Jom Cuti ke Bandung 2023 yok! Udara nyaman dan makanannya enak-enak tau.

Cuti ke Bandung 2023 ? awal tahun ni kena set siap-siap korang nak pergi mana. Senang sikit nak buat bajet dan apply cuti nanti. Aku? hahaha dah kali ke 7 ke Bandung Indonesia nih, enak banget kalau ke sana. Makanannya enak, liburan dan wisatanya pun bagus. Percutian ke bandung tidak pernah menghampakan untuk aku dan keluarga aku,

Korang boleh baca salah satu entri aku sebelum ini Itinerati 3 hari 2 malam ke bandung RM790.

Tapi percutian hujung tahun aku kali ini tidak seperti dahulu sebabnya, a very last minit plan. Total hangus tidak seperti dahulu. Dalam masa 3 minggu aku dan suami decide nak abiskan cuti. Plan asal nak ke hatyai & yala dengan memandu kereta tetapi tiba-tiba hujung tahun kita dikejutkan dengan banjir melampau di utara tanah air dan juga area hatyai .

Nasib baik instict aku betul.

So we all decide ke cuti ke bandung aja dong, tapi kos nya tidak semurah dulu huhuhu.

cuti ke bandung
Orchid Forest Cikole

Percutian ke bandung yang nyaman

Kalau sapa-sapa plan nak bercuti ke bandung/ jakarta pada tahun 2023 nanti. Korang akan terkejut/ impressed beberapa benda. Ini yang aku discover percutian ke bandung 2022 baru-baru ini.

Aku Ingatkan dengan jumlah rakyat derang yang ramai compare dengan kita , jadinya susah gomen derang nak buat enforcement. Rupanya aku silap.

Ini summary yang aku boleh ceritakan pengalaman aku baru-baru ini. Siapa yang biasa bercuti ke Bandung akan dapat relate dengan lokasi Bandung yang aku sampaikan

  1. Penggunaan mask masih agak ketat, pak guard tak bg masuk if tak pakai mask ke Mall macam paris van java. Rumah mode.
  2. Semua golongan hatta orang di jalanan pun pakai mask
  3. Masih Kena check in setiap tempat yg kita masuk
  4. Tiket train yang kami naiki siap tulis belum divaksinasi (masa beli belum declare dalam apps derang)
  5. Pasar baru bandung dan thamrin city pembelian cash or debit card sahaja. Debit card kita tak lepas Credit card belum fully pakai mcm sblm pkp. Sila siap cash byk2
  6. Grab car memang banyak, tak sampai 1 minit confirm dpt respond. Sesuai utk org diy travel sendiri.
  7. kedai kopi tumbuh mcm cendawan lepas pkp
  8. Nasi padang simpang raya kat jalan dago dah tutup
  9. Factory outlet banyak dah bungkus
  10. Tempat wisata yang baru2 pun byk ada di bandung.
  11. Airport bandung masih belum bukak, so kena turun jakarta

Flight ke Bandung ?

Aduh, ini antara punca total kos aku melambung,. Airport Bandung di hentikan seketika, ataupun Air asia tidak ada direct transport ke sana, aku tak sure. Dulu aku selalu dapat tiket dalam RM250-RM300 sahaja.

Aku terpaksa turun ke Airport di Jakarta dan kemudian ambil tiket train agro parahyangan dari Jakarta ke Bandung. Total kos Flight tiket RM750 + RM70 train

Untuk pengetahuan korang Airport bandung dalam proses renovasi

Hotel Murah di Bandung

Walaupun aku buat booking last minit ke bandung, alhamdulillah senang bangat dapat hotel di sana. Ikutlah bajet korang dari RM100 ke RM1000 pun ado.

Tapi kalau nak dapatkan hotel murah, aku suggest korang cari boutique hotel. Dahlah murah, cantik cantik pulak tu.

Di bandung kami duduk 2 hotel, 1 hotel di Lembang, moscato resort, satu lagi di pekan Dago BeeHive hotel. Aku suka sangat ambience hotel nih

Tempat Makan Best Di Bandung

Kalau dah sampai bandung, korang jangan kedekut nak spend duit bila mai bab makan, sebabnya harga masih murah berbanding di Malaysia.

Selalunya aku pergi Nasi Padang di Simpang Raya, malangnya dah tutup, tetapi terdapat beberapa restoran nasi kapau yang macam nasi padang di jalan riau.

Jangan lupa cuba makanan western di sana, steak sirloin pun murah. Dulu aku pernah pergi Sierrra, Kali ini kami pergi ke Stone cafe sambil menikmati view bandung dengan cuaca yang nyaman

makanan best di bandung
makanan sunda dan western

Dan tema aku ke bandung kali ini adalah Coffee hunt. Setiap hari aku pasti minum coffee di cafe cafe yang menarik tu

Shopping di Bandung

Memandangkan sudah 7 kali ke Bandung, Keterujaaan aku untuk shopping makin menurun. entahlah kenapa

Aku booked 30kg extra untuk bag balik, tapi hanya pakai 15kg sahaja.

Salah satu faktornya banyak factory outlet di Bandung dah tutup dan tidak semeriah dulu. Kedua harga di Pasar Baru Bandung tu tidaklah murah sangat. Aku hanya beli sehelai telekung, baju batik, sehelai dress dan tudung cotton untuk diri aku sendiri.

Harga telekung itu pun dah boleh dapat di Shoppe atau lazada hahahha, buat penat aku sahaja bawak balik.

