Kenapa sekolah integrasi ?
Table Of Content
Hari itu pernah terbaca Fb Warga prihatin yang menyentuh soal AKHLAK HAFIZ : ANTARA HAFAL, HAFIZ & HAFIZUDDIN mcm terpanggil untuk aku tanya balik tujuan antar iman masuk Sekolah Integrasi. Betul atau tak tindakan aku nih. bukan sekali fikir.. tapi berkali kali. Pastu boleh ker iman cope dengan pengajian di Sekolah Integrasi nanti.
Aku ada update entri terbaru, setelah 4 tahun iman bersekolah di sini, apakah pro and consnya.
karangan FB warga prithatin tu sebenarnya bermula dari kiriman seorang hafiz :
Teks kiriman pembaca yang ditulis oleh seorang hafiz yang baru tersedar ini sudah menjadi fenomena semasa. Inilah impian ramai ibubapa yang berpusu-pusu menghantar anak ke tahfiz kerana mahukan anaknya HAFAL alQuran.
Ada ibubapa yang marahkan murobbi tahfiz apabila progres hafalan anak mereka terlalu perlahan. Mereka tidak pernah ambil tahu samada anaknya memahami apa yang mereka baca.
Bila aku and asben amik keputusan masukkan iman sekolah swasta sebenarnya banyak benda yang kami ambil kira
1. Risaukan dengan cara hidup kota.
Lifestyle orang bandar dengan orang luar bandar berbeza sangat sangat. Aku buat perbandingan sendiri antara budak sekolah di KL dan juga dengan anak sedara aku yang berada di Tapah, perak. Korang tau tak budak KL ni ramai yang bangun seawal 5 pagi. kenapa? sebab mereka perlu bersiap awal pagi, dan menunggu van atau bas sekolah ambil.
Di luar bandar, anak anak bangun pukul 6.30 pagi pun masih sempat.
kesian kan budak2 bandar besar nih, dah lah keluar awal balik lambat sbb terpaksa menunggu van hantar kesemua budak budak sekolah. kesian… tak sama mcm zaman kita kecil kecil dulu. kesian dia org takde LIFE. kesian dia orang tidak sempat rehat dan bermain. Malam pulak kena pergi tuition.
Jadi, kami tak mau iman pun macam tu.
Iman bertolak dari rumah pukul 7 pagi dan sampai ke sekolah dalam 7.15 pagi..Alhamdulillah misi berjaya.
2. Faktor RM
Total kos anak anak sekolah di KL dan selangor ni agak tinggi. kadang kadang kami terpikir orang yang anak banyak . Gaji RM 5000 di kl ni macam takder apa sebenarnya. meh kita kira-kira.
- Yuran sekolah : RM20
- Yuran sekolah Agama : RM100
- Van : RM100
- Transit RM 100
- Makan sekolah harian RM 60
- Makan sekolah Agama RM 60
- kalau ada aktiviti KOKO
- Tuition : RM 80-RM150 bergantung kepada subjek yang diambil
- Total = RM400-600
Sekolah integrasi Agama swasta = RM 500
( yuran sekolah sehari + makan 2 kali +swimming/horse riding) . cuma yuran kemasukan RM1200 setahun. kalau dikira bulanan lebih kurang sama, cuma permulaan sahaja. tetapi iman tak letih turun naik bas. so itulah winning factor di sekolah ini. so jarang sekali problem tertinggal kasut.. tertinggal baju.
Macam kes budak lain …yang sekolah agama dan transit ni. derang kena bawak 3 bag. Iman bawak buku pun sikit sbb tinggal di loker sekolah. Boleh refer website sekolah iman untuk lebih details
kesian kan tgk budak budak bawak bag berat, bukan 1 tapi 2 dan setengahnya 3 bag pun ada!
3. Aspek Agama
Aku ni kategori mama rock jugak… music aku boleh layan, konsert boleh layan, soping, travel semua aku layan. tapi.. bab agama bagi aku sangat penting. Kalau takder asas yang kuat mmg boleh hanyut okay. Solat kena jaga, ngaji kena abis.. haa.. mcm tu.. tapi aku pun banyak benda yang tak tahu.. itu aku admit. banyak benda yang kita kena cari sendiri. Kesedaran zaman dulu dan sekarang kan lain.
So.. disebabkan kekurangan aku and asben ni makanya sekolah integrasi agama macam ni yang terbaik buat iman. aku bukanlah impikan iman jadi pak ustaz sebab aku pun masih bertatih.. tak cukup ilmu di dada tapi yang pasti, Basic agama kena kuat tak boleh tidak. and kena jadi itu part of life kita. sebab orang sekarang ni ingat masuk sekolah agama nak anak jadi tahfiz lah tu.. nak jadi ustaz. dan sekarang kami sama sama belajar, sebab kami perlu tahu setiap benda yang iman belajar.
Sebenarnya aku inspired dengan kisah kawan aku yang duduk di australia. ni adik dia sendiri yang cerita. biasalah kan kita bila ada kekurangan kita akan “mencari”.. so bila duduk di OZ ni kena cari sekolah yang macam tu supaya bab agama anak tidak tercicir.
Dia orang suka pergi sekolah tu, mcm part of their life. kalau mak ayah nak soping memana derang lebih suka dok situ sebab banyak benda yang boleh buat. boleh ngaji sama sama, and berkawan.
