Sembang Mak Mak, Jangan Marah Anak ?

Jangan marah anak ? Pagi tadi, sewaktu breakfast dengan rakan sekerja one of us share pasal parenting talk yang dia pergi last week, sangat interesting… kadang kadang mak bapak ni pun kena ada booster or self check up samada betul atau tak cara kita didik anak anak.

Aku and asben pun pernah attend talk sebegini.. Huh.. Insaf sekejap. Antara benda  yang kawan aku captured masa parenting talk tu pasal bab ini lah Jangan marah anak!

Kebetulan pulak tengah viral kes budak budak 8 orang yang meninggal dengan sadisnya di JB awal minggu ini. Maka bermacam macamlah teori orang keluar pasal parenting dengan anak anak ni.

Tapi yakinlah setiap famili tu unik, sebab latar belakang budaya, background famili, tahap akademik tu berbeza. susah sebenarnya utk letakan 1 garis lurus yang sama.

Janganlah kita menuding jari kepada keluarga mereka sbb kita pun belum sempurna. Yup aku admit yang aku pun masih mencari teknik yg terbaik dalam membentuk sahsiah anak anak ni dan sangat tidak konsisten.

BACA : IMAN TERKESAN DENGAN TEGURAN PAPA

imanmama

” Jangan Marah anak “

Betul ke jangan marah anak?

Haaa.. berderau tak dengar.. kih kih.. sebabnya secara jujurnya susah nak jumpa mak pak yang tak pernah marah anak. betul tak? tambah tambah bila datang “hantu” hahaha.. abis.. abis.. silap hari bulan apa yang ada ditepi semua abis kena lempar tak gitu?

heheh tapi aku tak pernah buat lagi.. siyes ni… tapi aku mmg selalu tinggikan suara marah dia kiranya aku ni tahap garang jugak. ..

Zaman zaman dulu, gitulah arwah bapak aku punya cara adalah dengan menggunakan tali pinggang bomba bapak aku tu hehhe.. semua dah kena libas kut.. tapi. aku kurang jugak kena… hehehe.. sbb aku ni mmg jenih kurang buat hal masa kecik..

Husband aku lebih bagus bab parenting ni

Dalam hal parenting ni sebenarnya aku bg kredit dekat asben aku lah, sebab dia lagi berminat untuk attend talk yang sebegini, Katanya kalau kat ofis kalu HR buat talk macam ni.. dia antara 3 orang lelaki yang akan tetap hadir. Ofis aku tak de.. (alasan) hahaha..

Asben aku selalu pesan, pagi pagi jgn marah anak… sbb nnt emosi dia akan tergangangu masa kelas.. so topik yang sama yang kawan aku p parenting talk tu… katanya emosi budak tu akan terganggu paling kurang 6 jam.. so dalam kelas nnt dia tak boleh fokus.

jangan marah anak
Tengah pujuk dia tak boleh beli harry potter magic stick tu. asben tgh explain kenapa tak boleh.

Okay ni sebenarnya nak cerita  parenting eksperimen yang we all buat dengan iman, kadang kadang bila kami dalam keadaan waras .. or sedar diri… maka we all cubalah yang terbaik. tapi sesungguhnya benda benda macam ni perlu istiqamah atau berterusan. huhu

selalunya terbabas.. especially aku ni lah . yerlah kadang kita letih.. dia dok gerak sakan… lompat sana sini.. hanya dok diam kalau ada Ipad jer..

Baca : Ulser Mulut bayi

So ni antara eksperimen kita orang

Case 1. : Jangan marah anak

We all dah plan nak dinner luar. So dah remind, dia boleh tengok ipad sampai 8.30 sahaja. 8.30-9.00 kena siapkan homework.  unfortunately dia tak boleh stop sebab nak abiskan cerita yang dia tengok di you tube.

So husband pun dah tertinggi suara, dah marah and buat reverse psikologi suruh tgk utube sampai abis.  (jarang tengok asben aku marah sebenarnya) so aku pulak diam jer.. selalunya aku yang marah.

Masuk kereta, kali ni aku ubah stail sikit… aku cakap lembut giler kut.. sampai aku pun tak percaya… hahah.. antara isi yang sampaikan.. “kalau iman tak siapkan homework.. bukan mama yang kena marah… iman jer… bla ba. bla..

kenapa dia kena  bertanggugjawab dengan kerja dia..

kenapa dia kena belajar rajin2..

all the basic thing lah… and memang kena ulang kali ckp dengan budak budak nih.. tapi memang ayat keluar sebutir – sebutirhahah lembut gigi dari lidah.

