Review sekolah Integrasi vs Sekolah kebangsaan

Aku nak kongsikan my own experience, pengalaman menghantar Iman bersekolah di sekolah Integrasi swasta semenjak darjah 1 hinggalah sekarang. Consider ini adalah satu review Sekolah Integrasi vs sekolah kebangsaan, satu pandangan peribadi aku sebagai salah seorang ibu yang punya anak disekolah Integrasi.

Untuk info, tahun ini Iman dah berumur 10 tahun. Maknanya hampir 4 tahun Iman telah bersekolah di sekolah integrasi dan barulah aku berani bagi kongsikan review pro and cons bersekolah Integrasi ini.

Memang sekejap betul masa berlalu untuk aku. Ish! Terbayang bayang lagi hari pertama aku daftarkan Iman disekolah ni.

Review sekolah integrasi

Bukan sekali, tapi memang acap kali aku dan abam berfikir adakah kami telah membuat keputusan yang betul selama hari hari ini. Setiap kali kami was was kami recall balik apakah tujuan kami masukkan dia di sekolah Integrasi. Aku pernah titipkan satu entri khas berkenaan mengapa akhirnya kami memilih sekolah integrasi ini dahulu.

Sesungguhnya, personally aku rasa susah dan mencabar untuk ibu bapa zaman sekarang nih . (baru anak seorang hahah) Bagi kami ianya antara dilema untuk mendidik anak dalam konteks agama vs sistem pendidikan sedia ada. Aku sendiri selalu buat perbandingan iman dengan sepupu-sepupunya nya yang bersekolah kebangsaan sebab Itu yang terbaik untuk aku jadikan benchmark samada kami telah mengambil langkah yang betul atau sebaliknya. Ada win and loose orang putih cakap.

Alhamdulillah, pada akhir tahun 2017 Iman telah terpilih menjadi pelajar Banin terbaik, atau pelajar contoh dari segi akademik dan akhlak. Tapi bagi aku anak anak nak membesar ini memang masih dalam open canvas, dia pasti akan melakukan kesalahan dan result periksa turun naik.

Inilah antara intipati review Review sekolah integrasi yang dapat aku kongsikan untuk parents lain pula. Mungkin ini boleh jadikan panduan untuk ibubapa yang lain juga. Apa yang aku boleh kongsikan kelemahan dan kebaikan di sekolah integrasi tetapi akhinya terpulanglah kepada korang untuk bandingkan pula dengan anak anak di sekolah biasa atau sekolah kebangsaan

Yang pasti setiap orang punya preference atau kepentingan yang berbeza. Ada kos melepas.. ada benda yang kita dapat ada benda yang kita dapat.

At the end tanya balik apa yang sebenarnya korang nak untuk anak yer.

Kelemahan sekolah Integrasi atau swasta

1. Kemudahan sekolah

  • Iman adalah batch pertama di sekolahnya jadi sebagai sekolah baru segala kemudahan sangatlah sedikit  berbanding dengan sekolah kerajaan yang ada.
  • Dari segi padang bola, lab komputer, lab makmal. Namun harus dipujian pihak sekolah sentiasa berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan dan kemudahan disitu.
  • Kawasan sekolah agak limited membuatkan mereka kurang dapat bermain bebas seperti sekolah kerajaan. Tapi ini perkara kecil bagai aku, sebab mereka ini aku lihat masih bebas bermain dengan kawan kawan mereka. Bab sukan, iman aku enroll dia masuk ke kelab futsal, so tiada isu disini.

2. Kurang guru terlatih

  • Kebanyakkan guru guru adalah muda dan kerap berpindah atau bertukar guru. Tidak dinafikan ada guru yang bersemangat untuk mengajar anak anak tapi ada juga guru yang tidak mengajar bersungguh sungguh. Inilah yang membuatkan kami sedikit “frust”
  • Antara faktor pemilihan sekolah ini dahulu, kami diberitahu pelajar akan diberi option untuk aliran agama dan bahasa Inggeris. Tetapi nampaknya part menguasai bahasa inggeris itu belum mencapai tahap yang kami inginkan
  • Berbanding dengan Sekolah kerajaan kadang kadang ada juga masalah guru guru yang tidak bersungguh untuk mengajar. . Kalau ikutkan pengalaman kakak aku yang telah berkhidmat sebagai guru, memang ada yang begitu juga. So adakah ianya square antara kedua sekolah?
  • Cuma kekerapan guru yang bertukar di sekolah swasta yang membuatkan kami sebagai parents juga agak rasa agak terganggu, sebab anak anak terpaksa bermula dari awal semula dari segi teknik pengajaran cikgu.
  • Guru sekolah kerajaan ramai yang banyak mengikuti kursus yang dianjurkan oleh pihak pendidikan dan juga sering dipantau oleh nazir.

