Cara tegur anak ni memang ada banyak method. Lain budak lain caranya. Lain mood lain pulak caranya. Bila mood kita tgh cool, of course kita akan tegur dgn cara elok. Tapi kalau mood kita sendiri tgh panas, siaplah budak tu kan.
Table Of Content
Belum lagi tgk perangai anak tu. Kadang dengar..kadang tak nak dengar..hhaishh mmg pening. Jadi, aku nak share tegur anak cara lembut dan berkesan tanpa disedari memberikan impak yang besar untuk dia untuk hari seterusnya.
Tahu limit atau penerimaan anak
Aku banyak juga pergi talk pasal parenting ni tapi melalui penelitian mmg tak ada satu method yang boleh gunapakai utk semua situation. Tapi knowledge yg dapat mmg banyaklah.
Terserah pada kita mana yg nak apply dan boleh apply. Nak berkeras memanjang pon tak jadik. Nak berlembut je pun ada tahapnya. Nak marah tahap mana…nak berlembut tahap mana. We need to know the limit.
Biasanya kita melenting sbb kita marah sangat dengan apa yg budak2 ni buat. Tindakan kita berpunca dari kemarahan.. kita. Kita selalu tak sedar mesej kita nak sampaikan itu tak sampai kat derang. Yang sampainya jeritan atau kalau nasib tak berapa baik tapak tangan yang sampai hehe.
BACA : TARIKAN NINJAGO DI LEGOLAND BUAT IMAN TAK TENTU ARAH
Untuk budak2 kecil yang bawah 10 tahun ni kadang2 derang ni sendiri tak paham kenapa kita marah. So bila kita marah derang takut dan tak buat. Lama2 buat balik. Selalu jugakkan kita dengar ni
“Kenapa adik tak nak buat benda tu “
“Tak nakla..nanti mama marah”
So kesalahan tu tak nak dilakukan kerana takut kena marah dan bukan kerana kesalahan dan akibatnya.
Cukuplah sembang pasal teori la kan. Ni aku nak share sikit my experience with my my son. Masa tu umur dia 8 tahun.
BACA : Iman berjaya buat suprise untuk mama dan papa
Kisah Iman Ter…..
Nak dipendekkan cerita satu hari betul2 lepas aku balik kerja redah jam penat bagai mcm biasa Iman tengah tgk youtube kat handphone depan TV. Bila aku datang dekat dia mcm terus tutup youtube tu. Memang dia suka tgk certain2 youtube channel ni mcm unboxing, minecraftlah, pasal football lah.
Aku rasa anak anak korang pun sukakan! Sebab dia orang in control nak tengok apa dengan menggunakan gadget berbanding dengan TV
Tapi aku perasan lain betul reaction dia tadi. Then, aku found out he’s watching something yang tak berapa sesuai. Terkejut dan berderau darah aku. Aku tgk history , byk jugak yg dah di ‘view’. Muka dia berubah bila aku dapat tahu.
so macamamna Cara tegur anak kalau kes macam ni?
Ikutkan mmg dah kena jerit masa tu jugak dan bila mama dia dengar dan tahu…haaa jawablaa kaaan.
Entah macamana aku boleh tenang. Aku cakap dgn dia give my 10 minutes. Papa nak naik atas pastu I want to talk something to you.
Man to man talk : Cara tegur anak
Lepas aku solat dia tak naik lagi. Aku panggil elok2. Then dia naik dengan muka bersalah dia. Kat situ aku dah tahu yg dia tahu dia dah buat salah.
Aku duduk tepi katil dan dia berdiri depan aku. Aku pegang tangan dia. Aku pandang direct to his eyes and cakap apa yang dia buat tu salah,sangat salah.
My tone is soft but firm.
Not to be totally in rejection, aku cakap kat dia orang lelaki mmg suka nak tgk benda2 mcm tu tapi semua ni ada kesan dia. Content yg dia tengok tu bukanlah yang extreme tu, tapi ke arah situ.
Kalau korang search kat youtube tu mmg ada. Ada tu dibuat seakan-akan game tapo ada scene2 yg ehem- ehem tu.
Memang banyak kartun ada yg bukan kartun pun ada. Yang bahayanya budak2 ni dok tengok benda lain tapi dlm “related video” punya list tu kadang2 ada. Aku risau sebab dengan umur dia yg baru 8 tahun tu takut dia tak boleh nak kawal content tu dan sepatutnya memang tak boleh lah!
Tapi ini lah bahana dunia teknologi yang kita kena tangani.
contohnya ; Cerita sponge bob tapi sengaja derang buat title sponge boobs.. so sah sah itu jadi related dalam carian you tube.
BACA : PARENTING & IMAN : Jangan Marah Anak ?
Aku tak cakap dia tu budak lagi so dia takleh tengok sbb nanti kalau dia tanya aku so masa umur brp dia dah boleh tgk, tak ker terperangkap aku nanti.
