Murah ke harga tiket di Matta fair?

Memburu tiket  ke kota london untuk musim summer

Hurrrm… Murah ke harga tiket di matta fair ni? Kalau dah namanya bajet traveller, heheh semuanya mau bajet. Tapi kali nak ni hunt untuk summer.. ya ampun..tiket paling mahal untuk sepanjang tahun. Kalau ikutkan aku nak elak tapi dah tarikh konvo anak sedara aku tu masa tu… berpeluh nak hunt.

harga tiket di matta fair
Image credit  http://www.leannemoore.ie/activity-breaks/activity-break-london/ nasib baik lah dapat harga tiket yang berbaloi di matta fair

Aku dah start hunt tiket ni dari hujung tahun lepas, cuma problemnya tak boleh beli disebabkan tarikh konvo anak sedara aku tak dapat confirmation dari pihak universiti. Macam2 method lah yang aku cuba skyscanner, google flight and lain lain.

Apa yang aku buat,

  1. Aku set tracking price di google flight sbb nak tahu pattern harga turun naik.
  2. Dengar khabar tiket murah 2 minggu sebelum event matta fair, so aku hunt secara manual.. tapi still tak murah weh
  3. Refer otai otai traveler.. berapa harga yang lojik utk summer.. set as benchmark
harga tiket ke kota london
harga turun naik wehh… macam main saham pulak
harga tiket di matta fair
harga terkini pada 21 march sewaktu hunting harga tiket di matta fair. Memang mencabar weh. tapi nak murah kena lah letak effort lebih sikit.

Dan…

Aku mmg dapat harga murah melalui skyscanner  yg bawak kepada portal TRIPSTAR dalam RM2500 return dengan menaiki royal jordanian…so consider murah. Tapi sebelum proceed aku  baca review samada Tripsta ni boleh dipeercayai atau tidak. huhuhu.. agak scary and risiko. Melainkan kita dapat harga melalui EXPEDIA, yakni bg aku agak reliable.

Aku refer pada otai2 traveller yang biasa hunt untuk tiket murah. MR. oren katanya pernah dpt tiket ke london pada summer dengan harga RM2500. tapi sebulan sebelum tarikh FLY… heheh menarik kaan.. so aku plan nak guna pakai kaedah ini untuk aku, asben and anak.. so abang aku boleh beli tiket melalui agent masa matta fair terlebih dahulu.

Oh lagi satu kalau nak travel ni.. korang kena pikir bab transportation dan keperlun lain seperti wifi disana. Korang boleh baca our experience haritu tu masa pusing – pusing selama 7 hari disana. Jang lupa baca ikut link ini okay.

On D Day di matta fair

Aku terpaksa amik cuti untuk kejar hari pertama, takut allocation tiket abis haha….. yer ker?? Aku tak tau. aku agak agak jer.. Mula mula we all serbu MAS kaunter.. bila sebut nak pergi summer semua pun dah ckp harga mmg tinggi. MAS bagi harga RM4500.00 return. Gulpp... terkedu.  so dah cakap awal awal pada abang aku, mmg tak mampu malah dia cakap terpaksalah dia husband and wife sahaja yang pergi. Katanya MAS tak ada buat promosi untuk summer.

We all terus serbu kaunter tiket yang lain.

Travel agensi yang pertama berjaya dapakatkan tiket RM2860.00 dengan menaiki etihad pada tarikh 14 july dan pulang 23 July iaitu ari ahad. well not bad kan… Tapi dia tak jamin dapat harga untuk 9 orang pulak. So aku ajak abang aku serbu kaunter tiket yang lain.

Aku nampak CIT travel. aku biasa tengok Iklan di newspaper and Facebook. Ikut abang aku nak terus jer dengan kaunter tiket yang mula2 tu. Aku cakap .. sabar… kita cari lagi.. susah oo nak hunt harga tiket di matta fair ni

Nasib baiklah berjumpa dengan en Yus dari CIT travel ni. aku rasa selesa sangat nak sembang and diskas dengan dia. Aku rasa dekat 2.30 jam kut duduk kat situ. En yus ni mmg tolong we all sungguh2 lah… ramai nak pergi ni weh.. Kalau ikutkan tak berapa nak mampu .. tapi heheh abg aku ckp lain2 on him… hahaha so pikir duit air ticket sahajalah.

Abang aku tu sbb nak suruh aku arrangekan semua dari penginapan, transportation and lain lain.. dalam family aku ni.. depa panggil aku “mutawif’ hahah… depa semua lenggang kangkung jer. contoh aku buat  trip ke bandung.. All in RM680 sorang  untk 3 hari 2 malam.. heheh murah dak? Niat aku nak ajak derang travel jer.. tak amik untung pun.

