Tips hidup tenang usia 50an, mungkin boleh praktikan cara ini.

Tips hidup tenang usia 50 | 7 May lalu genaplah umur aku 48 tahun. Masyallah rasa perjalanan hidup nih macam ‘flash’ sahaja semua. Laju! masih terbayang zaman kanak- kanan, zaman sekolah menengah, zaman paling meriah opkoslah zaman universiti .

Zaman lepas kahwin aku pulak ada macam-macam fasa, memula seronok lepas tu kelam sebab lambat dan anak/ zuriat, fuh! tak terbayang zaman stress masa tu .

Alhamdulillah dah lepas harungi zaman macam tu. Dah nak masuk usia 50an ni aku sentiasalah berdoa dan bercakap nak habis hutang cepat, nak hidup tenang usia 50an. Jadi macam-macam tips aku cuba cari dan baca .

Aku memang ke arah persediaan persaraan, belajar urus kewangan, belajar urus hutang, belajar hidup minimalist (tapi bab makan payah nak kawal hahaha)

Terbacalah perkongsian menarik dari sis Dzuriasikim Dzulkefli mengenai Tips hidung tenang 50an ini. Sentiasa menulis apa yang wanita lakukan dan achieve dalam hidup ini. Suka sangat baca catatan tersebut

Tips hidup tenang usia 50

Apabila anda telah mencapai usia seperti saya iaitu hampir 53 tahun, anda akan nampak dengan jelas akan 10 perkara ini:

Dzuriasikim Dzulkefli

Tips hidup tenang usia 50

1. Memaafkan adalah lebih baik dan sangat menenangkan hati dari menyimpan dendam, marah dan rasa benci. Maaf bukan hanya pada tulisan atau sekadar di lidah sahaja. Tetapi dari lubuk hati yang tulus ikhlas.

2. Segala apa yang kita miliki, samada ianya bersifat harta benda, keluarga, orang yang kita sayang, perasaan cinta yang sangat mendalam, kesihatan mahupun pasangan yang telah kita berjanji untuk sehidup semati adalah hanya bersifat sementara. Bahkan setiap inci dari tubuh kita juga adalah pinjaman. Usah terlalu sedih jika suami bernikah lain. Kerana ianya adalah tidak sesedih jika Allah mengambil penglihatan kita atau apa sahaja bentuk pancaindera yang Allah pinjamkan pada kita. Tangan kita atau anggota badan yang lain kita. Kesihatan diri adalah anugerah yang terpaling mahal dalam hidup. Cuba fikirkan…

3. Tempat mengadu terbaik adalah Allah. Hanya Dia yang Maha Mendengar. Hanya Dia yang Maha Mengasihani. Hanya Dia yang Maha Penyayang. Dia tidak pernah lari dikala kita lupa. Dia tetap ada di kala kita susah dan senang. Dia tidak memilih. Kasihnya Allah tidak bersyarat.

4. Segala bentuk bahagia dan kejayaan ada di tangan dan hati kita. Jika kita mahu, kita akan boleh. Usah pernah salahkan orang lain jika tidak berjaya. Usah pernah letak kebahagiaan di tangan orang lain. Find our own happiness. Anda faham bukan?

5. Redha adalah ubat yang paling mujarab bagi penyakit hati. antara Tips hidup tenang usia 50, Redha bukan hanya di lidah atau pada tulisan. Tetapi dari lubuk hati yang ikhlas. Redha akan perkara sedih, suka, duka, difitnah, dihina, dikeji atau apa sahaja bentuk ujian yang perlu dilalui. Orang yang selalu redha akan lebih mudah untuk bersyukur. Jika tidak redha, kita akan sering mengeluh, resah, bimbang, kesal, sakit hati dan tidak tenang.

Tips hidung tenang 50an

6. Nikmat bangun malam adalah bila kita mampu bertahajjud. Bangun buang air juga nikmat. Membuang air itu sendiri pun nikmat. Namun, jika mampu terus mengambil wuduk itu adalah lebih besar nikmatnya. Mungkin terasa agak berat. Namun cubalah amalkan seminggu. Kita akan berasa seperi “ketagih” nanti. Nak buat lagi dan lagi.

7. Yakin dan ingatkan diri selalu bahawa Allah Maha Tahu. Oleh itu segala perkara duniawi adalah sangat tidak perlu anda fikirkan dengan terlalu berat. Sehinggakan menjadi beban bila orang tidak mahu berkawan. Menjadi resah apabila dijauhi orang. Jika Allah mengambil dari kita sesuatu yang tidak pernah kita sangka kehilangannya, maka yakinlah Allah akan memberi kita sesuatu yang tidak pernah kita sangka akan memilikinya juga.

8. Jika hari ini anda berasa susah. Ingat, ada orang yang jauh lebih susah dari kita. Jika hari ini kita hanya mampu makan nasi dengan ikan masin, ingatlah orang lain beras pun sudah lama mereka tak punya. Ingat jika hari ini kita bimbang kerana belum mendapat jodoh, ada orang lain yang punya suami namun terkurung dalam perkahwinan bagaikan dalam “Neraka”. Mereka ditendang, dipukul setiap hari dan macam-macam lagi. Usah bandingkan diri kita dengan orang yang lebih senang. Sebaliknya sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita masih ada.

9. Allah tidak pernah silap! Dia tidak pernah zalim. Ingat ini. So be happy and remember that everything is going to be okay!

10. Kita hidup umpama roda. Usah sesekali sombong bila berada di atas. Usah putus asa bila di bawah.Jika punya suami atau isteri, tidak perlu kita terlalu tunjuk bahawa kita sedang sangat bahagia. Tidak ada petua khusus dalam rumahtangga. Namun tetaplah untuk berbuat yang terpaling baik terhadap pasangan. Kadang ada pasangan yang setiap hari bergaduh, namun hidup bersama hingga ke hujung nyawa. Kadang ada pasangan yang kelihatan seperti tak dapat dipisahkan, namun akhirnya terpisah selepas 10, 20 atau 30 tahun pernikahan.Hati kita milik Allah. Bukan sahaja hati pasangan, bahkan hati kita sendiri juga.

Rumusan yang perlu kita fahami untuk Tips hidup tenang usia 50

Tenang dan bersederhanalah dalam semua perkara. Semua ini adalah kunci kebahagiaan hati dan ketenangan hidup yang anda boleh amalkan tanpa perlu menunggu sehingga mencapai usia lebih 50 tahun seperti saya.

Untuk capai kejayaan dikemudian hari kita kenalah berkerja keras hari ini. Kita perlu set aim apa yang kita nak capai. Berada dalam circle yang betul insyallah kita tidak akan tersasar, walaupun TTips hidup tenang usia 50ini seperti cliche dan kita biasa dengar, tapi bila kita susun dan faham satu persatu akan lebih memudahkan kita untuk memahami apa yanag kita perlu lakukan.

One Response

  1. mrhanafi May 31, 2022

Add Comment

error: Content is protected !!