Trip bajet ke England dengan rombongan yang ramai

Trip bajet ke england | Nampaknya kitorang berpeluang jenjalan England sekali lagi tetapi kali ini dengan bilangan ahli yang lebih ramai..jauh lebih ramai hehe. Kali pertama ke sana pada tahun 2010.Cuma dua couple, kami berdua dgn abang dan isterinya sahaja. Jadi kami kenalah buat perancangan trip perjalanan bajet ke england sebaik mungkin.

BACAEurope trip: from kl to manchester-paris-rome-london

Bayangkan ‘Rombongan’ kali ni juga dua couple ni tapi dengan semua anak-anak,  semua sekali dari Malaysia 9 orang.

pusinglondon
Turun naik bas dengan bag mcm ni.. korang sanggup? kata nak bajetkan..

Pengalaman berjalan dengan ahli yg ramai ni jauh beza dengan travel kami bertiga. Program dan itenarary perlu sikit ‘loose’. Walaupun kitorang ada basic itenarary, tp kitorang juga bergerak secara ‘play by ear’.

Di England, ahli bertambah lagi 3 orang ( anak abang yg akan grad, isteri dan babynya). So 12 orang semuanya dengan baby sekali. So takleh nak strict sgt dengan jadual. Misalnya,kalau kami bertiga tu awal2 pagi dah keluar dari rumah. Tapi dengan group mcmni kenalah chill sikit..hehe.

Baby nak mandi, bapak baby nak mandi, atok baby nak mandi…hehehe.

Sebenarnya tak sangka dapat datang lagi ke London. Kalau ikutkan tak ada dalam perancangan pun atau tak ada sebab yang valid. Maklumlah bajet traveller susah nak ulang tempat yang samakan. Tujuan utama kitorang pergi kerana menghadiri konvokesyen salah seorang anak abang di Nottingham. Alang2 dah sampai sana tu jalan2 lah sekali tapi kami laki bini tetap nak setkan ini sebagai Trip perjalanan bajet ke england

BACA : Restoran halal di Perth yang telah mendapat status Halal

Percaturan Rumah dalam Trip bajet ke england

Pemilihan apartment pun kena betul, Kami target apartment di kota london. Ada juga pilihan  apartment yang murah tapi jauh dari oxford street, tapi kos & masa akan meningkat  pula untuk pergi ke tempat utama. Kalau pilih apartment yang dekat pulak, fees rumah pula tinggi. Macam tulah Vice versa.

Percaturan pemelihan rumah ni ambil masa dekat 2 bulan. Akhirnya we all dapat di oxford street walaupun sepatutnya di bayswater (owner tukarkan kita orang ke sana), hahah berdekatan dengan kawasan pub and gay. Tapi kawasan ni selamat jer, walaupun derang berpesta sampai subuh.

Macam-macam cara kami buat dalam perancangan Trip bajet ke england ini.

Nasib baik juga kami dah standby sleeping bag. Jadi yang muda2 tu boleh lah tidor dengan sleeping bag. Bagi makcik korang yang dah tua ni tidor atas tilam yer. Nama pun Trip perjalanan bajet ke england kan!!!

Gambar memang banyak amik, tapi banyak di INSTAGRAM you all boleh follow dekat  IG AZNI okay.

Smlm scene tolak beg ramai2…. hehhe rombongan cik kiah… kan dah jatuh #kbba9 #fairasaznitravel

A post shared by azni (@azni) on

Kos yang penting untuk kawal Trip perjalanan bajet ke england secara bajet dan affordable

  1. Kos Apartment -.
    • Lokasi..lokasi, masa.. masa. Kos untuk apartment 4 hari pertama + 1 hari balik = RM4000. tapi kalau bahagi dengan 12 orang, dan 4 malam = RM66.67 seorang untuk satu malam. I
    • ni kota london tau.. hehehe.  Tapi sapa yg ada contact dengan malaysian hall apartment mara katanya murah yaaa amat.
  2. Pengangkutan di dalam kota london
    • Pilih osyter card. Senang untuk naik tube dan bas.
    • Refer google untuk setiap perjalanan
  3. Pengangkutan dari london ke manchester, liverpool, nottingham
    • Pilih van atau kereta 3 biji utk 12 orang? akhirnya kami amik mini bus untuk 15 orang. Harga lebih murah dari malaysia tapi kena amik kawasan di luar london. Nnt we all citer bab ni dalam entri seterusnya
  4. Hotel/apartment di Liverpool, dan nottingham
    • Liverpool – usha travelodge. 1 bilik accomodate untuk 4 orang. so hanya 3 bilik untuk 2 malam.
    • Nottingham sewa apartment student yang balik bercuti ke malaysia so harga ikut budi bicara.(walaupun salah .. owner tak suka)
  5. Makan – di luar  dan masak sendiri
    • Beli beras disana masak yang ala kadar. Beli brahim bawak maggi sbb anak muda cepat lapar.  
    • Tapi jangan terkejut, kami masak kari kambing special di sana. tapi ada juga makan di luar yang agak murah
  6. Shopping dimana?
    • Oxford street tak semestinya mahal, pergilah primark.  1.30 pound untuk baju budak. 4poun untuk pallete eyeshadow.
    • Nnt kita citer bab shopping yer.. apa yang patut beli di London. Tunggu entri seterusnya
Trip perjalanan bajet ke england
Kota london lebih jimat amik oyster card
Trip perjalanan bajet ke england
Nak makan jimat, jangan lupa ke Malaysian Hall.

