Pening decide untuk Iman. Sekolah biasa atau Asrama ?

Fuh! sekolah biasa atau asrama ?. Soalan ini berlegar-legar dalam pikiran kita orang sejak iman kecil lagi. Aku alumni MRSM, abam pulak SBP. Tapi masalahnya Iman ini lah satu satunya anak kami. Anak tunggal. adui berat tau nak buat keputusan besar ni Yang pasti kalau dia masuk asrama memang rumah kami akan sunyi nanti

Tambah-tambah aku baca pulak artikel yang cakap

“hidup anak and ibu bapa hanya berlegar 12 tahun sahaja, naik sekolah menengah mereka lebih suka bersama kawan kawan. Jadi, hayatilah masa bersama anak anak.”

Nampak tak konflik disitu ?

Kalau ikut hati memang aku nak dia masuk asrama, sebab bagi aku hidup aku lebih teratur jika dibandingkan dengan hidup dirumah. Maklumlah keluarga besar rumah kecik. Banyak yang kau belajar bab agama di asrama. Tapi itu dahulu, berbeza dengan dia

BACA : Prasekolah

Husband aku pulak agak tidak berapa setuju masuk asrama kerana sejarah hitam dalam hidup dia, bukan kena buli tapi baginya dari aspek pelajaran. Sepanjang dia belajar di SBP kiranya dia tidak dapat catch up dengan style pembelajaran di asrama

Yelah lain orang lainkan.

sekolah biasa atau asrama
hari pertama pergi sendiri naik van yang dia didamkan dari dulu .

Cubaan ambil Peperiksaan untuk MRSM atau SBP

Pikir punya pikir sampai terlepas untuk periksa MRSM, hahahha, tapi kami sempat apply untuk SBP. Kami decide apply dulu decide kemudian. Biarlah Allah yang lorongkan hati kami nanti

Iman berjaya menduduki peperiksaan kemasukan SBP di Alam Shah, sewaktu hantar dia untuk peperiksaan tersebut, masa tu pulak tiba tiba laki aku cakap seronoknya tengok alam shah ni. hahah ko rasa? Dengan environment sekolah dan juga berdekatan dengan rumah. Iman pun mula terbayang bayang dia kan bersekolah disitu

Malangnya Iman gagal untuk permohonan SBP yang pertama , salah satu faktornya aku rasa pilihan sekolah dari kluster 1, Sekolah di Selangor, Kuota untuk budak sekolah swasta untuk masuk asrama yang sedikit, atau data sekolah integrasi yang tidak cukup mungkin.

Sekarang menunggu rayuan kedua yang katanya akan keluar pada 22 april nanti. Moga Allah tentukan yang terbaik buat Iman dan kami. Janji kita dah usahakan!

Plan untuk Iman semasa sekolah rendah

Selama 6 tahun iman bersekolah di Sri Integrasi Puncak Jalil. Kiranya apa yang kami aim dapat capai, Iman tiada masalah untuk kami suruh menunaikan solat 5 waktu, solat Jumaat, Bab agama dan sahsiah.

Walaupun tidaklah sempurna tapi kami cukup berbesar hati dia membesar dengan environment yang lebih tenang disitu walaupun kemudahan sekolah agak limited kami hantar ke pusat tuisyen seperti eye level

Dari segi kos sebenarnya hampir sama dengan sekolah harian dan lebih banyak memberi benefit kepada kami suami isteri.

Iman macam tak gembira masuk Sekolah Menengah Kerajaan

Walaupun di sekolah yang sama juga menawarkan sekolah menengah tapi kami mahu iman bercampur dengan bangsa india dan cina pula. Dari sekolah integrasi ke sekolah Menengah biasa. Yer.. itulah plannya kami dari dulu .

Sebenarnya untuk kami agak susah dan rasa renyah dengan proses permohonan di pejabat pendidikan dan sekolah. Lokasi PPD pula di shah alam, sekolah pula di kinrara. Terus terasa macam lecehnya dibandingkan dengan sekolah swasta dahulu huhuu

Minggu pertama iman masuk disekolah menengah dia agak down dan kurang motivasi sebab kawan kawan sekelasnya yang berbangsa china dan india tidak boleh bertutur dalam bahasa Malaysia atau English.

Agak frust katanya,

Berhari hari dia cuba minta kami pindahkan sekolah lama dia, aduh! pening dibuatnya

Minggu kedua dia nampak bersemangat sedikit, walaupun masih kurang berkomunikasi dengan mereka. heheh Abam cakap kita kena tanya progress and puji puji sekolah dia setiap hari, nak jaga emosi dan psikologi dia nih. Dan alhamdulillah sekarang kurang dah permintaan untuk pindah sekolah lama di PUncak jalil

Moga yang baik baik untuk Iman, sekolah biasa atau asrama

Dalam keadaan pening lalat untuk buat keputusan sekolah biasa atau asrama, kami tetap apply SBP. Sekarang kami tunggu keputusan rayuan terlebih dahulu. Peningkan bila pikir pili

Entahlahkan Mungkin yang terbaik iman bersekolah biasa sehingga tingkatan Tiga disekolah kerajaan disebabkan dia agak bersaiz kecil. Sebenarnya belajar di mana-mana pun sama janji dia ‘belajar’ dan dapat melihat dia membesar depan mata. heheh itulah dilema anak tunggal macam iman

Sebagai parents aku nak dia rasa Indahnya zaman belajar dahulu, tidak mahu dia rasa tertekan. Kalau tanya dia if dapat pulak SBP macam mana?

dia pun tidak tahu

Bila sampai masanya nanti kita biarkanlah ALLAH tentukan yang terbaik untuk kita semua nanti. Doakan untuk iman berjaya yer

Pastinya ada kelebihan sekolah asrama dan kelebihan sekolah biasa , yang penting memang dia kena pulun belajar dalam zaman dia orang yang aku rasa berbeza dengan zaman aku dahulu.

Memandangkan pelajar sekolah menengah agak mencabar mungkin aku perlu mula rancang pembelanjaaran dia dengan mengambil tuisyen secara online seperti RELY

4 Comments

  1. ammi April 20, 2022
    • azni April 21, 2022
  2. nettyahhiyer April 20, 2022
  3. mrhanafi May 23, 2022

Add Comment

error: Content is protected !!