Makan best di Johor Bharu | Kali ini aku nak share beberapa tempat yang best percutian di johor dan tempat makan best patut korang terjah macam aku. Jalan dalam Malaysia ni kalau tak gemuk tak sahlah., boleh naik 3kg oit, kalau jalan luar negara macam aku pergi Jepun dulu dalam masa 14 hari aku dapat turun 4kg. hahahah kelakarkan.
Table Of Content
Nampak sangat meriah negara kita ni dengan makanan, tak kira dimana jua. Siap duit semua ONz.
Actually dah sampai ke johor bahru ni beberapa kali dah. Haaa.. Aku ni kalau nak berjalan acara utama yg mesti dilakukan adalah mencari tempat makan yang menarik dan mesti dilawati.
Alhamdulillah ramai yg share maklumat yang best macam ni di blog dan website. entri aku tulis pasal makan best di kota bahru pun ramai yang masuk sebab nak tahu tempat mana yang best untuk makan-makan.
harap entri aku ni pun dapat bantu korang nak JJCM di JB , nak makan yang enak enak kan.
So aku pun ada tempat favourite yang mesti pergi kalau turun ke jb. Ini dari kaca mata dan tekak aku lah yeeer… Korang kena ada plan bila dan masa yang sesuai untuk terjah tempat tempat ni. Ini antara senarai yang aku kumpul sebelum pergi ke Johor, tapi tak semua tempat aku sempat pergi sebab tak cukup masa. Tapi ada tempat yang kira aku wajib pergi, nanti kang menyesal kalau balik KL hahha
Senarai tempat Makan best di Johor Bharu
- ABC Special Kg.Melayu
- Murtabak Cheese Majidee
- Kacang Pool Haji, Larkin Bomba
- Tahu Bakar Tepian Tebrau
- Ketam Telur Asin di Ikan Bakar Bbq Tiptop,tepian Tebrau
- Baby Crab Goreng (Gerai kuih muih Jalan Wong Ah Fook yg aku terjumpa semalam)
- Seafood kat Senibong seafood
- Putu Bambu ayer hitam
- Mee Sup Tulang cafe benafee
- Restoran singgah selalu – pau cicah kari, sup bontot goreng
- Mee lahanat – stulang
- Mee rebus tulang ZZ
- Pisang goreng mawar
- Majid murtabak cheese
- Ikan Siakap Goreng Restorang Rahmat Pasir Gudang
- Ais Krim The project – jalan Dhobby
- Chicken Chop tak berminyak di IT ROO Cafe jalan Dhobby
- Sup Tulang Merah Restoran Yasin
- Nasi Lemak Lobster
- Mat Corner Nasi Ambeng
Okay mai aku bagi review untuk setiap tempat yang aku pernah pergi dari tahun 2014 hinggalah terkini 2022 hehhe. Di saat aku menulis ni pun ada yang aku rasa ralat tak dapat pulun rasa, maklumlah perut dah tua hahha
Review tempat makan best di Johor Bahru
1.Mee rebus tulang ZZ
Korang tahu kalau aku ada 3 hari di Johor bharu maka tiap tiap hari lah aku akan jejak ke mee rebus ini , Ada orang suggest jugak mee rebus haji wahid tapi disebabkan boleh didapati di putrjaaya hahah aku lebih rela untuk ulang makan yang ini.
Kombinasi tulang tu dengan mee tu memang sesedap rasa sangat lah. Blend very well. Restoran ZZ ni sebenarnya dah buka 3 cawangan tapi aku tetap suka pergi ke kawasan hutan batu ini. Sebab dibawah rimbunan pokok pokok yang nyaman gitu.
Baru ni pi dengan family member ada yang sedut weh, aku belum berani tahap tu, tapi aku suka gigit daging tu.
BACA : Makan Best di Melaka
2. Kacang phool balai bomba larkin
Yang ini pun menjadi kegeliaan aku kalau kesini. Tak sama kalau makan di KL. Entahlah kenapa. ROtinya ka.. ataupun kacang pool itu sendiri. Sedap oit. Payah nak jumpa dekat KL yang sedap macam nih.