 

Airlines untuk Trip perjalanan bajet ke england

Kitorang naik Etihad Airways, flight yang termurah yang dapat semasa MATTA Fair. Time summer ni memang byk flight yang mahal.  Kira bernasib baik jugak dapat harga  macam ni dalam masa yang pendek. Agak reasonable untuk summer.

Korang boleh baca entri aku macama mana aku and wife hunt untuk tiket ni and kenapa bg aku harganya okay walaupun perit juga nak keluar duit masa tu.

BACA : Murah ke harga tiket masa matta fair

Trip perjalanan bajet ke england

Nyaris Terlepas connecting flight.. aduhai.. kalau tak…

Flight Etihad ni pergi dan balik Heathrow akan transit di Abu Dhabi. Semasa pergi transit yg tertulis dlm flight itenary ialah lebih kurang 7 jam. Masa sampai di Abu Dhabi pukul 5.30pagi dan flight kitorang seterusnya pukul 1.30ptg. So bila sampai je di Abu Dhabi we all relax2. Rsanya malas nak keluar dari airport.

Tegerak pula nak tgk boarding pass yang diberi semasa check-in kat KLIA tu. Kalau flight pukul 1.30 ptg, rasanya to be safe kol 11 kena stdby dah, so nak tgk boarding kat terminal mana.

Eh..kat tiket boarding ni tulis  boarding 0710 ?

Trip perjalanan bajet ke england

Confuse sekejap…masa tu pun kitorang tak sempat lagi nak tuka jam ikut time Abu Dhabi, so terkial2 jugak nak buat matematik pukul brp di Abu Dhabi masa tu. Baru pukul 6.15pagi. Tapi kenapa boarding awal ni?

Rupa2nya connecting flight kami dah diawalkan semasa amik pass di KLIA tadi. Dalam itenarary dari ticketing agent flightnya EY017 pukul 1330 tp semasa check in kat KLIA tadi , kami diberi flight EY017 pukul 0710 Abu Dhabi ke Heathrow. Apa lagi kelam kabut kejap rombongan cik kiah ni. Ada dlm sejam lagi boarding time. Nak ke boarding gate pulak, biasalah.kena.turun naik escalator.

Alhamdulillah sempat jugak kitorang boarding dengan selamat. Actually ikutkan time memang sempat, cuma kalaulah tak terdetik hati nak tgk boarding pass tu, semuanya ingat flight pukul 1.30 petang, bayangkan pulak tercetus idea nak klua tgk bandar Abu Dhabi kejap, maklumlah 7jam transit…perghhh confirm tertinggal flight tu dan kena beli tiket baru. Tupun kalaulah ada tiket hari tu..hmm tahla..kitorang pun x tahu mcmana keadaan tu boleh jadi.

Fuh!! kalau tak,  bukan Trip perjalanan bajet ke england lagi daaah.

Nasib tak jadi trip naiya namanya

Silap kitorang sebab tak tgk betul2 boarding pass semasa di KLIA dan assume semuanya masih sama seperti dlm flight itinerary from agency masa beli dulu. Pengajarannya, apa2 pun check dan double check time dan filght kat boarding pass.

Penerbangan kami dari KLIA ke Heathrow lebih kurang 16 jam, tak termasuk masa transit. Sampai di Heathrow lebih kurang pukul 1.30ptg. Proses ‘cop cop’ imigresen went smoothly.

Trip perjalanan bajet ke england
Pulun amik gambar anak anak sedara .. nak lawan cik ta hahahah.

TIPS di Heathrow

  1. Pastikan anda dilorong yg betul dan isi betul2 borang declaration yang diberi semasa dlm flight. Kalau boleh tulis terus semasa dlm flight tu so that korang dah siap semua document semasa di airport.
  2. Pastikan tulis alamat Airbnb , hotel atau penginapan semasa di sana. If possible make your info as complete as possible sebab tak  nak soalan2 yg membuang masa nanti, due to the current situationlah kan. Kami bernasib baik kerana pegawai yg attended kami baru saja melawat Malaysia, and she’s friendly. Baggage claim di Heathrow amat cepat dan smooth.
  3. Mengadap pegawai imigresen dalam 1 kumpulan terus supaya senang soal jawab. So kami 9 orang mengadap pegawai yg sama. Cepat lah jadinya
  4. Bagi yg risaukan wifi, Heathrow Terminal 4 tpt kitorang sampai mmg ada wifi. So bolehla settlekan urusan2 yg perlu diuruskan semasa di airport.
  5. Dan kalau haus nak beli air mineral, pastikan anda tak terbeli sparkling water yer..hehe. Di sana byk dijual sparkling water, bentuk dlm botol air mineral, tapi ianya adalah air mineral yg bergas….huhuhu. Make sure taka da perkataan ‘sparkling’. Tapi kalau saja nak try silakan laah..hehehe.
Trip perjalanan bajet ke england
Protobello market. tempat yang memang teringin nak jejak dari 1st trip dulu. Tak beli apa pun. Makan makan and lepak tengok orang sahaja.