18
mengopi di 18 cafe

Ketiga, hanya transaksi menggunakan cash di situ, no more credit card. Semua penangan PKP credit facilities tu telah ditarik balik oleh pihak bank katanya.

Tetapi Rumah Mode Bandung tetap menarik, sekarang dia orang dah expand dengan bahagian F&B yaang makin meriah.

Mall yang paling ramai Paris Van Java.

Pembelian barangan kulit rasanya memang terbaik di Garut yang ambil masa 1-2 jam dari kota Bandung. Insyallah next trip kami akan cuba sampai ke sana

Eh tapi tudung cotton yang aku beli 3 helai ni memang best sangat pakai, jatuh RM10 sahaja. kalau di shoppe dalam RM25

Cederahati di Bandung

Selain dari cenderahati yang comel comel seperti fridge magnet dan bag, sebenarnya aku lagi suka nak beli Bagelan Bandung, dan brownies kukus di Kartika Sari.

Kalau tak silap dah ada 4 cawangan kartika sari di bandung sahaja, malah tiada branch di Jakarta sendiri. Harga bagelan bandung tu dalam RM22, tapi kalau melalui PS dalam RM50 juga.

Pisang Bolen pun enak, tapi bertahan dalam masa 2 hari sahaja.

Ramai yang suka pisang keju, dan pelbagai kerepek yang boleh didapati di pasar baru tapi hahaha kali ini aku tidak beli pun sebab aku nak jalan jalan sahaja. Tapi kalau korang first timer, pergilah beli tau

Tempat Viral di Bandung

Aduh, banyak sangat tempat yang menarik dan viral di Bandung, indonesia. Total percutian aku ke bandung solid 5 days , so hari pertama sampai kami duduk di Lembang sebab nak limitkan ‘macet’ atau jammed yang kena harung.

Kira dah berada di kawasan atas so dekat sikitlah nak bergerak arah sana.

  1. Braga
  2. Kampung Cai Ranca Upas
  3. Kawah Putih Ciwidey
  4. Lembang Park & Zoo
  5. Orchid Forest Cikole
  6. Taman Hutan Raya Ir. H. Djuanda
  7. Tebing Keraton
  8. Rumah Guguk
  9. The Great Asia Africa
  10. Branchsto Ganesha Bandung
  11. Dusun Bambu Lembang
  12. Dago Dream Park
  13. Jendela Alam
  14. The Lodge Maribaya
  15. Fairy Garden
  16. Floating Market Lembang
  17. Farmhouse Lembang
  18. Gunung Putri Lembang
  19. Bukit Moko
  20. Glamping Lakeside Rancabali
  21. Rumah Belanda
  22. Grafika Cikole
  23. Taman Wisata Bougenville
  24. Kebun Teh Sukawana
  25. Saung Angklung Udjo
  26. Kawah Rengganis Ciwidey
  27. Tangkuban Perahu
  28. Taman Bunga Begonia Lembang
  29. Lawangwangi Creative Space
  30. Upside Down World Bandung
  31. Sanghyang Heuleut
  32. Sunrise Point Cukul

Tempat viral ni orang seluruh Indonesia pun datang. Tapi kami hanya sempat pergi ke ORchid Villa sahaja, sebab konsep travel ni rilek2 dan coffee hunt. Kiranya almost 4 hours juga kami ke situ dan seterusnya kami gerak ke Maribaya

Sampailah hajat aku nak minum kopi di cafe yang menarik tu hahahhaa. Nanti aku listkan cafe-cafe yang aku pergi.

tempat viral di bandung
Cafe dalam Orchid Forest

Transportation di Bandung

Disebabkan kami 3 beranak sahaja dan itinerari kami terjah sahaja, so kami decide tak nak ambil supir. Surpisinglg Grab sangat-sangat senang yer. dalam masa 1-2 minit confirm ramai yang akan respond. Mula mula tu takut jugak tapi eh, senang sangat nak kemana-mana

Cuma kalau pergi area cikole tu kemungkinan tak ada line, so kami convert grab driver yang kami booked tersebut untuk 8 jam dengan kos Rm120.00

Selebihnya kami gerak dengan Grab kemana-mana sahaja.

Dan kami juga naik angkutan van hijau tu, dalam 3000 rupiah serorang. NOrmally kami naik angkutan kalau malas nak jalan di kawasan jalan dago tersebut.

Peraturan covid di Indonesia

Aku paling malas nak travel lepas covid ni sebab banyak rules and regulation kena follow. So indonesia ni pun ta tak kurang yer

Korang kena insall apps “pedulilindungi” macam mysejahtera kita, somehow kena pastikan korang ada vaksin lah kalau nak travel ni. Aku pun tak tahu kesan kalau takde vaksin dekat sana. Cuma yang aku perasan, kami beli tiket sebelum declare dalam apps nih, so tiket keretapi tu siap tulis ” Belum divaksin”. So masa nak check in tu kami kena kena tunjuk mysejahtera pada officer yang jaga pintu tu

Air asia akan hantar mesej untuk follow rules yang kerajaaan Indonesia setkan, contoh korang kena isi form semua tu siap siap sebelum berangkatlah. kena upload sijil vaksin kita dalam apps dia orang

Aku rasa sekarang ni derang lagi ketat yer untuk pemakaian mask kalau nak masuk mall semua berbanding dengan kita.

5 Comments

  1. MAMA REEN January 3, 2023
  2. nettyahhiyer January 4, 2023
  3. Myzan January 4, 2023
  4. zullombok January 11, 2023
  5. Irdi Tour Bandung August 16, 2023

Add Comment

error: Content is protected !!