Kereta mampu milik M40. Satu benda yang aku rasa aku buat keputusan yang betul adalah menunda keinginan untuk membeli kereta mahal. Kereta pertama kami laki bini adalah Mitsubishi COLT kepunyaan ayah mertua.
Table Of Content
- Bersusah dengan kereta atau motor sedia ada dahulu
- Cara beli kereta
- Komitmen permulaan perkahwinan
- Beli rumah
- Beli Kereta Pertama
- Tabung Travel
- Bertahan dengan hanya 1 kereta selama 14 tahun
- Nikmat walau hanya sewaktu berkereta satu dahulu
- Apa yang best masa kereta 1 sahaja?
- Kereta mampu milik M40 Kelayakan beli kereta.
Aku nak kongsikan kereta mampu milik yang sepatutnya korang kena pikir sebelum beli kereta.
Bersusah dengan kereta atau motor sedia ada dahulu
Meh nak tips beli kereta untuk baru bekerja.
Kami mula pakai kerea mitsubshi colte. Kereta tu memang buruk, memang lama, tapi apa de hal .. hahaha janji senang ex boypren aka husband aku amik and hantar if aku nak balik interview masa tu or nak pi dating. So kiranya we all takde komitmen apa-apa melainkan isi minyak jer. Masa tu grab pun takde yer ! Ini cerita tahun 1999-2001
Rasanya abam pakai kereta tu sebelum kahwin lagi dan dia ada juga motor buruk kapchai yang telah digunakan sejak zaman universiti .
Ni gambar bawah ni adalah kereta yang kami pakai dari mula mula hidup bersama sampailah sekarang. dan aku bercita-cita nak tukar kereta nanti pun dari MyVi kepada Axia sahaja, sebab cukuplah satu kereta yang HRV tu.
Cara beli kereta
Dari tahun 1998-2000 kiranya kami ini ikat perut sebab nak kawin pada tahun 2000. Dan aku masih ingat lagi, selepas kenduri menyambut di Melaka, ayah mertua bagi RM1000 untuk top up duit nak beli kereta proton saga Iswara. Aku rasa aku bayar deposit RM3,000
Walaupun tiada siapa yang advice kami pada masa tu, aku dah buat kira kira kasar. Aku kena beli rumah terlebih dahulu. Kalau tidak memang akan sesak. So kami simpan duit deposit tu dulu sebab target nak beli rumah.
Starting gaji pada masa tu hanya RM1,800.
So cuba korang pikir RM1,800 masa tu Vs zaman RM1,800 sekarang.
Kena ingat, cost of living sekarang lagi tinggi dan ada hati korang nak beli kereta jenama H yer? Berani yer korang hahahha. Korang kena faham formula cara kira beli kereta. Korang kena kira minyak dan kos maintenance.
Itupun Keinginan ini yang kami tunda selama 17 tahun nak upgrade kereta kepada honda HRV setelah Nissan Levina kami buat hal.
Korang boleh refer website CarPaymentCalculator.net ini untuk dapat anggaran pengiraan kereta mampu milik. Memang sangat helpful untuk korang meng visualise berapa komitmen yang korang kena bayar nanti dari segi bayaran bulanan, total pembayaran yang korang kena bayar dan lain-lain.
Masa inilah penting untuk gunakan tools and informasi yang ada pada internet.
Komitmen permulaan perkahwinan
Impian semua orang selepas kahwin mestilah nak beli kereta, rumah dan anak, so semua aku dah plot dalam perjalanan hidup kami. Usaha lah dulu kan, tapi berserah pada tuhan untuk menentukkannya.
Beli rumah
Tahun 2000, bulan August selepas 6 bulan kahwin kami berjaya membeli rumah pertama yang hanya bernilai RM168,000 pada masa itu, dan itu pun terketar-ketar takut tak lepas bayar .
Komitmen rumah dalam RM890, dan company pulak bagi subsidi RM200.00. Interest masa tu lebih tinggi dari sekarang rasanya. So monthly untuk rumah hanya bayar RM690.00 untuk rumah double storey.
