerman, UK, US, Australia dan lain-lain negara pilihan.

INTEC kini merupakan penyedia pendidikan perintis untuk pengajian Pra-universiti, Diploma dan Program Perakaunan Profesional.

Selain dari Program ALG, sebenarnya terdapat beberapa kursus lain yang ditawarkan disini. Kemasukan yang paling dekat pada January 2023, seterusnya bulan Mei, Julai dan September. Jadi pastikan anak anak korang cuba apply di bahagian kemasukan di https://intec.edu.my/application-procedure/

Program ALG di INTEC

Senarai Program di INTEC

Pre-University Programmes

  1. A-Level
  2. A-Level German (ALG)
  3. American Degree Transfer Programme (ADTP) – formerly known as ADFP
  4. SACE International Programme – formerly known as AUSMAT
  5. Korean Preparatory Course
  6. Japanese Preparatory Course

Diploma Programmes

  1. Diploma in Business Management (DBM)
  2. Diploma in Public Management and Governance (DPMG)
  3. Diploma in Scientific Halal Practices (DSHP)
  4. Diploma in Islamic Finance (DIF)
  5. Diploma in Accounting (DIA)

Professional Accountancy Programmes

  1. The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) (UK).
  2. ACCA Foundation in Accountancy (FIA).
  3. The Association of Chartered Accountants (ACA) for Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) UK.
  4. The Certificate in Finance, Accounting, and Business (CFAB).

Kelebihan memasuk program ALG di INTEC

Kalau ikut pembacaan aku di website INTEC, mereka menawarkan 2 major yang penting iaitu Kejuruteraan dan Science & Technology untuk program ALG ini.

Tetapi terlebih dahulu mereka mestilah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak INTEC. Mereka perlu menghabiskan 22 bulan program ini dan mereka wajib pelajari subjek-subjek A- Level seperti Matematik, kimia, Fizik atau Biologi dan semestinya Bahasa German.

Selain dari itu mereka perlu menduduki Cambridge Assessment International Education (CAIE) A-level Exam and AS German Language

intec3

Mereka juga perlu menjalani latihan amali 6-8 minggu terlebih dahulu sebelum melanjutkan pelajaran disana. Ini adalah syarat wajib untuk memasuk universiti awam di German

  • INTEC menyediakan pembelajaran Bahasa Jerman dari tahap A1 hingga B2 dalam tempoh 22 bulan
  • Rekod prestasi cemerlang
    • 100 % lulus, 58% mendapat A* & A dalam semua mata pelajaran yang diambil
    • 91% pelajar mendapat A dalam AS Bahasa Jerman
    • 79% mendapat A* & A dalam Matematik
    • 75% mendapat A & A* dalam Biologi
    • 64% mendapat A & A* dalam Kimia
    • 62% mendapat A & A* dalam Fizik berdasarkan keputusan Nov 2021)
  • Kebanyakan pensyarah yang mengajar sangat berpengalaman & sangat membantu para pelajar
  • Pihak INTEC menyediakan Toastmasters German untuk membantu pelajar berkomunikasi dalam bahasa Jerman, dan ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka semasa bercakap di hadapan kumpulan dan mengembangkan kebolehan kepimpinan.
  • Sesi perkongsian dengan pelajar terbaik untuk memberi bimbingan dan sokongan kepada pelajar tentang cara-cara untuk mencapai prestasi yang baik dalam peperiksaan.
  • INTEC adalah pemegang Juara dalam Minggu Cambridge
  • Para pelajar akan pergi ke Institut für Internationale Kommunikasi (IIK), Berlin adalah rakan kongsi INTEC. Para pelajar r akan pergi ke IIK selama 6 bulan untuk meneruskan pengajian peringkat C1-C2 Bahasa Jerman.
  • IIK juga akan membantu pelajar membuat penempatan universiti di Jerman

Langkah pertama ke luar negara bermula di INTEC

Pathway

Banyak kebaikan juga belajar di luar negara ni, anak anak akan terdedah dengan budaya mereka dan paling best kalau dapat belajar cara orang negara maju belajar dan bekerja

INTEC menawarkan program yang sangat baik dan kondusif untuk pelajar-pelajar lepasan SPM. Keperluan untuk memohon seperti dibawah.

  • Pass SPM
  • Minimum of Grade C in five (5) termasuk English & Mathematics/Additional Mathematics

Alamat

  • INTEC Education College 
  • Jalan Senangin Satu 17/2A,
  • Seksyen 17, 40200 Shah Alam,
  • Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA.
  • Phone (General) : +603 8063 7000
  • Marketing : +603 8063 7076
  • Marketing and Student Admission Department : +603 8603 7075
  • Email: marketing.admission@intec.edu.my

Add Comment

error: Content is protected !!