Takkan aku nak kata “Papa dah besar baru tengok tau”…hahahaha. Secara realitinya setiap budak lelaki akan melalui proses2 ni dan aku takyah ceritalah apa benda proses tu ye..korang carikla sendiri hehehe.
So aku lebih explainkan kesan atas perbuatan tu. Mcm2 ceritalah aku relatekan. My point is aku tak nak tunjuk yang aku marah tapi aku nak dia faham kenapa aku marah.
Aku tekankan hal agama..halal dan haram..dosa dan pahala. Aku bagi tau dia papa mungkin tak akan tahu kalau Iman buat lagi tapi Allah akan tetap tahu.
Iman BURST dengan cara teguran aku
Dia menangis teresak-esak dah masa tu dengan cara teguran aku. Dia peluk aku dan berulang kali mohon maaf. Aku sendiri terkejut tidak sangka cara begitu respond dia terhadap tegur aku, tapi aku menten cool. Aku yakin kalau aku ikutkan amarah tadi mmg tak jadi mcm ni.
Lepas tu aku linkkan youtube semua gadget kat rumah dengan akaun aku dan aku tak bagi tau atau ajar dia ttg sign in ni. So apa2 yang dilihat aku akan tahu from my phone. Aku pantau dan alhamdulillah so far so good. Jgn lupa enable kan adult filter pada youtube.
BACA : kesan gajet kepada kanak kanak, iman jadi pemarah
Bila fikir2 balik benda2 mcm ni nampak senang tapi mmg payah nak buat. Tapi kalau buat betul2 kesan dia alhamdulillah. Nak kata semua benda aku apply mcm ni taklah. Kalau nak kejut bangun, pergi mandi, buat homework tu mmg terpaksa menjerit2 jugakla baru jalan kadang tu.
Sesungguhnya sangat mencabar membesarkan anak anak dalam dunia teknologi. Kami sendiri cuba untuk hadkan dia dan gadget tapi dalam masa yang sama kita pun terikat dengan keperluan kerja dan sosial dalam menggunakan gadget. Susahkan.
Tips dan Ringkasan untuk parents yang prihatin Cara tegur anak
- Cuba tahan amarah
- Pastikan mata kita straight pada mata dia.
- Berbincang dalam keadaan satu level
- Bersikap open
- Beri sebab dan alasan yang konkrit
- Kena pantau Youtube, sangat bahaya. Link pada account kita.
Terbaik laaaaa..good sharing
Qoid pernah juga ditangkap sedang tgk video berkaitan. Dia tau salah. So penyelesaian kami explain dan suprisely, dia tau tak bagus utk dia tengok. Even klu ada scene cium2 ke kat movie dia akan turup mata. Tp di Youtube it is more likely dia interested nak tau. Penyelesaian adalah bg dia tgk Youtube Kids dan banned terus Youtube dr anak2. Selain tu link kan semua.
kadang dia orang mmg tak tahu … kita terus marah je kan…
Seeloknya begitu lah cara menegur.
Ye betul, amarah letak paling akhir sekali…good sharing kak azni…kdg2 ini dalam you tube…yang persekitaran kita cara pakaian dan kedai yang sekarang di mana sahaja open iklan dah…timbul rasa ingin tahu mereka membuak2 juga tu…
Nice sharing. Terbaik! Good one ble ada seorang anak yang eager nak tahu dunia luar
Saya pun kalau bab talk face to face dengan anak saya lagi suka suruh husband, memang berkesan! Saya ni mak² mudah melenting, hehehee!
Bagus sangat cara pendekatannya. Hari tuh ada pergi parenting talk di tadika Uwais. Antara yang masih kuingat smpi sekarang adalah tentang ayat di dalam Surah AL-Luqman.
Sorrylah, tak ingat which ayat. But then, isi pentingnya..dalam ayat tersebut banyak pesanan yang disampaikan oleh si Ayah kepada anaknya sendiri.
Bermakna, peranan Ayah juga TERSANGAT penting. Bukanlah nak cakap ibu tu tak penting. Of courselah both kena main peranan kan. Tapi biasalah…bab2 nasihat, bebel, marah2 ni..kaum mak2 jer selalu amik port.
Hehehe..
But you did a good job! Alhamdulillah…semoga Iman akan menjadi anak yang soleh dan penyejuk mata ibu dan ayah. Semoga juga, kita semua dikurniakan kesabaran dalam mendidik anak-anak.
Itulah nany…mmg betul peranan ayah ni lain .. mak plak lain .. surah luqmqn yer.. ok nak cekidout
Betul!! Setuju… Kecenderungan anak pun kita kena tahu samada anak jenis Visual, Auditori atau kinestatik…
cara mendidik dengan berkesan…
anak saya cukup takut dengan bakal ex wife ..
didikan dia sangat keras..
saya pula sangat lembut dengan bahasa tetapi tacing dgn feeling mereka
apa-apapun benda yang tak elok..umur 80 pun dilarang tengok..merosakkan saraf minda..
huhuhu… gitulah …anak anak