Beli Kereta Pertama
Kami sedar diri kereta mampu milik untuk orang M40 macam kami memang kena kena tengok kemampuan gaji, jangan gatal-gatal nak beli kereta mahal.
Gaji aku dan abam masa tu dalam RM2200.00 – RM2500.00 kut, jadi masa nak beli kereta, Komitmen bulanan yang kita orang lepas dah terang terang cakap pada abam mesti bawah RM500, dan kami bayar dalam RM420 kut selama 5 tahun sebab lepas tu kami tukar kereta,
Bagi aku kereta Malaysia ni 5 tahun pertama sahaja yang okay, dan selepas itu confirmlah dah start macam-macam, jualan kereta ni dapat lah cash lebihan.
Pada tahun 2005 kami upgrade pakai MyVi pulak, sama juga bawah RM500, sebab masa tu gaji masing masing masih kecik, dan kami lebih rela nak simpan duit untuk pergi travel dan juga treatment untuk mendapatkan zuriat. huhuhu .. bukan sikit sikit wooo..
Tabung Travel
Ini impian laki bini, kami suka travel. Kalau kami beli kereta mahal memang sampai sekarang kami tak mampu nak travel. dan kami buat tabung travel yer.
Owh aku masih ingat, kami mula start travel pada tahun 2006, dan tempat pertama yang aku dah nak niat pergi buat UMRAH. Alhamdulillah kami dapat.
Bertahan dengan hanya 1 kereta selama 14 tahun
Pada tahun 2010, tukar pada Nissan Levina sebab dah dapat Iman so barang -barang setiap kali balik kampung macam dan dah tak muat, kebetulan ramai geng opis amik kereta yang sama. kiranya ramai geng racun lah .
Ya sepanjang perkahwinan, selama 14 tahun itu sahaja kereta yang kami ada. Hanya satu kereta pada satu masa , sehinggalah pada tahun 2014 aku beli satu lagi MyVi untuk memudahkan bawak Iman pergi tadika.
Loan pula aku tetapkan hanya 7 tahun, jadi akan habis bayar pada April tahun 2021 dengan bayaran bulanan RM630.00, tapi errr terdelay 4 bulan sebab aku pun sibuk nak ambik moratarium sewaktu musim pandemik tahun 2020.
Disebabkan aku rasa tak sabar nak habiskan hutang kereta jadi aku bayar bulanan lebih, aku berjaya habiskan pada July 2021.
Allah nikmatnya bila dah habis hutang ! siyes weh… sekarang bila bawak kereta pun macam lapang sahaja kepala nih
Nikmat walau hanya sewaktu berkereta satu dahulu
Itulah, nak jadi cerita pada 25 Jan 2022, kereta Myvi kesayangan aku ni tiba tiba tak boleh start. heheh terpaksa suruh abam patah balik rumah. Kalau aku ingat bateri jer, nasib abam ada device yang boleh check power batteri tu.
Dan…… Kalau tak kerana kereta rosak, memang abam tak hantarlah pi kerja hari ni. Dulu bertahan 14 tahun selepas berkahwin pakai 1 kereta sahaja . Hehe lamakan! Sanggup tunggu abam amik duduk tercongok dekat opis sampai lepas maghrib.
Tapi sebenarnya Ada banyak sebab bertahan antaranya Nak jimat duit untuk travel sebab gaji kami ni beshe beshe jer. Bila orang cakap
“banyaknya duit pi travel” so….. salahhhh tau,
Orang tak tau pengorbanan apa yang kita buat nak dpt peluang travel and menyimpan. And am glad, dulu puas jugak travel, sekarang mampu tengok je kapal terbang lalu atas kepala. Dengan gaji beshe2 tak mungkin kita dpt semua sebab kita bukan anak CEO Megah Holding
Kena ada kos melepas. Kereta bagi aku hanya sekadar alat untuk gerakkan aku dari tempat A ke tempat B. That is why i don’t bother untuk tukar kereta yang kononnya sesuai dengan gaji aku sekarang. and bagi aku kereta ni banyak ‘telan’ duit untuk financial aku.