Korang nampak tak? derang jadikan sekolah agama tu mcm tempat yang osem utk hang out. Alhamdulillah iman berjaya jadi banin terbaik 2017 masa darjah 2.
Tapi kalau di Malaysia… oo tu tempat tempat nak jadikan ustaz and tahfiz” aku tak kata salah… baguih.. tapi berbalik kepada tulisan yang mamat sekolah tahfiz hantar kepada warga prihatin.
Jangan jadikan sekolah tu sebagai trend nak jadikan anak tahfiz atau ustaz kalau budak budak tu tak rela
Satu lagi aku inspired dengan kisah satu ibu lulusan luar negara yang melahirkan anak anak professional yang tahfiz. haaa. itu mmg osem… balance .. kita sebagai ibu bapa ni boleh guide dia utk jadi yang terbaik. Jangan paksa benda yang dia tak suka buat.
baca : Jangan Marah anak
4. Cabaran remaja sekarang
Banyak kita baca disuratkhabar dengan berita berita yang tidak sedap dengar kan. Iman tulah racun itulah madu. So ada satu perasaan takut dia bercampur dengan kawan kawan yang tak sepatutnya. Serius takut!
Sebab selepas umur 12 tahun, anak anak ni sudah remaja. Mula mencari identiti sendiri. so kalau silap langkah itu yang bahaya. Harapnya dengan memasuk kesekolah integrasi ni lingkungan kawan kawan yang kita kenali.
Anak anak akan melalui proses yang sama walau dari mana sekolah dan didikan yang kita berikan kerana mereka ada fitrah sendiri. Persoalaannya bagai mana kita nak kawal mereka.
Iman juga tidak terkecuali, walaupun masih kecil tetapi disebabkan dia juga terdedah dengan Gadget dan dunia internet kami perlu kawal. Nasib baiklah papa dia agak diplomasi dalam menangani masalah ini dan dia sangat terkesan dengan teguran yang diberikan.
5. Soal keselamatan
kadang kadang berbolak balik juga. Mungkin kalau masuk sekolah biasa dia akan lebih independent. turun naik bas sendiri. competition pun lebih ramai. Tapi disebabkan banyak kes kes yang takut didengar, jatuh dari van sekolah lah, kena langgar lah. Itulah yang buat makpak dia ni jadi cuak. walaubagaimanapun itu semua kententuan, kita hanya mampu berfikir dan berusaha.
Itu belum lagi kes culik. Haish.. mintak simpang … jauh jauh…
6. Masa
Sekolah Integrasi bermula seawal 7.30 pagi sehingga 4.30 ptg. Dan akan hanya pulang selepas waktu asar. Kerja sekolah pun akan cuba dihabiskan di sekolah terlebih dahulu. Kemudian baru dibenarkan pulang. Jadi malam terpulang lah pada iman nak bermain atau membaca buku. fitrah kanak kanak kan bermain.. tapi kalau terlebih main pun boleh naik runsing juga. hehehe.
Kalau boleh taknaklah dia tidak rasa ada “life’.. walaupun dia pun tahu apa yang sepatutnya dia alami sebagai kanak kanak.. tapi.. tak nak dia terbeban dengan kerja sekolah.
Maca sekolah di Finland, mereka hanya belajar 4 jam sehari.. selebihnya bermain .. dan terbukti mutu pendidikan mereka lebih hebat dari US. Fitrah mereka bermain. bandingkan life anak anak sekarang berbanding kita.
Sebenarnya mak bapak pun stress, nak yang terbaik untuk anak nak… tapi …aku yakin… kembali kepada fitrah.. kembali kepada yang ASAS, insyallah anak kita akan berjaya. Aku sangat sangat yakin, bila kita jaga Qalam Allah.. secara automatik daya fikiran anak akan lebih baik.
Kalau korang nak baca pro and cons setelah 4 tahun iman di sekolah integrasi boleh refer entri aku ni.
Doakan iman jadi anak yang soleh dan terang hati yer.
Saya berfikiran sama untuk Hannah. Tq akak utk entri ni
hehehhe sama- sama ….itulah dilemma mak bapak hidup di KL
Sangat setuju.. cuma di Sabah, kelebihan macam di atas tiada, atau mungkin ada, cuma saya tak tahu.. selebihnya, dari ibu bapa untuk mendidik anak mereka.
kaan…. semua ibu bapa nak terbaik untuk anak anak.. tapi cabaran nak didik gen Z ni… mmg tak sama pattern mcm kita kan.. ibu bapa pun kena belajar dan fahami dan cari solution yang terbaik untuk anak anak…
Salam iman masuk integrasi kat maner ye?
Sri PUJ di puncak jalil .
salam puan boleh beri komen tak tentang sekolah itu setelah anak puan di sana. saya bercadang nak hantar anak ke sana
salam.
puan boleh baca entri saya lagi satu di http://modernmumthingy.com/review-sekolah-integrasi-vs-sekolah-kerajaan/
ini pandangan peribadi saya. ada win and lose factor. Kalau bercadangan nak hantar anak ke asrama penuh memang tak digallakan masuk sini sbb peluang saya dengar 20%
tapi objektif saya antar anak seperti yang share dalam entri ni