Tujuan berkelana dalam Trip perjalanan bajet ke england kali ini

Secara ringkasnya travel kali ni ada beberapa perkara yg nak di cover. Main purpose of course graduation di University of Nottingham. Tapi event tu merupakan hari ke-7 selepas kitorang sampai.

Walaupun ini Trip perjalanan bajet ke england heheh tapi tempat shopping2 dan lihat landmark2 yg patut (memandangkan ramai yg first time)kenalah wajob singgah kan.. Selain tu, kita orang juga plan utk drive dari London dan singgah ke Oxford, Liverpool dan Manchester sebelum turun ke Nottingham dan balik semula ke London.

Stadium tour merupakan agenda yg penting kali ni kerana kitorang plan nak lawat stadium kelab EPL yg top; 2 London club iaitu Chelsea dan Arsenal, kemudian Liverpool, Everton, Man Utd dan Man City.

Trip perjalanan bajet ke england

Itinari Asal

plan asal

Itinari Final udahnya

Yang kaler purple tu.. pertambahan plan last minit.

planfinal

A Walk In The Park

Ish ramai nya rombongan cik kiah… #kbba9 #malaysiantravelblogger #fairasaznitravel #roadtoukjaafarclan

A post shared by azni (@azni) on
Disebabkan arrival time di London pun dah awal dari jadual, so kitorang gunakan masa yg ada ni untuk  jalan jalan melihat kota London mana yg sempat. Summer ni masa siangnya panjang. Maghrib pun pukul 9.30mlm, tapi kedai2 bukak dan tutup ikut waktu biasa dlm kol 9 atau 10pm. Sebelum ke taman, kitorang ke Malaysian Hall dulu untuk makan. Rasanya makan tghari kot walaupun masa tu dah pukul 5 ptg hehehe. Makanan kat situ kira mkn Mesiala kan. Nasi campur. Ada jugak goreng2. Dari situ cuma berjlan kaki ke Hyde Park.

Hyde Park merupakan satu taman yg luas di tgh2 bandar London. Kami sempat jln2 sekitar Kensington Garden iaitu west part of Hyde Park. Manakala kebanyakan tumpuan orang biasanya di bahagian east.

Mcm2 aktiviti yg boleh buat kat sini jogging lah, cycling, sepak2 bola, ada yg main holla hoop, main guling2 ..mcm2. Tapi mcm kitorang yg baru sampai ni aktiviti bergambo jerlah. Bergambor dgn pokok dan swan. Cantik jugak pemandangan dekat Round Pool tu bila ada swan yg berenang. Dekat situ jugak ada Kensington Palace, salah satu kediaman diraja kat London tu.

Di London sahaja ada byk park. Sekitar Hyde Park saja ada Green Park, St James Park dan byk lagi. Kalau perhatikan org kat sini mmg byk beraktiviti di sekitar park.  So mmg parks di sini walaupun kecil , ia surely akan diutilisekan sepenuhnya dgn aktiviti riadah, sukan atau sastera.

So kalau ke sini, masukkanlah a walk in the park sebagai salah satu program korang. Takyah lama2, kalau weekend tu rasanya plg lama pun 45 minit kot.

Semasa di Nottingham, kebetulan rumah yg kitorang duduk tu hanya walking distance ke Highfield Park. nak ke Wallaton Park tu kena naik tram tapi still tak jauh. So satu pagi tu , saja je kitorang bangun awal dan jalan ke park tu. Cuaca pagi mmg sejuk walaupun musim summer, tp mat salleh kat situ selamba je jogging dengan short dan sleeveless…aku dah menggigil dengan baju dua lapis….haha.

Dah ready nak pergi london?

Tipulah kalau korang tak nak shopping kan. tempat favourite kami Primark dan jugak Di Bicester Village. Kalau korang nak shopping aku suggest korang baca entri ni sebab ada 7 Tempat shopping Best di London. Tips ni aku dapat dari sorang personal shopper yang selalu shopping di sana .

22 Comments

  1. umminani August 2, 2017
    • azni August 2, 2017
  2. YB Shehan August 2, 2017
    • azni August 2, 2017
  3. Norliza Nordin August 2, 2017
    • azni August 2, 2017
  4. Haidar August 3, 2017
    • azni August 3, 2017
  5. Nany August 3, 2017
    • azni August 3, 2017
  6. IQ aka Izyan Balqis August 3, 2017
    • azni August 3, 2017
  7. Zana Mn August 3, 2017
    • azni August 3, 2017
  8. Miera Hassan August 4, 2017
  9. Anis October 19, 2017
  10. Mat Drat September 19, 2018
  11. Ana September 2, 2019
    • azni September 2, 2019
  12. min December 16, 2019
  13. Nor Hasni August 22, 2022
    • azni August 22, 2022

Add Comment

error: Content is protected !!