Kenapa simpan Emas pulak? Jeng jeng jeng, alaa semua orang dah tau pasal bab emas ni. “Sis yang lalai” haha. sungguh weh. Aku ni jenis simple aku tak suka pakai emas besar besar sebab bagi aku itu standard macam cerita mami jarum penang hahaha.
Table Of Content
Jadinya pikir pikir punya So barang kemas aku hanyalah kecik kecik dan comey comey sahaja . Tapi itulah ini yang ralat nih
The simple the better macam mat salleh.
Disebabkan stigma macam ini lah aku tak ada niat or minat lansung nak simpan emas. Sebab aku tengok macam serabut sahaja. Zaman aku muda muda dulu belum ada public gold, tapi aku sempat juga belik dinar emas rabbani pada tahun 2006 kut. Opkos lah murah lagi masa tu kan .
Tapi tulah pembelian dinar masa tu ada problem lain pulak, susah pulak bila bila emas dekat tempat yang tak berapa akredatasi ni. Syarikat tu timbul sekejap jer masa rabbani tengah top. Lepas tu aku pun tak tahu apa jadi dengan company tu.
Sebab itulah bila aku nak beli emas sekarang aku lebih confident dengan Public gold, kira macam anak syarikat public bank yang dah lama bertapak dalam negara kita nih.
Kuasa membeli RM1000 dulu tidak sama dengan RM1000 sekarang dan tidak mungkin akan sama pada masa akan datang. Malah mungkin akan bertambah huhuh
Ralat tak pandai beli emas
Nak share dengan korang satu benda yg sis ralat. Tahu tak, gelang ni beli tahun 2003. bonus pertama.. bonus-bonus yangg jarang dapat sebab company aku ni bukan P&L company. Aku beli dengan rega RM430 sahaja. Beli buat syarat kenangan dpt bonus kekdahnya. Terketar-ketar beli sebab tak reti. Sebab aku ni kan.. sorang yang tak berapa serasi dengan brg kemas.
Sekarang korang rasa berapa nilai gelang cinonet aku nih ?
Kawan aku sorang di Utara selalu update dia suka beli emas di kedai Emas Hajjah Halijah, in fact dia orang beli online pun senang
Dari zaman sekolah asyik hilang atau cicir kemana tah . Barang kemas arwah mak bagi tinggal rantai jer . Lain dah cicir entah ke mana . subang pun tinggal sebelah jer. hahaha teruk kan .
Lepas tu, pada tahun 2014 abam hadiahkan gelang pun cicir. jadi aku sangatlah fobia nak beli emas, tapi erh…. selepas beberapa tahun abang ganti lagi beli gelang emas, nangis and terharu sangat
ASB makin teruk , ADUH!
Aku memang penyimpan ASB dari muda, sejak mula kerja lagi aku dah buat potongan RM500.00 dan selepas itu aku ambik ASBF pulak. Semuanya untuk simpanan hari tua.
Tapi, sejak-sejak dividen asb macam tak semenggah aku rasa aku terpaksa tukar strategy. Paksa diri beli dinar Public gold dengan objectif long term macam kisah gelang emas yang aku beli masa bonus tu dari harga RM430 sekarang dekat RM1k++ dalam masa 15 tahun. Cuba korang pikir kalau ASB dengan nilai yang sama jadi berapa ?
So Sekarang aku juga switch utk education fund anak ke situ, dahulu aku masukkan dalam ASB/ atau tabung haji dia, sekarang tiap bulan aku beli EMAS untuk iman.
Kiranya aku ni lambat kesedaran. Orang lain semua dah macam mummy jarum, gelang sampai lengan.
Sebelum imemang aku masuk RM100 untuk ASB/ Tabung Haji iman, sekarang ni aku rasa seronok pulak bila dah boleh beli emas RM100 tiap bulan. Dulu ingat kena standby ribu riban baru boleh masuk kedai emas hahaha.
Pendek kata ada RM100 dah dapat emas dan prosesnya sangat senang.
Senang cerita dulu sis “ignorance” sangat eksen tak mau amik tahu. leceh lah, itulah , inilah .. hahaha byk sangat lah alasan
Jadi jomlah kita simpan dinar sikit2 tambah2 inflasi yg makin melampau.. Sayur naik , roti naik, hari sparepart kereta pun naik. inilah salah satu sebab juga Kenapa simpan Emas sekarang ni. Sakit hati oit
Meh nak stori mori lagi pasal ni ..
Aku harap catatan ringkas dibawah ini boleh buat korang paham dan kalau dah dah bersedia nak mula simpan dalam emas boleh lah tanya sini wa.link/8m4qez
Duit vs Emas
Duit:
- Nilai semakin berkurang saban tahun akibat inflasi.