Baca : Trip bajet ke bandung untuk family

So dapat  ker harga tiket di matta fair untuk ke kota london? Alhamdulillah walaupun tak lah murah sangat… tapi dengan value yang we all booking 3 bulan sebelum fly, dan pergi masa summer.. we all dapat RM2810 utk adult.. (berpeluh). huhu dan budak RM2340.

Mula2 we all dapat RM2740.00 sahaja, tapi waktu nak proceed tu agaknya sistem jem, semua travel agent dok masuk serentak.. huhu tak dpt lock harga tu.

Macamana boleh dapat harga murah tu ?

  1. We all ubah ubah date. dari departure 14 july.. terpaksa ubah kepada 12 July
  2. Avoid balik hari Jumaat, Sabtu, Ahad… kalau tak.. harga terus jadi RM3800.00
  3. Jangan book harga untuk 9 orang terus. Kena pecah kepada 2 group.
  4. Terpaksa beli ticket yang ada transit.

Dalam masa yang sama aku check online dengan etihad airways masa mr yus buat booking. The cheapest price yang aku dpt RM3680.00. pergh…. banyak beza tu.

So kesimpulan yang aku nak cakap… walaupun aku selalu hunt tiket murah air asia dan promosi airline lain, ada masa beli melalui travel agent pun boleh dapat harga murah. Aku rasa derang ada allocation. Sebelum ni bila diskas dalam group bajet traveller memang derang buat lawak kalau pergi matta fair tu hanya untuk orang kaya sahaja. Untuk kes terdesak macam aku ni… dan aku dah survey harga secara online. Matta fair ni boleh juga menawarkan tiket yang murah. Aku tak berani nak amik risiko tunggu last minit baru nak book. sian pulak kat abang aku ni.

Aku tanya juga kenapa orang boleh dpt tiket murah kalau melalui masa online pada travel agent ni… so respond derang

  1. Ikut musim… kalau summer agak mustahil. which is true.. geng backpackers aku dpt RM2500 sebulan travel. itu pun satu sahaja. kalau ramai2 macam susah nak dapat. kalau musim lain mmg boleh dpt harga murah.
  2. Window untuk tiket promosi tu hanya pada tarikh tertentu walaupun iklan kata boleh offer harga rendah. Cth MAS offer RM2300 untuk harga ke london. Tetapi mungkin hari rabu ke rabu depan. so kalau langgar weekend mmg takkan dapat harga tu.

Mungkin boleh dapat harga murah jugak.. sebab pada tahun 2010 aku travel ke UK dengan Airasia at RM1600 without luggage. dimana aku book untuk jangkamasa 1 tahun sebelum FLY… hehheeh… nanti kita tgk air asia offer berapa pulak untuk tahun nih

lagi satu benda yang penting.. Jangan mudah terpesona dengan iklan  tiket murah.. sbb yang buat harga tiket mahal adalah airport tax yang hampir RM1500 untuk turun di heathrow weh…

harga tiket di matta fair

So harga untuk adult we all dapat RM2810.00. We all ada masa 3 bulan sebelum fly, tabung travel baru terkumpul RM2400.00 sejak balik dari jepun itu hari… so terpaksalah aku guna kaedah pakai kredit kad dan convert kepada balance transfer. .. berpusing pusing nih. Kalau ikut tabung travel kita orang berjumlah RM7200 untuk hujung tahun ini.. ini terpaksa advance kan dulu dari allocation lain…

Baca : Tips tabung untuk travel

haish… kalau rm2800 sebenarnya lepas pergi ke osaka all in. tapi rasanya it’s gonna be fun sbb akan travel dengan family abang aku yang semua kaki bola. We all akan cuba jejak stadium di UK sebanyak mungkin.

nanti aku cerita kat korang aku Hunt untuk accomodation pulak… fuh..! berpeluh jugak.

Our traveloque ke bumi england ini korang boleh baca entri aku seterusnya :

Baca : England aku datang lagi

harga tiket di matta fair 

harga tiket di matta fair

harga tiket di matta fair

harga tiket di matta fair

harga tiket di matta fairharga tiket di matta fair

7 Comments

  1. Fatin March 31, 2017
    • azni March 31, 2017
  2. Rohana September 14, 2017
  3. Rohana September 14, 2017
    • azni September 14, 2017
      • Rohana September 14, 2017
        • azni September 14, 2017

Add Comment

error: Content is protected !!