Tapi aku yakin sebab roti yang tebal tu memang kena sangat makan dengan kacang phool.
antara isi kandungan kacang phool ni kacang parang, kacang merah, telur. Katanya ni makanan ni berasalah dari Arab. Entahlah. Tapi korang kena rasa, sebab payah nak jumpa yang sedap macam nih.
3. Ais krim The Project
Masa aku mula mula pergi disini dia amik 2 building, terkini masa aku pergi June 2022, tinggal bahagian bawah sahaja.
So sad! huhu dan aku rasa ini penangan MCO covid19 hari tu.
Pelanggan dia memang ramai, and aku tengok chinese pun ramai beli aiskrim ni.
Keistimewaanya adalah Made to order, masa dia buat eskem ni wah siap berasap asap. Setanding Baskin robbin and haagen Daz tapi ini adalah lokal made. Korang try cookies and cream and butterscoth. Rasa dia memang International and highly recomended!
4. Chicken Chop di IT Roo Cafe
Kali kedua aku pergi area jalan Dhobby ni, kawan kawan aku siap DM pergilah try chicken Chop depan tu. Tapi malangnya trip sebelum ni perut aku rasa penuh sangat hahaha..
Kali ini pun penuh jugak tapi kami dah plan makan macam-macam tapi merasa sikit sikit. Sebelum tu aku balun sup tulang merah di restoran Yassin, and lepas tu sambung makan ais krim The project tu.
Padahal tu semua kongsi kongsi tau, maybe sebab kami dah biasa makan sikit.
So ini kali kami kena cuba jugak chicken chop di sini nanti menyesallah pulak. Aku bukan peminat chicken chop tapi abam yer dia sangat-sangat suka.
Kami order chicken chop grilled version, and iman makan Teriyaki .
Walaupun perut aku kenyang yakmat! tapi aku suka chicken chop sini sebab tak berminyak, tak sama macam orang lain . Memang nampak lah speciallnya chicken chop sini .
Alamat: No. 17, Jln Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
5. Nasi Lemak Lobster
Aku perfgi trip sebelum ini , pada Dec 2020 masa ada open window sekejap. Setengah orang tak suka, tapi aku and family suka
Harga opkos boleh tahan, abis tu dah lobster seketul beb hahah
Nasi dia cantik and berderai, macam nasi lemak wan JO, iikan bilis dia memang crispy and suka cara dia orang masak lobster tu. Memang tak jumpa dekat tempat lainkan. Pergilah cuba.
6. Sup Tulang Merah di Restoran Yassin
2 kali dah aku pernah ke sini, hajat hati nak makan dekat Singapore tapi hahaha tak jumpa kedai. So geram punya pasal aku cari jugak di JB.
Sebelum ini aku pernah try di restoran Banafee, tapi tak ingat sangat so bagii aku tak click. Tapi kami boleh teringat-ingat sup tulang merah di restoran yassin ni. Maknanya sedaplah
RM25 dapat 4 ketul gearbox kambing tu. Eh boleh sangatlahkan.
Mana Lagi Makan best di Johor Bharu ni
Ada beberapa tempat lagi sebenarnya, banyak lagi list yang ada contohnya seperti nasi beriani, kedai pokok cherry.
tapi list yang aku bagi tu yang aku dah short list mengikut preference aku . Nanti aku update lagi bila aku dah cuba tempat tempat lain
JB memang heaven untuk food lover kak azni.. rugi kalau datang JB tak JJCM..
sangatt… hahahah.. tulaa entri ni dah lama.. pasnih nak jejak balik and update semula entri ni
Okay, masuk dalam list dah ni. Nanti nak cuba restoran zz lah. Tak pernah lagi hayat hidup makan sup gearbox, entahlah mungkin takde geng kot. Nak beranikan diri lah
Bestnya info ni.. okay nak simpan siap-siap.