Konsep biar papa asal bergaya tak masuk dengan jiwa aku.
Konsep aku biar rasa semua benda, opkos secara moderat makan, jalan jalan, baju, gadget heheh.. So please doakan keter aku dapat bertahan lagi 5 tahun hehehe
Apa yang best masa kereta 1 sahaja?
Tapi benda yang paling best bila naik keter bersama sama ni adalah “berbual dengan husband” . We enjoyed berbual macam2. Rasanya masa naik kereta, dua dua boleh bersembang sebab driver tak boleh pegang phone, co pilot masih boleh pegang phone tapi lama lama pening jugak, baik kita sembang.
Sekarang ni Kadang2 hujung minggu tergedik gedik nak keluar berdua beli breakfast sebab bila masing2 sampai rumah sorang tengok live kasut sorang tengok netflix.
Sorang kat atas sorang kt bawah . Itu belum iman dalam bilik dengan komputer dia.
Hehehe sangat tak healthy kan!
Itulah diakan….. “kekurangan” zaman dulu walau pakai 1 kereta sahaja tapi banyak dapat kualiti time bersama banding dengan zaman super mudah sekarang ni.
Tak tau macam mana life korang, tapi ini lah kesan dari modernisasi, that is why aku selalu plan untuk buat beberapa project macam DIY, kemas rumah, or pergi cycling sama. Kalau masing masing pegang phone memang semua hanyut dengan dunia sendiri
Kereta mampu milik M40 Kelayakan beli kereta.
Kalau korang nak beli kereta satu hari nanti, ingat pesanan dr azizul nih. Memang banyak kali dia remind untuk kereta mampu milik M40 , B40 ka, T20. Jangan perasan banyak sangat duit sebab orang selalu lupa maintenance kos. Kena selalu baca gaji dan kereta yang sesuai. Jangan main hentam.
KERETA PERTAMA MULA KERJA. Pandangan saya jika anda mula kerja sebaiknya pakai motosikal saja. Jika sangat memerlukan kereta, pandangan saya.
- Beli kereta kecil sahaja
- Jika dapat kereta terpakai lebih hebat
- Usia kereta lebih 5 tahun kurang 10 tahun.
- Carilah kereta ‘lokal’
- Harga kereta bawah RM15k-RM20k, lebih murah lebih sejahtera.
- Lupakan mitos kereta terpakai meletup waktu pergi kerja.
- Jurujual kereta akan takutkan kita kereta terpakai bahaya, sebenarnya nak jual keretanya.
- Servis jaga, cari bengkel yang boleh percaya.
- Beli tunai paling bergaya, jika tak dapat hutang pun tak mengapa.
- Jika kenderaan lokal baru nilai susut sekitar RM6k-10k setahun.
- Kereta import RM15k-RM20k setahun susut nilai.
- Jarak perjalanan normal setahun 20 000km itu normal.
- Banyak benda jimat beli kereta terpakai sebenarnya.
- Lupakan dulu kereta idaman sebelum beli kediaman.
- Kereta itu liabiliti dan bukan aset sebenarnya.
- Belilah kereta terpakai, anda jimat 50% dari harga asal.
- Jangan tambah hello kitty atau apa apa aksesori.
- Biar kekal warna asli
- Zaman bergaya dengan kereta baru telah berlalu.
- Zaman sekarang orang beli rumah dulu. Guna formula 20:5:1520% deposit5
Walaupun dulu tak da orang ajar apa yang dr.azizul ni tulis, alhamdulillah kami berjaya lah jugak kawal kewangan walaupun gaji kecik dan tiada bonus yang gempak.
Sekarang aku tengah kejar Debt Free untuk persaraan yang lebih tenang . Nak tau betul betul kereta apa yang sesuai korang boleh refer blog ni, tak salah kalau kita hanya Kereta mampu milik M40 yang penting kita tenang,
Gpod sharing. Saya pun dah lama beli kereta cash ikut kemanpuan. tak pening kepala fikir bulanan.
nak hati tenang kan . samalaaa