Kelebihan Sekolah Integrasi

1. Akhlak lebih terjaga

  • Satu perkara yang aku sangat berpuas hati dengan keputusan kami masukkan iman di sekolah ini adalah dari segi akhlak yang ada pada anak-anak di sekolah ini Jarang berlaku Kes Buli berbanding sekolah biasa. Ini melalui input dari anak sedara dan kawan kawan yang lain disekolah biasa
  • Alhamdulilah, mereka ini faham kepentingan solat dalam kehidupan mereka. Mereka lengkap berjemaah dari sembahyang duha dan sembayang fardhu. Jadi aku personally rasa lebih mudah untuk membentuk akhlah setiap anak anak ini.
  • Jarang berlaku kes kecurian dikalangan anak anak ini, Kalau ada pun kes terpencil.
  • Iman juga sudah menghafal beberapa surah, tapi progress tidak seperti dia darjah 1. agak slow pula aku rasa lately ini disebabkan tiada guru yang berkaliber sewaktu dia darjah 1
Review sekolah integrasi

2. Jumlah bilangan pelajar

  • Kelas bilangan kelas yang kecil dalam 20 hingga 25 berbanding dengan sekolah kerajaan yang boleh mencapai 40 orang didalam suatu kelas. Kelebihan pelajar yang sedikit ini lebih mudah untuk para guru mengawal pelajar mereka
  • guru gure kenal setiap seorang pelajar mereka dengan lebih dekat.

3. Konsep gabungan 2 aliran

  • Kurang stress dan tertekan. Mereka tidak terkejar kejar kerana kelas mereka bermula seawal pagi hingga ke petang di bangunan yang sama.
  • Mereka tidak perlu ke pusat transit seperti anak anak disekolah kerajaan.
  • sebagai ibu bapa aku rasa senang dan mudah untuk menguruskan anak anak.

4. Sosio ekonomi ibu bapa yang hampir sama

  • Faktor ini penting bagi aku, Latar belakang keluarga memang mempengaruhi siasah dan perangai anak anak. Maafkan aku kalau ada kurang yang senang dalam topik ini . Tapi aku rasa ramai ibu bapa prefer memilih sekolah dikawasan yang terbaik untuk anak anak.
  • Bila sosio ekonomi hampir sama , so pattern anak anak pun hampir sama. Jadi kuranglah kerja guru guru dan pihak sekolah untuk membentuk mereka.

Apa yang kita mahukan untuk anak anak?

Sebenarnya ada juga ibu bapa yang telah keluarkan anak anak sepanjang iman bersekolah dari darjah 1 hingga darjah 4 ini. Tapi rata rata yang masih mengekalkan anak anak mereka disekolah ini sebab tidak mengejar akademik semat mata.

Tetapi bukan bermakna kami melepaskan kepada sekolah begitu sahaja. Iman masih perlu ke tuition tambahan untuk memantapkan lagi ilmu disebabkan aku kurang yakin dengan perkembangan matematik dia. Iman memasuki tution di Eye level yang macam kumon tu. Nanti aku bg review pasal ni pula.

Semua ibu bapa yang sekelas dengan iman berpendapat, masa sekolah rendahlah pembentukan sahsiah dan akhlak anak lebih mudah dibentuk. Tambah tambah dugaan pada zaman sekarang, buatkan aku terfikir mendidik anak lelaki sebenarnya lagi susah kerana merekalah yang bakal menjadi pemimpin dan ketua keluarga nanti.

Kami pula tidak bercita cita untuk hantar iman ke sekolah berasrama penuh, jadi faktor halangan kemasukan kemana mana SBP dari sekolah Integrasi bukan lagi halangan untuk kami.

Apa yang aku dan suami mahukan Iman jadi anak yang soleh dan mendengar kata kami. Maklumlah anak sorang, itulah racun itulah madu, nak dapat anak bertuah ni pun 8 tahun aku menunggu hhuhu… owh kalau nak tahu perjalananan kami untuk dapatkan iman boleh baca di entri 15 ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.

Bagaimana Iman Tingkatan 1 nanti ?

Sebenarnya sayang untuk lepaskan iman masuk sekolah biasa nanti risau dia hilang skill bahasa arab dan bahasa jawi. Itulahlah luahan nenek iman.

Tapi untuk sekolah menengah kami rasa Iman perlu lebih serius dalam bidang mainstream akademik pula. Rasanya tujuan kami untuk build up base agama yang kuat sewaktu dia bersekolah rendah mencukupi. Jadi iman perlukan sekolah yang mempunyai guru guru yang lebih berpengalaman dan terlatih untuk masa hadapan dia.

Tapi mungkin juga sekiranya kami dapat sekolah swasta yang menawarkan environment sekolah yang lebih sistematik dan effisien memang itu juga pilihan kami. Setakat ini kami belum jumpa di kawasan yang berdekatan.

No Responses

Add Comment

CommentLuv badge

error: Content is protected !!