- Nilai boleh jatuh hingga kosong.
- Jika fizikalnya rosak, diconteng atau koyak, tidak diterima penggunaannya.
- Hanya boleh diterima pakai di negara pengeluar wang tersebut.
Emas:
- Jangka pendek harga naik turun. Jangka panjang menunjukkan peningkatan kerana nilai duit jatuh
- Nilainya takkan pernah kosong. Emas tetap bernilai dan relevan sejak berzaman.
- Jika rosak masih boleh dijual. Serbuk pun masih laku.
- Mana-mana negara terima emas cuma perlu tahu had jumlah yang boleh dibawa masuk ke negara itu.
Kenapa simpan Emas? Sebab nak Kurang kebergantungan kepada wang tunai
Ini antara penyebab saya mengalihkan sedikit duit simpanan saya kepada emas. Kebergantungan sepenuhnya terhadap duit akan menyebabkan kita “dirompak” tanpa sedar setiap tahun akibat kejatuhan wang ringgit dan inflasi.
Bagi yang tiada simpanan, mulalah menyimpan. Bagi yang sudah ada simpanan dalam bentuk wang, alihkan sedikit kepada emas dan kekal disiplin untuk menyimpan emas sekurang- kurangnya RM100 atau 1 gram tiap bulan.
Simpanan adalah persediaan kita untuk jangka masa panjang tak kira samada untuk:
- dana perkahwinan-
- dana kecemasan-
- dana pendidikan anak@diri sendiri-
- dana modal bisnes-
- dana persaraan selesa
Kekal disiplin menyimpan emas, tak perlu target banyak sekaligus cukup sekadar ikut kemampuan. Setkan RM100 @ 1gram, sampai masa tukarkan kepada bentuk fizikal dan simpan sendiri.
Terpulang kepada matlamat simpanan masing-masing cuma bila sebut tentang simpanan JANGKA PANJANG, silalah pilih medium@bentuk simpanan yang relevan untuk jangka masa panjang. Duit kekal pada nombornya tapi bukan pada nilainya.
Kena tahu Kenapa simpan Emas sebelum mulakan
Sampai satu masa duit akan hilang nilainya tapi emas tetap bernilai.
Kalau aku target untuk long term, paling kurang 5 tahun so korang kenalah ada byk basket untuk simpanan ni nanti, Ingat korang kena pegang Kenapa simpan Emas kalau tak nanti tersasar.
Aku pun masih bertatih nak menyimpan emas. Macam biasa bila buat sesuatu aku memang akan tulis dalam blog reason aku buat semua ni, supaya aku tidak mudah lupa hahah. Jom mulakan sekarang wa.link/8m4qez
kalau betul korang nak tau cara beli emas public gold , boleh sahaja tanya aku
Tak berapa minat emas. Now dah boleh cikit2 amik tahu utk masa depan. Time kasih kongsi
Terima kasih perkongsian. Pasti roger akk nak bukak akaun ni nanti
Om sekarang dok beli emas je kt PG
Bagus juga simpan emas Ni.
Belilah kalau ada duit, x rugi pun.
Emas ni laku sepanjang zaman kan.
Saya pun sejenis pakai barang kemas hilang manjang. Satu hal jugak tak pandai beli barang kemas kat kedai.. seb baik pandai sesikit beli goldbar. Tapi lama dah tinggal sejak wfh ni.. macam nak kena mula balik.
kena mula dikit² simpan emas. berguna untuk masa depan.
kalau nk tahu, awa seorang yg tak gemar pakai mas. tak tau la sbb apa, kdg rasa mcm rimas lagi2 time buat kerja. mujur ada emas bentuk dinar tu. beli emas ni bagus utk jangka masa panjang
Standard makcik jarum penang eh kak? Hahahaha.. Ni org penang tak jarum sangat mai komen pulak..sha pun tak berapa minat pakai barang kemas.. Jenis kasar kot.. Tapi ada la simpan barang kemas buat tukun.. 😂
bgus simpan emas ni.. nk kena start juga ni.utk masa dpan.
dulu macam tu juga, tak pakai emas, tapi sejak setahun dua ni, baru ada kesedaran nak menyimpan emas.
simpan emas ni kadang rasa macam tak perlu tapi sebenarnya memang berguna
Terima kasih kepada ibu mertua yang sejak mula kahwin sentiasa ingatkan supaya beli emas.Jangan fikir tak suka tak beli.Orang tua memang betul dan banyak pengalaman.Biar apa pun gelaran orang yang penting sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.