Dia pun diam jer dengar. memula tu mcm nak counter balik apa yang aku cakap tapi disebabkan cakap slow lembut dengan dia .. makanya tone dia pun rendah lah… huhuh …

So we all mkn macam biasa.. tak ungkit lansung pasal homework dia yang tak siap lagi, ini semua gara gara nak rebut mkn king crab di MFM.. (family favourite)

On the way balik dalam kul 10 iman dah ngantuk and tertidor… so we all cakap.. takpalah. kalau dia kena marah.. dia akan belajar something. dia tak buat tanggungjawab dia.

surprisingly, sampai rumah dia dah jaga…  we all terus kelam kabut nak masuk bilik, dia cakap

“papa.. wait.. wait.. iman nak bawak buku ni masuk bilik iman. nak siapkan homework juga“..

fuh… terkejut jugak, selalunya kalau dia ngantuk sampai rumah memang susah nak kejut dia balik

Moral of the story rupanya dia paham bila dok bebel kat dia sebelum ni… and mmg kena cakap pelan pelan sebab kadang kadang bila tengah marah dia, kita cakap laju  + nada tinggi.. hahah at the end dia cakap..

” mama cakap apa ni.. iman tak paham lah”….

BACA JUGA : Sekolah Integrasi Jadi pilihan

imanat usj

Case 2 : Perlu pukul ker?

Iman the only child, setakat ni anak tunggal lah.. korang pernah dengar cerita anak ku sazali?

huhuhu ini lah yang paling takut.. terlebih sayang sampai tak pernah marah anak.. selalunya soalan orang pada kami asben n wife.. pernah marah iman dak? so you all boleh agak lah soalan seterusnya  kemana kan. So  memang lah kami ada marah.. heheh.. kami ibu bapa yang biasa..

Cuma.. kami tak pernah pukul anak dihadapan orang lain… never kut.. cuma marah and cubit adalah… Sbb aku and asben percaya budak pun ada maruah dia sendiri. Kalau nak pukul maybe kita tarik dia ketepi.

Ada satu kes dalam famili aku sendiri.. pergaduhan iman 7 tahun dan sepupu yang umor 15 tahun.  Budak umur 7 tahun korang tahu lah macam mana aktif nya dia dalam bergurau senda terlebih sudah dia belum paham tindakan dia tu salah, niatnya hanya bergurau.

Tapi bagi aku  dalam hal ini iman tetap salah sebab sentuh kepala sepupunya, tapi dibalas dengan tumbukan di dada yang amat kuat korang bayangkan  tumbukan 15 tahun pada budak 7thn agak2 sakit ke dak?

Tindakan aku, tanpa aku terus sedari aku terus marah iman,  aku jarang marah anak org wpun anak sedara aku sendiri. So dlm kes ni memang salah tindakan dia menyentuh kepala sepupunya.. mmg salah.

Aku biarkan dia menangis dulu tapi heheh kakak aku yg lain dah amik peluk dia terlebih dahulu kerana tumbukan utk budak 7 tahun tu sangat kuat and memang sakit.

Perlukah aku pukul dia lagi? rasanya tidak so apa yang asben aku buat tarik dia ke luar rumah slow talk dan bagi tahu dia tindakan dia salah and bla bla.. supaya dia faham .

hahah tapi dalam keluarga aku sendiri tidak faham pendekatan kita orang dan kata aku perlu pukul untuk sedarkan iman.. hurm.. yang teruk kena tumbuk tu iman…dan sepupunya tu dah umur 15 tahun kowt…. takkan aku nak tibai lagi kan

korang rasa? katanya lagi punca iman jadi macam tu sebab aku tak pernah pukul iman. bukan kah fitrah budak tu bermain dan kita pula kena tegur bahawa tindakan itu salah?.. betul tak?

Betul ke pukul anak akan buatkan dia jadi lebih baik?

Err.. persoalan penting ni.

Ya atau tidak, selagi budak tersebut tidak tahu apa kesilapan dia pukul bukanlah penyelesaian yg terbaik..

Walaubagimanapun, Setiap family ada cara tersendiri kan.. tak kisahlah…

Bila kita dengar talk and ceramah macam ni. aku kind of agree.. pukul and marah tidak semestinya solution yang terbaik kalau budak tak faham kesilapan apa yang dia telah buat

Banyak lagi yang kita perlu belajar… sbb anak yg kita kandung 9 bulan tu akan terus membesar dan akan melalui fasa yang berbeza, dari bayi, kanak, remaja dan dewasa. So kita sebagai ibu bapa pun kenalah terus belajar.

Mama sedar…. sepatutnya mama tak boleh marah marah.. tapi kadang kadang mama ko ni lupa anak oit.. huhuhu….

kalau sesiapa yang ada baca entri ni.. apa pendapat korang…?

Jangan marah anak  Jangan marah anak  Jangan marah anak  Jangan marah anak  Jangan marah anak  Jangan marah anak  Jangan marah anak 

8 Comments

  1. Nany February 22, 2017
  2. azni February 22, 2017
  3. Munirah Izzan February 27, 2017
    • azni February 27, 2017
  4. Raihanah March 2, 2017
    • azni March 2, 2017
  5. UmmuAyyash November 16, 2017
    • azni November 17, 2017

Add Comment

error: Content is protected !!