Kenapa Diet Gagal terutamanya di kalangan ibu ibu. Kalau anak dara cepat sahaja berat dia orang turunkan. Salah satu faktor yang paling kuat adalah kadar metabolisme orang muda atau anak dara ni masih kuat. Pembakaran akan cepat.
Table Of Content
Semua orang akan diet atau kawal makan bila nak nak kurus. Macam-macam nama dietyang kita pernah dengan IF ada, GM ada , Diet suku suku separuh pun ada. Tu belum lagi ambik supplemen untuk kurus
Lain orang lain keserasiankan. Ada orang jadi. ada orang tak jadi
Tapi aku suka betul follow coach ni sebab aku bukan jenis hard core diet dan sebab aku juga seorang yang enjoy food. Lagi satu faktor, dah umur macam aku ni rasanya tak sesuai kurus sangat. Nanti lagi cepat nampak tua.
Korang baca Tips untuk nampak muda baru korang faham maksud aku nak sampai kan nanti
Diet ni tak boleh keras-keras sangat. Ia ibarat spring. Jika ditekan kuat, nanti melantun kembali juga dengan kuat.
Ariff Sukri
Coach Ariff Sukri sarankan supaya untuk orang yang betul betul nak turunkan berat badan ni sila fokuskan kepada matkamat yang jauh lebih besar. Kesihatan badan, fizikal yang baik, dan mentaliti yang lebih sejahtera.
Insya-Allah dengan fokuskan pada matlamat yang lebih besar. Diet kalian akan menjadi lebih baik.
Jadi apakah diet terbaik untuk diri sendiri? Diet yang anda boleh buat mengikut kemampuan, mula secara berperingkat. Dan paling penting ia boleh bertahan lama. Semak diet kalian.
Cukup ciri-ciri ini? Moga terus istiqamah
Okaylah kita tak payah tengok banyak banyak group atau level umur untuk buat perbandingan. Yang masalah nak kurus ni adalah dikalangan ibu ibu seperti aku.
Degil betulkan berat nak turun.
Info ini dari coach ariff sukri, Aku tak layak nak bagi nasihat tapi sebagai satu garis panduan untuk aku sendiri dan juga korang semua. Please refer facebook dia untuk dapatkan cara dan semangat yang betul
Kenapa para ibu berdiet tapi tidak menjadi? Kenapa Diet Gagal….
Ini senarai mudah antara punca kenapa diet tidak menjadi, dan marilah kita gelak bersama-sama yer. Apa kesilapan kita selama hari ini.
- Merasa makanan yang melebihi kadar merasa.
- Makannya sikit. Tapi banyak fokus pada jajan (kerepek,keropok) yang tidak sihat.
- Sentiasa habiskan makanan anak-anak yang diulang rutinnya sehingga bertahun-tahun.
- Kurangnya minum air.
- Pelan makan yang tidak menentu. Dengan maksud,hari ini makan banyak. Esok makan sikit. Lusa tak makan banyak, tulat makan banyak semula
- Rehat yang tidak cukup. Badan jadi terlalu letih.
- Kurang support dari suami dan ahli famili.
Begitulah.
Ini antara sebab kenapa diet para ibu ada yang tidak menjadi. Namun jangan bimbang semua ni boleh diperbaiki jika kalian mengubah budaya di atas. Sikit demi sikit. Benda ni kalau boleh kena ada sokongan keluarga terutamanya para suami, bantulah isteri anda untuk berdiet sehabis baik.
Jangan biar mereka rasa keseorangan. Sesungguhnya sokongan suami memang akan benar-benar menjadi asbab buat mereka jadi lebih bersemangat. Semak dan imbangi semula pelan diet . Share dan tag kawan-kawan kita yang masih berusaha untuk diet moga membantu.
Ini pengalama masa aku join JOM KURUS dulu, memang group support tu buatkan kita lebih bersemangat
Bila Progress Diet Slow, apa patut buat ?
1. Semak kembali nilai kalori semasa anda. Adakah masih dapat defisit dalam diet seharian
.2. Tengok juga pada senaman yang kalian buat.
3. Jika senaman masih ulang rutin yang sama, mesti kena upgrade dan buat perubahan.
4. Rehat mesti cukup. Bersenam kerap dan tanpa rehat juga menjejaskan progres diet
.5. Jangan fokus pada penimbang semata-mata. Tapi semak juga paha inchloss badan, pinggul paha dan lainnya.Begitulah. Tambahan lain.
Jika progres kalian slow cuba semak balik. Slow tu macam mana? Kalau seminggu dapat turun 500gram, 1kg. Ia masih dalam fasa normal. Dan tidak perlu dirisaukan. Boleh jadi berat turun slow, tapi inchloss turun laju atau kesihatan semakin baik.
Ini juga salah satu progres dalam diet.Kawan-kawan. Dalam diet kita tidak perlu berlumba. Ia bukan pertandingan siapa paling cepat atau lambat. Yang penting dalam diet adalah konsisten.
Adakah kita mampu untuk bertahan dalam tempoh yang lama.Progres kalian sekarang macam mana? Moga boleh terus konsisten dan bertahan lama.
Dah faham kenapa Kenapa Diet Gagal?
Sesungguhnya diet ni kita bukan nak sama dengan orang itu, atau cepat macam orang ini. Sebab diet itu kita sedang berjuang untuk diri kita sendiri sahaja. Orang yang banyak bandingkan progres diet dengan orang lain akan kecundang awal.
So dah tau kenapa Kenapa Diet Gagal ? Ingat! apa – apa pun kerana bila anda tidak menghargai apa yang anda lakukan, anda tidak akan pernah dihargai.
Bab habiskan makanan anak tu setepek kena kat muka sendiri.. haru sungguhlah.
hahahhaah kaaan . macama mana lah mak mak tak membesar bagai johan
Bab ni stress giler kan…dugaan buat ibu..lepas tu musim2 PKPD ni boleh katakan masak dari pagi bawak ke malam…celah mana la dietnya tu